Friday 2 November 2012

Kisah Disebalik Merlin

Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ni mau cakap pasal cerita 'Merlin'.. siapa tau pasal cerita ni.. semua pun tau kan pasal movie tu..rata-rata semua orang tengok cerita ni.. bukan lah semua tapi kebanyakan orang sekarang suka tengok cerita ni.. lebih-lebih lagi golongan muda-mudi contoh macam university students macam termasuklah saya sendiri ^_^

Saya mula suka tengok cerita ni masa mula-mula dulu duduk dekat UIA Kuantan masa first year.. sebab time tu kengkawan classmates ramai yang asyik-asyik cakap pasal 'Merlin' ..dorang cakap pasal nak download la, nak tengok la semua kan so saya pun berminat nak ingin tahu jugak la kan cerita 'Merlin' ni apa sebenarnya..saya nak cuba tengok best atau tak cerita tu.. so saya pun mula la nak copy movie tu daripada sorang roommate saya yang juga suka tengok movie tu.. and lepas dah copy, saya pun cuba la tengok jalan cerita dia.. and bila lama-lama saya tengok and ikuti perkembangan cerita tu, yes betul macam apa yang kengkawan saya semua tu cakap, best jugak cerita 'Merlin' ni sebenarnya.. sebab walaupun movie ni movie orang putih a.k.a orang Inggeris, tapi jalan penceritaan dia menarik sebab dia mengisahkan tentang seorang lelaki yang berbentuk fizikal manusia biasa tapi memiliki kuasa sihir yang luar biasa.. atau senang sorcerer.. and nama lelaki tu Merlin..pastu Merlin ni pulak jadi serving boy dekat sorang anak raja ni, nama dia Arthur .. pastu raja (ayah Arthur) tempat dorang tu (Camelot) pulak tak suka dengan sesiapa yang ada kuasa sihir and kalo dia jumpa ja mana-mana sorcerer, mesti dia akan bunuh sorcerer tu.. so Merlin ni pun sembunyikan lah rahsia dia yang dia sebenarnya ada kuasa magic a.k.a sihir tu.. kat dalam istana tu ada sorang doktor, nama dia Gaius and Gaius ni pun sebenarnya ada kuasa sihir jugak and cuma Gaius sorang ja yang tau Merlin ada sihir tapi raja and Arthur atau sesiapa kat istana tu takda sorang pun tau yang dorang ni ada sihir tu.. dijadikan cerita, setiap episod mesti ada ja kesusahan atau rintangan yang raja kena hadapi sebab kebanyakan sorcerer tak puas hati dengan cara raja yang menghukum bunuh sorcerer.. kira macam sorcerer tak dapat keadilan and pembelaan.. tapi lain pulak dengan Merlin and Gaius ni sebab dorang berkhidmat untuk melindungi raja and Arthur tu.. tapi pada masa yang sama dorang terpaksa merahsiakan identiti diri dorang yang sebenarnya, yang dorang ada sihir.. banyak la kisah dorang.. setiap episod mesti ada ja halangan yang dorang hadapi and Merlin la yang selalu bertindak sebagai hero untuk selamatkan raja and Arthur tu..

ni la watak-watak dalam Merlin.. Merlin kat depan sekali..
Tapi, makin lama saya tengok cerita ni, ada la 1 hari tu ada sorang kawan tu cakap, dia ada terbaca dekat artikel dalam internet ni yang mengatakan cerita 'Merlin' ni ada kaitan dengan dajjal sebenarnya.. so saya pun rasa terkejut gila.. biar betul?? asyik-asyik tu ja yang terkeluar dari otak saya.. saya macam tak sangka cerita ni ada kaitan dengan dajjal.. mula-mula saya fikir macam mustahil sebab dajjal yang sering diceritakan daripada hadis yang akan keluar pada hari kiamat nanti ialah lelaki bermata buta sebelah and Merlin ni pulak bukanlah bermata buta sebelah.. tapi lepas tu saya pun buka la mana-mana artikel dekat internet pasal benda ni kan sebab saya tak puas hati, saya nak tau jugak and saya pun buat reading sket..so lepas dah buat reading, dajjal ialah satu figure yang mana dia memiliki kuasa luar biasa so pastu saya fikir balik, Merlin ni pun jugak memiliki satu kuasa sihir yang luar biasa.. so bila saya fikirkan semula, tak mustahil jugak Merlin ni ada kaitan dengan dajjal..

So, saya pun buat la research sket.. saya buat reading sket pasal kaitan movie Merlin ni dengan dajjal.. melalui apa yang saya baca, pengkaji mengatakan Merlin ni adalah sebagai dajjal sebenarnya.. ok saya quote sket ilmu yang saya dapat daripada 1 article yang orang dah buat kajian tu ek..

Merlin, tukang sihir dan juga penasihat King Arthur (Raja pertama England) digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru yang mengaja pelbagai pengetahuan kepada King Arthur dan rakyat England ketika zaman awal negara itu. Orang Englad ketika itu menggelar Merlin sebagai Nabi Sihir.

Perwatakan Merlin dikatakan kerap muncul dan kemudian hilang. Dia dikatakan kerap ke hutan untuk bersendiri selama berbulan-bulan sebelum muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai ‘penyimpan rahsia dunia’ , ‘ketua pengetahuan’ dan ‘druid Celt terakhir’.

Dalam buku Historia Regum Brittanniae (ditulis pada tahun 1337) yang ditulis Geoffrey of Monmouth, Merlin dikatakan sebagai bukan anak manusia, dia dikatakan anak syaitan tetapi masih tertakluk kepada hukum Tuhan. Geoffrey juga mengatakan Merlin dilahirkan oleh seorang wanita dari tanah putih (Timur Tengah) (mungkin wanita Yahudi Timur Tengah). Geoffrey juga mengatakan kebolehan sihir Merlin adalah hasil campuran antara Manusia dan Syaitan. Secara tidak langsung, pandangan Geoffrey ini juga selari dengan pendapat para ilmuwan Islam iaitu Dajjal adalah anak seorang wanita yang lahir hasil dari benih syaitan.
 

Namun kisah Merlin juga hilang begitu sahaja secara pelahan-lahan apabila kuasa England semakin kuat dan mampu berdiri sendiri tanpa bayangan Merlin. Namun berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan, Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali. Merlin dikatakan membina Stonehenge di Salisbury dengan mengangkut batu-batu besar nun jauh dari Gunung Killaraus di Ireland untuk dibawa ke England, di mana monumen yang dibina itu menunjukkan satu kod iaitu kitaran bintang Sirius akan berada selari dengan matahari pada satu tarikh pada akhir zaman (terbiasa dengan tahun 2012 dalam kalendar Mayan?)...dan dia juga meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali pada waktu itu iaitu semasa Sirius dan matahari kembali dalam garis selari untuk memimpin England dalam menyatukan dunia.
 
Menurut John Matthews bertajuk Merlyn: Sharman, Prophet, Magician. Menurut penulis, Merlin dilahirkan dari benih syaitan. Iblis sangat tidak berpuas hati dengan keadaan hal ehwal bumi, maka diutuskan syaitan untuk menghamilkan wanita. Dan hasil perhubungan inilah, Merlin dilahirkan dengan keupayaan dan ilmu yang luarbiasa.

Merlin dikatakan seorang yang mempunyai kuasa magis dan sakti. Berkeupayaan memukau manusia melalui pemikiran, seorang dukun, seorang dapat mengubah sesuatu keadaan dan kemudian ke tempat lain tetapi arahan dan seruannya masih tinggal kedengaran di tempat yang ditinggalkan itu.

Paras rupa Merlin tidak pernah dijelaskan dengan terperinci melalui mitos ini, dari banyak sumber yang saya rujuki kebanyakan nya adalah tidak sama. Ia seolah-olah adalah gambaran penulis sendiri. Akan tetapi bagi mengaitkan Merlin dengan Dajjal, terdapat satu sumber yang mengatakan Merlin bertubuh besar sedikit dari manusia dan sangat cerdik akalnya. Dia mengabdikan diri di dalam hutan untuk menanti zaman kegemilangannya dan mempersiapkan kemunculannya diangkat sebagai Tuhan/Penyelamat. Harus diingat tulisan sumber ini datangnya dari teks kuno Eropah, ditulis pada abad ke-14, dan penulisnya bukan seorang yang beragama Islam! Namun tidak mustahil jika beliau ada melakukan kajian dalam Al-Quran dan Hadith mengenai Dajjal.

Kisah Merlin juga dikaitkan dengan bongkah Stonehedge, kisah dia adalah guru kepada King Arthur dan adalah tulang belakang kejayaan England serta pembangkit kepada golongan barbarian, Anglo-Saxon. Terdapat ribuan teks yang ditulis mengenai nya untuk membuktikan Merlin adalah wujud dan berkomunikasi dengan manusia.

haa ni la yang saya dapat daripada article yang orang buat kajian tu.. lepas saya baca ni, saya pun tak tau la lepas ni saya akan tengok lagi atau tak movie Merlin tu.. tapi apapun saya cuma berkongsi pasal Merlin ni.. tapi ni belum cukup lagi sebenarnya.. ni cuma pendapat sorang pengkaji.. ada satu lagi article yan saya nak share dekat sini berkaitan pasal Merlin a.k.a dajjal ni.. tunggu sampai siri ke-2 ek.. siri ke-2 saya akan share satu lagi article.. tapi kalo nak tau lebih lanjut, saya syorkan belilah buku atau buatlah kajian and banyakkan membaca.. ^_^ ..ok wassalam =)