Sunday 3 January 2016

Si Kecil Comelku

Wah. Lama dah rupanya tak update blog ni. Last post pun Januari 2014. Dah hampir 2 tahun lamanya hehe. Ok lah hari ni nak update blog nak cerita pasal something. Benda ni dah lama tapi baru sekarang nak cerita hehe. Tak nak buang masa lagi jom.

Kisahnya pada tanggal 07 Ogos 2015 lepas saya telah pun menamatkan zaman bujang saya. Berkahwin lah senang cakap hehe. Selepas selesai orang mendirikan solat jumaat maka majlis akad nikah saya pun bermula pada jam 2.30 petang. Ketika itu majlis pernikahan diadakan di rumah saya di Kampung Lumadan, Beaufort. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan saya telah selamat bernikah dengan seorang lelaki pilihan hati saya sendiri hehe. Kami sudah kenal sejak sama-sama belajar di UIA lagi tetapi dalam kursus yang berlainan dan sewaktu saya mula mengenali dia masa tu saya baru pelajar tahun kedua tetapi dia sudah berada di tahun terakhir belajar di situ. Sejak dari saat itu dia menunggu saya sehingga saya tamat belajar dan apabila saya sudah tamat belajar maka kami pun berkahwin. Alhamdulillah Allah telah tetapkan jodoh kami dan segala urusan kami dipermudahkan.

Dan apa yang saya ingin fokuskan di sini ialah kisah yang menggembirakan saya iaitu kehadiran seseorang dalam hidup saya dan suami iaitu si kecil comel. Hehehe. Pada bulan Oktober yang lalu saya telah pertama kali memeriksa status kehamilan saya menggunakan urine pregnancy test yang dibeli di kedai farmasi. Dan nak tahu apa keputusannya ? POSITIF !!! Hehe. Ya saya ulang lagi positif. Alhamdulillah hehe. Pada masa tu saya tak tahu nak respon macam mana rasa lidah terkelu. Rasa macam tak percaya pun ada hehe. Masa tu saya tunjukkan UPT stripe saya yang positif tunjuk 2 color line tu dekat suami dan kami sama-sama memberi respon yang cool sahaja. Mungkin jugak encik suami saya pun macam saya jugak rasa happy tapi tidak dapat menzahirkan perasaan tu haha. Kami cuma buat cool sahaja tapi dalam hati ni hanya Allah yang tahu macam mana perasaannya. Rasa bersyukur sangat-sangat sebab Allah izin dan berikan kami rezeki zuriat seawal ini sedangkan masih ramai lagi pasangan yang sudah berkahwin di luar sana tetapi masih belum dikurniakan zuriat lagi. Ok lah berbalik kepada cerita tadi saya ada jugak pergi ke hospital untuk check kandungan saya. Pada awalnya saya mengalami sedikit pendarahan tapi sikit saja la memang tak banyak pun tapi pada masa tu saya rasa sakit perut yang amat sangat tapi tak teruk sangat. Jadi sebab tu la saya dengan suami cepat-cepat pergi check takut-takut ada terjadi something dekat baby dalam kandungan saya. Selepas selesai check dengan doktor di Hospital Likas and then Alhamdulillah doktor cakap baby dalam kandungan saya okay dan dalam keadaan baik. Cuma yang ada pendarahan tu adalah disebabkan oleh threatened misscarriage. Maksudnya keguguran yang possible boleh berlaku tetapi baby masih bernyawa dan dalam keadaan yang baik. Syukurlah. Cuma doktor cakap lagi saya kena berhati-hati selepas ni untuk menjaga kandungan saya. Tak boleh kerja berat, angkat benda yang berat-berat dan mesti rehat yang secukupnya. Saya dengan suami lega lepas dapat tahu yang tidak ada apa-apa berlaku ke atas kandungan saya. Alhamdulillah.


Gambar scan time check kat hospital

Dekat atas tu gambar scan baby masa dekat Hospital Likas dulu tu. Nampak kecil sangat kan hehe. Masa tu kandungan saya baru masuk 8 minggu. Tapi sekarang dah masuk 17 minggu dah. Cepat kan masa berlalu. Tup tup tup tup nanti dah nak dekat waktu bersalin dah. Tarikh bersalin saya dijangka awal bulan Jun nanti lebih kurang 09 atau 10 Jun 2016. Masa tu dah masuk bulan puasa dah hehe. Habislah saya nampak gayanya memang tak larat la nak puasa masa tu kalau dah sakit-sakit nak bersalin kan. Kena ganti puasa la nanti. Okay la setakat tu saja dulu cerita saya buat masa ni. Nanti saya sambung lagi dalam lembaran lain pulak. Bye. Hehe.