Friday, 26 January 2018

Atasi Sakit Senggugut Dengan Set Senggugut Shaklee

Senggugut sering dialami oleh golongan wanita terutama sekali ketika hendak period atau datang haid. Senggugut merupakan satu daripada gejala dan simptom Pre Menstrual Syndrome atau PMS dalam kalangan wanita. Apa sebenarnya Pre Menstrual Syndrome ni ? Pre Menstrual Syndrome merupakan perubahan-perubahan dan simptom-simptom fizikal dan emosi yang negatif yang boleh berlaku kepada seseorang perempuan sebelum kedatangan haid. Perubahan yang berlaku ini adalah normal namun ada sesetengah golongan perempuan yang mengalami masalah PMS yang teruk maka ini akan menyukarkan mereka tidak kiralah di rumah mahupun di tempat kerja. Jadi sakit senggugut adalah salah satu simptom bagi PMS.

Hari ini saya akan memperkenalkan satu set lengkap dalam Shaklee yang boleh membantu untuk mengatasi masalah sakit senggugut ini. Set tersebut ialah Set Senggugut Shaklee. Di bawah ini saya senaraikan produk-produk yang terdapat dalam set ini dan juga maklumat lengkap tentang manfaat dan peranan mereka.

SET SENGGUGUT SHAKLEE


GLA COMPLEX

🎯 Wanita yang mengalami sakit senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik iaitu sejenis asid lemak yang penting dengan baik untuk menjadi GLA atau gamma linolenic acid
🎯 Oleh itu pengambilan GLA tambahan daripada GLA Complex dapat meringankan simptom sakit senggugut
🎯 GLA ini juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan untuk makan makanan yang manis-manis

OSTEMATRIX

🎯 Apabila seseorang perempuan datang haid maka paras kalsium dalam badannya akan menurun dan berkurangan
🎯 Apabila paras kalsium dalam badan semakin menurun maka sebab itulah sakit senggugut boleh berlaku
🎯 Jadi pengambilan supplement kalsium seperti Ostematrix boleh membantu untuk meningkatkan paras kalsium dalam badan seterusnya membantu untuk mengurangkan gejala sakit senggugut ketika datang haid

VITAMIN B COMPLEX

🎯 Vitamin B khususnya B5 iaitu Panthotenic Acid dan B6 serta B12 telah terbukti memberikan kesan yang terbaik ke atas senggugut
🎯 Vitamin B5 membantu untuk mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal
🎯 Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air dan meningkatkan aliran oksigen dalam organ wanita serta juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal
🎯 Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, perasaan rimas dan perasaan marah-marah
🎯 Vitamin B12 membantu meringankan tekanan dan mengelakkan anemia serta ianya diperlukan dalam semua fungsi badan

Jadi bagi mereka yang mempunyai masalah sakit senggugut serta mengalami pelbagai simptom PMS bolehlah mengambil Set Senggugut Shaklee ini. Saya akan tunjukkan beberapa testimoni berkaitan pengguna yang mengamalkan set ini seperti di bawah.

TESTIMONI PENGGUNA SET SENGGUGUT SHAKLEE




Untuk membuat pembelian Set Senggugut Shaklee boleh terus hubungi saya menerusi cara di bawah. Klik direct ke link whatsapp saya iaitu http://enasuhaina.wasap.my

Nama : Ena Suhaina
Whatsapp : 013 355 2560
Facebook : Ena Suhaina
Instagram : juhanabeauty
Email : ena.suhaina@gmail.com

Atau anda boleh membeli Set Senggugut Shaklee secara online dengan klik gambar esell di bawah.



Tuesday, 23 January 2018

Cara Untuk Mengawal Paras Gula Yang Tinggi Dalam Darah

Hari ini saya akan kongsikan tips dan cara untuk mengawal paras gula yang tinggi dalam darah. Tips ini sangat sesuai untuk golongan yang mempunyai masalah paras gula yang tinggi dalam darah seperti pesakit diabetes atau kencing manis. Paras gula yang tinggi dalam darah merujuk kepada bacaan gula yang melebihi daripada bacaan normal dalam darah. Bacaan gula yang normal dalam darah kita adalah sekitar 4 - 8 mmol/L 😊 Apabila seseorang mempunyai bacaan gula dalam darah sebanyak 9 mmol/L dan ke atas menunjukkan bahawa orang tersebut mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah dan mempunyai masalah diabetes.


Jadi dalam entri ini saya akan kongsikan mengenai apakah tindakan yang boleh diambil oleh golongan yang mempunyai masalah diabetes atau kencing manis untuk mengawal paras gula yang tinggi dalam darah mereka.

CARA DAN TINDAKAN UNTUK MENGAWAL PARAS GULA YANG TINGGI DALAM DARAH

MEMILIH KARBOHIDRAT YANG SIHAT


Pilihlah makanan yang tidak terlalu cepat menukarkan karbohidrat kepada gula di dalam darah. Elakkan makanan seperti gula dan kanji yang terdapat dalam roti dan kanji jagung kerana ia menukarkan karbohidrat kepada gula dengan begitu cepat. Boleh ambil karbohidrat yang terdapat dalam sesetengah sayur-sayuran, gandum dan produk tenusu rendah lemak kerana karbohidrat di dalam makanan-makanan ini akan bertukar kepada gula secara beransur-ansur.

Orang yang mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah atau kencing manis perlu memakan makanan karbohidrat tetapi perlulah mengikut jumlah yang sesuai dan munasabah. Kegagalan untuk mengawal pengambilan makanan karbohidrat yang banyak dan berlebihan akan menjadikan paras gula semakin tinggi dalam darah.

MEMAHAMI KEPENTINGAN DIET PEMAKANAN YANG BETUL


Memahami kepentingan diet pemakanan yang betul dan cara pemilihan makanan adalah penting bagi mereka yang mempunyai masalah paras gula tinggi dalam darah. Ini kerana setiap makanan dan kandungannya boleh memberi kesan yang berlainan terhadap paras gula dalam darah. Sebagai contoh karbohidrat kompleks akan menyebabkan peningkatan paras gula secara beransur-ansur manakala karbohidrat ringkas dan gula akan meningkatkan paras gula secara drastik dalam darah.

MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI SERAT


Makanan yang mengandungi serat membantu untuk melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan air besar. Pada masa yang sama serat larut juga membantu dalam mengawal paras gula dalam darah. Sebagai contoh sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan serat. Makanan serat larut seperti kacang, oat dan bijirin juga boleh membantu untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu kekacang dan bijirin yang tinggi dengan serat ini juga dapat membantu dalam mengawal paras gula dalam darah. Jadi pesakit kencing manis perlulah mengambil kekacang dan bijirin dalam diet mereka dalam kuantiti yang telah disarankan untuk mereka.

BIASAKAN UNTUK MENGAMBIL OATMEAL


Oatmeal juga seperti kekacang dan bijirin yang sangat penting dalam diet pemakanan seseorang. Oatmeal yang tidak manis akan dicerna secara perlahan-lahan dan ia membantu dalam menghalang peningkatan gula dalam darah. Ini kerana oatmeal merupakan makanan yang kaya dengan serat larut air yang melambatkan penyerapan karbohidrat dan gula. Jadi pesakit kencing manis sangat disarankan untuk mengambil oatmeal dalam diet pemakanan mereka agar dapat membantu untuk mengawal paras gula dalam darah.

MINUM LEBIH BANYAK AIR MINERAL


Minumlah air mineral atau air kosong sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. Elakkan mengambil minuman yang berkarbonat dan tinggi kandungan gula. Minuman seperti jus juga perlu dielakkan seperti kordial kerana mengandungi gula tambahan. Ini kerana minuman yang tinggi kandungan gula ini akan meningkatkan lagi paras gula dalam darah. Namun pengambilan minuman unsweetened isotonic seperti Performance Drink Shaklee amatlah boleh kerana ia mengurangkan pengambilan gula.

TABUR CINNAMON PADA MAKANAN


Terdapat beberapa pakar mengatakan bahawa kulit kayu manis atau cinnamon boleh mengurangkan gula dalam darah. Serbuk cinnamon ini boleh ditabur pada makanan anda atau makanan orang yang mempunyai masalah kencing manis. Tetapi perlu diingat bahawa jangan bergantung dengan cinnamon sahaja bahkan perlulah menjaga diet pemakanan setiap hari serta mengambil makanan dalam jumlah dan kuantiti yang dibenarkan sahaja.

MENGURANGKAN PENGGUNAAN GULA TAMBAHAN 


Mengurangkan penggunaan gula tambahan adalah langkah yang amat penting untuk mengelakkan peningkatan paras gula dalam darah. Mereka yang mempunyai masalah kencing manis boleh mengambil gula tetapi bukanlah gula yang umum. Sebaliknya boleh ambil gula yang mempunyai paras glukosa yang rendah. Antara contoh makanan yang tinggi dengan gula tambahan adalah seperti minuman kordial, minuman 3 dalam 1 seperti milo, kek, gula-gula dan banyak lagi. Makanan yang mengandungi pewarna dan perisa tambahan juga patut dielakkan terutama sekali oleh pesakit diabetes kerana makanan seperti ini mengandungi gula tambahan.

MEMBELI GLUCOMETER UNTUK MEMERIKSA BACAAN GULA DALAM DARAH SETIAP HARI


Langkah untuk membeli glucometer sendiri amat perlu agar mereka yang mempunyai masalah kencing manis dapat memeriksa bacaan gula dalam darah mereka dengan lebih kerap. Bila alat ini sentiasa digunakan untuk memeriksa paras gula dalam darah maka menjadi mudah untuk mengawal paras gula tersebut agar sentiasa berada dalam paras normal. Alat ini juga membantu untuk memberi warning kepada mereka yang mempunyai masalah kencing manis apabila mendapati bacaan gula mereka terlalu tinggi.

BERSENAM SECARA KERAP DAN TERATUR


Melakukan sukan dan aktiviti bersenam secara kerap dan teratur juga boleh membantu untuk mengawal paras gula dalam darah. Ini kerana karbohidrat yang ditukar kepada gula di dalam badan telah banyak digunakan sebagai tenaga untuk melakukan aktiviti bersenam dan sukan. Jadi dengan cara bersenam dan bersukan boleh membantu dalam mengawal paras gula dalam darah.

MENGAMBIL DIET PEMAKANAN YANG TINGGI PROTEIN


Mengambil diet yang tinggi protein juga mampu membantu untuk mengurangkan paras gula dalam darah. Selain itu ia juga membantu dalam menguruskan badan. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein seperti Energizing Soy Protein Shaklee juga sangat sesuai kerana ESP ini mempunyai paras GI atau glisemik indeks yang rendah. Namun bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang adalah dinasihatkan untuk memantau pengambilan protein dalam diet mereka. Pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh mengambil diet protein secara berlebihan dan kuantiti air yang perlu diambil juga adalah dalam jumlah yang disarankan sahaja.

MENGAMBIL SUPPLEMENT SET KAWAL PARAS GULA DALAM DARAH SHAKLEE


Mereka yang mempunyai masalah kencing manis juga boleh mengambil supplement kesihatan Shaklee untuk membantu dalam mengawal paras gula dalam darah. Set Kawal Paras Gula Dalam Darah Shaklee terdiri daripada produk-produk seperti di bawah.

🔮 ESP - minuman protein soya yang kaya dengan Isoflavones membantu dalam mengurangkan risiko kencing manis. Protein soya ESP juga adalah rendah glisemik indeks dan tidak mengandungi kanji.

🔮 GLA Complex - mengandungi asid lemak Omega 6 yang membantu dalam mengurangkan kesakitan saraf bagi pesakit diabetes neuropati. Ia juga dapat bertindak sebagai anti inflamasi.

🔮 Alfalfa - membantu dalam menstabilkan gula dalam darah dan juga pada masa yang sama bertindak untuk menyahtoksik.

🔮 Vivix - membantu dalam memperbaiki sel yang rosak akibat kencing manis dan radikal bebas. Vivix ini mengandungi Resveratrol yang tinggi antioksida dan menyokong kesihatan yang optimum. Vivix juga bertindak untuk mengurangkan inflamasi dan meningkatkan tenaga.

🔮 B Complex - membantu untuk menukarkan gula kepada tenaga dan juga membantu untuk mengurangkan keletihan.

🔮 Vitamin C - membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan seterusnya dapat melawan jangkitan penyakit.

🔮 Vitalea - mengandungi zinc yang membantu dalam penghasilan insulin serta membantu dalam pemulihan luka akibat kencing manis.

Monday, 22 January 2018

Ciri-Ciri Anak Mempunyai Masalah Autisme

Apakah autisme ? Autisme merupakan sejenis penyakit gangguan perkembangan otak si kecil yang akan memberi kesan kepada perkembangan sosial dan minda mereka. Menurut The Diagnostic And Statistical Manual Of Mental Disorders 5th Edition ( DSM 5 ) penyakit ini juga dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder atau ASD. Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ini akan menghadapi masalah daripada segi sosial, komunikasi verbal dan non verbal serta kelakuan atau tingkahlaku. Menurut satu kajian menggunakan MHCAT atau Mental Health Computerized Adaptive Testing di klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa nisbah kanak-kanak autisme adalah empat hingga lima kali lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Autisme ini juga boleh dihidapi oleh kanak-kanak pelbagai bangsa, agama dan kedudukan sosial.


Pada masa kini kebanyakan kanak-kanak yang didiagnosis dengan autisme bermula lewat umur 4 tahun dan ke atas. Ini menunjukkan autisme tidak cuba dikenal pasti dalam kalangan kanak-kanak sejak daripada peringkat awal lagi. Mengenal pasti ciri-ciri dan masalah autisme ini sejak daripada awal lagi iaitu sejak daripada bayi lagi adalah penting kerana menurut kajian rawatan serta intervention yang dilakukan kepada kanak-kanak autisme sejurus selepas pemeriksaan awal dibuat akan menghasilkan keputusan yang lebih baik dalam pelbagai aspek seperti pembelajaran, kemahiran sosial dan komunikasi berbanding dengan kanak-kanak autisme yang dikesan agak lewat.

Punca utama bagi masalah autisme ini masih tidak diketahui namun terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyumbang kepada masalah autisme ini.

FAKTOR RISIKO YANG BOLEH MENYUMBANG KEPADA AUTISME

🔮 Usia ibu dan bapa yang meningkat
🔮 Bayi lahir pramatang bawah 33 minggu
🔮 Faktor jangkitan di kawasan otak
🔮 Terdapat masalah semasa kehamilan
🔮 Faktor masalah selepas kelahiran
🔮 Sejarah autisme dalam keluarga
🔮 Faktor genetik

Ciri-ciri atau tanda-tanda autisme boleh dilihat dan dikenal pasti sejak daripada awal lagi iaitu sejak daripada bayi lagi. Berikut merupakan tanda-tanda kemungkinan anak anda berisiko mempunyai masalah autisme.


CIRI-CIRI DAN TANDA-TANDA ANAK MUNGKIN BERISIKO MENGHIDAP AUTISME

KETIKA BAYI BERUSIA 6 BULAN

🔮 Bayi sukar untuk mengukir senyuman, tergelak serta sukar menunjukkan reaksi gembira
🔮 Bayi tiada hubungan mata atau hubungan mata yang terhad dengan ibubapanya atau orang sekelilingnya

KETIKA BAYI BERUSIA 9 BULAN

🔮 Bayi tidak membuat sebarang bunyi dan tidak senyum. Bayi juga tidak mampu memberikan sebarang ekspresi wajah.

KETIKA BAYI BERUSIA 12 BULAN

🔮 Bayi tidak dapat mengagah
🔮 Bayi tidak mampu untuk membuat isyarat berkomunikasi seperti mencapai sesuatu dan melambai
🔮 Bayi tidak memberi sebarang tindak balas atau respon ketika namanya dipanggil

KETIKA BAYI BERUSIA 16 BULAN DAN KE ATAS

🔮 Bayi tidak dapat berceloteh atau membunyikan suara semasa berusia 16 bulan
🔮 Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas tidak dapat mengeluarkan perkataan atau kata-kata


ANTARA TANDA-TANDA LAIN AUTISME

🔮 Mengalihkan pandangan mata atau mengelak hubungan mata. Juga disebut sebagai tidak dapat melakukan eye contact dengan orang lain
🔮 Lambat bercakap atau perkembangan pertuturan kata-kata sangat lambat
🔮 Mempunyai masalah sering mengulangi frasa atau perkataan berulang kali atau disebut sebagai echolalia
🔮 Mempunyai tingkah laku pelik iaitu berulang-ulang kali melakukan sesuatu seperti berpusing dan menggoyangkan badan
🔮 Mempunyai respon atau tindak balas dan reaksi yang berlebihan dan keterlaluan terhadap bunyi, rasa, warna, bau dan juga cahaya
🔮 Memiliki minat yang sangat terhad atau tidak menunjukkan minat terhadap sesuatu perkara atau benda di hadapannya
🔮 Tidak berkawan dengan orang lain atau tidak mahu bermain dengan orang lain. Ini merupakan hubungan sosial anak yang sangat lemah
🔮 Tidak melihat atau menoleh kepada sesuatu perkara atau objek yang ditunjukkan kepada mereka
🔮 Tidak dapat menunjukkan jari atau isyarat tangan kepada sesuatu perkara atau objek di sekeliling mereka kepada ibubapa agar dilihat oleh ibubapa
🔮 Ketawa berlebihan dan senyum dalam keadaan yang tidak sesuai
🔮 Sering mengibas-ngibaskan tangan dan suka memutarkan sesuatu objek
🔮 Sering mengulangi sesuatu perbuatan atau tingkah laku dan juga sering mengulangi percakapan dalam perkara yang sama

Jadi kepada semua ibubapa bolehlah mengambil langkah awal dengan cuba mengenal pasti ciri-ciri autisme dalam diri anak-anak masing-masing sejak daripada peringkat bayi lagi. Ini kerana langkah rawatan dan intervention awal mampu meningkatkan kadar keputusan yang lebih baik untuk anak-anak autisme daripada segi pembelajaran, komunikasi dan hubungan sosial mereka. Inshaa Allah dalam entri saya seterusnya saya akan kongsikan pula tentang rawatan dan intervention yang boleh dilakukan ke atas kanak-kanak autisme untuk membantu mereka meningkatkan perkembangan minda, sosial dan komunikasi mereka.

Saturday, 20 January 2018

8 Manfaat Detoks Tubuh Badan

Detoksifikasi adalah satu proses untuk mengeluarkan atau menyingkirkan semua najis, lemak, lendir serta toksin yang terkumpul di dalam tubuh badan. Proses detoks ini sangat penting kerana apabila tubuh badan kita bebas daripada toksin maka sangat mudahlah tubuh kita untuk menyerap pelbagai zat dan nutrien. Banyak manfaat sebenarnya bila kita melakukan detoks ni. Ada 8 manfaat utama detoks tubuh badan seperti di bawah.

LAPAN MANFAAT UTAMA MELAKUKAN DETOKS TUBUH BADAN

TURUNKAN BERAT BADAN


Toksin yang terkumpul dalam badan akan menghalang proses pembakaran lemak dalam badan. Jadi apabila anda melakukan detoks tubuh badan maka segala toksin akan dapat dikeluarkan daripada tubuh badan. Jadi apabila toksin sudah dikeluarkan maka proses pembakaran lemak pun dapat berjalan dengan lancar. Akhirnya hasil daripada pembakaran lemak ini berat badan akan turun.

MELEGAKAN PERUT KEMBUNG DAN SEMBELIT


Setelah kita makan segala sisa makanan ini akan diproses di dalam usus. Makanan yang rendah serat dan lemak yang tidak sihat akan terkumpul secara perlahan-lahan di dalam usus kita dan lama-kelamaan usus pun tersumbat dan tidak bersih.

Apabila lemak dan toksin ini terkumpul di dalam usus maka lama-kelamaan perut kita pun kembung dan rasa tidak selesa. Usus kita adalah sebagai alat kumbahan untuk menyingkirkan semua najis dan toksin daripada tubuh kita. Ia perlu sentiasa kosong dan dibersihkan agar dapat berfungsi dengan baik.

Jadi detoks akan dapat membantu untuk membersihkan dan mengosongkan usus kita. Maka perut kembung dan masalah sembelit akan dapat diatasi dan detoks juga menggalakkan pergerakan usus yang sihat. Dengan cara detoks juga segala toksin dapat dikeluarkan daripada tubuh badan.

LEBIH AKTIF DAN BERTENAGA


Jika kita selalu berasa lemah dan tidak bertenaga itu tandanya banyak toksin di dalam tubuh badan kita. Detoks boleh membantu badan kita untuk menyingkirkan toksin tersebut dan hasilnya badan kita akan lebih sihat dan cergas serta bertenaga.

MENGURANGKAN SELERA MAKAN DAN CRAVING


Apabila kita sudah melakukan detoks tubuh badan dan mula mengambil nutrien serta makanan berkhasiat maka setelah itu otak kita seolah-olah sudah diprogram untuk mengatakan "Tidak dan selamat tinggal kepada makanan yang tidak berkhasiat" seperti lemak, gula dan kafein. Jadi kita tidak lagi rasa mengidam atau teringin untuk makan makanan yang tidak sihat.

MENDAPAT KULIT YANG CANTIK


Kulit membuang toksin daripada tubuh dengan cara berpeluh. Jadi apabila kelenjar peluh dipenuhi dengan banyak toksin dan tidak dikeluarkan maka terjadilah masalah kulit seperti jerawat. Proses detoks membantu untuk menyingkirkan toksin daripada tubuh dan menjadikan kulit cantik serta bersih daripada jerawat.

MENGURANGKAN STRESS DAN TEKANAN


Apabila badan kita dipenuhi dengan toksin yang banyak maka kemampuan badan kita untuk menyerap nutrien pun menurun. Badan kita juga tidak suka dengan toksin yang terlalu banyak ini jadi ia akan mengeluarkan hormon tekanan iaitu kortisol. Sebab itulah kita akan mudah stress. Jadi detoks dapat membantu untuk mengeluarkan toksin seterusnya mengurangkan stress.

MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI


Radikal bebas sangat suka menyerang dan merosakkan sel dalam badan kita. Apabila toksin dalam badan terlalu banyak maka mudahlah bagi radikal bebas ini untuk merosakkan sel. Kesannya sistem imunisasi dalam badan kita akan turut terjejas. Jadi detoks perlu dilakukan untuk menyingkirkan toksin dan radikal bebas tidak lagi menyerang seterusnya menguatkan lagi sistem imunisasi badan kita.

TIDUR YANG LEBIH LENA


Toksin terutamanya logam berat boleh mengganggu keseimbangan sel normal dan mewujudkan radikal bebas. Radikal bebas ini boleh mengganggu pola tidur kita dan juga boleh menyebabkan insomnia. Detoks dapat membantu menyingkirkan logam berat dan menetapkan semula corak tidur kita. Jadi kita boleh mendapatkan rehat yang berkualiti.

Friday, 19 January 2018

Tips Cara Untuk Mengatasi Masalah Resdung

Pernahkah anda mengalami resdung ? Macam mana kita nak tahu yang kita ada masalah resdung ? Saya sendiri pernah mengalami resdung ni dan memang sangat perit dan sengsara bila ada resdung ni. Ini kerana resdung ni banyak memberi kesan kepada hidung jadi bila hidung tersumbat dan sebagainya memang jadinya susah untuk kita hendak buat kerja.


Apakah sebab-sebab dan faktor-faktor yang boleh menyebabkan resdung ni berlaku ? Banyak faktor penyebab resdung ni terutama sekali adalah alergik atau alahan terhadap debu, habuk, asap dan sebagainya. Setiap orang mempunyai tahap kesensitifan terhadap suasana dan keadaan sekeliling yang berbeza-beza. Bagi orang yang mempunyai masalah resdung ni mereka sangat dan terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling yang berhabuk dan berdebu. Antara sebab dan faktor lain yang boleh menyebabkan resdung adalah seperti di bawah.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB RESDUNG

🔮 Alahan terhadap habuk dan debu
🔮 Alahan terhadap debunga dan bulu-bulu seperti bulu kucing
🔮 Alahan atau alergik terhadap makanan seperti seafood
🔮 Bau yang terlalu kuat. Contoh bau masakan pedas
🔮 Bau minyak wangi yang terlalu kuat
🔮 Bau kimia iritasi. Contoh seperti bau Clorox dan bau cat
🔮 Perubahan cuaca daripada cuaca sejuk ke panas. Contoh mandi air sejuk pada waktu pagi dan keluar dari pejabat yang berhawa dingin ke bawah matahari yang terik

Ini merupakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya resdung. Kebanyakan orang sensitif dengan perubahan cuaca. Bayangkan sekejap panas kemudian hujan kemudian panas semula maka hidung kita pun menjadi sensitif. Apabila masalah hidung sensitif ini atau resdung dibiarkan sahaja sehingga menjadi teruk maka akan terjadilah simptom-simptom yang tidak sihat dan tidak disukai.


SIMPTOM-SIMPTOM DAN GEJALA RESDUNG

🔮 Selesema dan batuk
🔮 Kerap bersin
🔮 Terlalu banyak hingus
🔮 Hidung tersumbat dan susah bernafas
🔮 Hidung dan mata gatal
🔮 Mata berair dan nampak merah
🔮 Sakit kepala

Jadi di sini saya nak kongsikan tips cara untuk mengatasi masalah resdung. Saya tidak akan sentuh tentang ubat-ubatan moden untuk mengatasi masalah resdung tetapi apa yang saya akan kongsikan adalah cara untuk mengatasi masalah resdung dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di sekeliling kita.

LAPAN CARA UNTUK HILANGKAN RESDUNG

PERTAMA
SEDUP WAP AIR PANAS SELAMA 15 MINIT


Langkah pertama ini anda mulakan dengan merebus air dalam bekas kemudian campurkan dengan air garam dan tunggu sehingga mendidih. Setelah itu sedut wap air panas tersebut dengan jarak kepala anda 30cm daripada air tersebut. Lebih berkesan apabila anda menutup kepala anda dengan tuala yang menutup sekali wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak 3 kali dalam sehari sehingga resdung anda reda.

KEDUA
TUAM TUALA PADA MUKA DENGAN AIR PANAS


Langkah ini anda mulakan dengan panaskan air sehingga mendidih kemudian mulalah tuam muka anda dengan tuala yang telah direndam dalam air panas tadi. Tuam tuala tersebut di bahagian pipi anda agar dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

KETIGA
MENGGUNAKAN GEL LIDAH BUAYA


Lidah buaya juga boleh digunakan untuk mengatasi resdung kerana ia bersifat antiseptik. Caranya ialah anda titiskan lendir atau gel yang terdapat pada lidah buaya ke hidung anda. Untuk kesan yang lebih baik anda boleh minum rebusan lidah buaya untuk mengatasi resdung.

KEEMPAT
MINUM AIR MINERAL DENGAN BANYAK


Seseorang yang ada masalah resdung perlulah minum air mineral dengan banyak. Ini kerana cecair tersebut akan membantu dalam mendorong lendir keluar daripada rongga hidung. Elakkan minum minuman berkafein, minuman manis serta jangan merokok kerana kegiatan ini akan menyebabkan lendir menjadi semakin pekat dan sistem pernafasan pun semakin tersumbat.

KELIMA
MENGGUNAKAN CAMPURAN LIMAU NIPIS DAN DAUN PANDAN


Cara ini anda perlu sediakan 8 biji limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiriskan halus-halus daun pandan tersebut kemudian perah limau nipis hingga mendapat air limau yang banyak. Kemudian campurkan hirisan daun pandan tadi ke dalam air perasan limau. Ramas daun pandan tadi selama beberapa minit sehingga air limau berubah menjadi kehijauan. Tapiskan air tersebut sehingga tinggal air sahaja.

Basuh muka anda terlebih dahulu kemudian barulah bilas air limau tadi ke muka anda. Elakkan air limau tersebut daripada terkena mata dan bibir. Setelah kering sapukan lagi air limau tersebut ke muka anda. Lakukan setiap 3 jam untuk kesan yang lebih baik. Setelah selesai boleh cuci muka anda dengan air biasa. Perlu diingat cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan kepedihan. Kesan yang diterima mungkin berbeza mengikut individu dan keadaan resdung. Sila rujuk pakar terlebih dahulu jika ragu-ragu.

KEENAM
MENGGUNAKAN KUNYIT ATAU HALIA


Kunyit mempunyai sifat anti inflamasi dan juga antioksida. Apabila ia dicampur bersama halia yang dibancuh dengan teh maka minuman ini akan membantu untuk mencairkan mukus atau hingus dalam hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat resdung.

KETUJUH
MINUM CAMPURAN AIR CUKA EPAL DAN MADU


Mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu juga membantu dalam mengurangkan resdung. Caranya ialah ambil 3 sudu makan cuka epal dan masukkan ke secawan air panas atau teh kemudian tambahkan limau dan madu secukupnya lalu minum 3 kali sehari.

KELAPAN
MENGAMALKAN SET RESDUNG SHAKLEE

Set Resdung Shaklee juga berkesan untuk mengatasi masalah resdung. Terdapat beberapa produk dalam set lengkap Shaklee untuk resdung iaitu Vitamin C, Omega Guard, Vitamin B Complex dan Alfalfa Complex.



Nantikan entri saya yang berikutnya. Saya akan ceritakan tentang Set Resdung Shaklee secara terperinci dan saya juga akan sertakan sekali testimoni pengguna Set Resdung Shaklee.

Thursday, 18 January 2018

FALSAFAH SHAKLEE

Terdapat 3 asas utama Falsafah Shaklee yang sangat penting dan perlu diketahui iaitu SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan SENTIASA MESRA ALAM. Ketiga-tiga asas falsafah inilah yang menjadikan Shaklee berbeza dengan yang lain. Perbezaan Shaklee berbanding produk vitamin dan supplement jenama lain adalah produk Shaklee selamat secara semulajadi dan terbukti berkesan selama lebih 50 tahun.


TIGA ASAS UTAMA FALSAFAH SHAKLEE

SENTIASA SELAMAT

🍀 Lebih daripada 100 000 ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan
🍀 Pengesahan bahan botani daripada pihak ketiga menunjukkan potensi adalah terjamin
🍀 Ketulenan terjamin kerana 350 ujian-ujian pencemaran dilakukan bagi setiap ramuan botani baru
🍀 Kepuasan terjamin secara menyeluruh seratus peratus

SENTIASA BERKESAN

🍀 Lebih kurang 300 juta dilaburkan dalam pengujian penyelidikan dan pembangunan
🍀 Terdiri daripada 60 saintis Shaklee yang menjalankan ujian dan pelbagai ujikaji
🍀 Terdapat 55 paten dan paten tertunda serta terdapat lebih 100 Laporan Saintifik dalam Shaklee
🍀 Kajian ulangtahun ke 50 menunjukkan yang pengguna makanan tambahan Shaklee dalam jangka masa panjang mempunyai tahap kesihatan ternyata lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau tiada mengambil makanan tambahan langsung

SENTIASA MESRA ALAM

🍀 Semua produk Shaklee tidak mengandungi sebarang perasa tiruan
🍀 Semua produk Shaklee juga tidak mengandungi sebarang pemanis dan pewarna tiruan
🍀 Semua produk Shaklee juga tidak mengandungi lemak Trans dan tidak mengandungi sebarang benda asing tersembunyi
🍀 Sebarang ujian tidak dilakukan terhadap haiwan atau Cruelty Free
🍀 Semua produk Shaklee juga halal dan bebas daripada bahan-bahan yang diharamkan
🍀 Semua produk Shaklee juga tidak mengandungi peluntur Klorin serta tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya

Sijil Halal Shaklee Tahun 2018

Jadi sebab itulah kenapa saya jatuh cinta dan setia dengan Shaklee. Sudah terbukti produk Shaklee adalah yang paling selamat dan berkesan untuk diambil. Bahkan produk Shaklee juga halal dan mesra alam. Jadi kepada semua orang di luar sana yang ingin mencuba produk Shaklee janganlah ragu-ragu lagi. Banyak bukti sudah jelas terpampang untuk anda semua. Tambahan lagi produk Shaklee turut ada Landmark Study sendiri tau. So jom beralih kepada produk supplement semulajadi Shaklee sekarang ! Boleh terus whatsapp saya untuk maklumat info yang lebih lanjut lagi dengan klik gambar di bawah.


Tuesday, 16 January 2018

Kebaikan Dan Manfaat Herblax Shaklee

Hari ni jom kita berkenalan dengan Herblax Shaklee. Herblax terkenal sebagai produk yang mampu membantu untuk mengatasi masalah sembelit serta masalah yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan pembuangan air besar. Ramuan asas yang terdapat dalam produk ini adalah terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Herblax mengandungi 9 jenis herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.



APAKAH FUNGSI HERBA-HERBA SEMULAJADI YANG TERDAPAT DALAM HERBLAX ?

SENNA LEAVES
❤ Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut serta mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak

BUCKHORN BARK
❤ Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus

LICORICE ROOT
❤ Membantu proses detoksifikasi iaitu menyingkirkan segala najis, lendir, lemak dan toksin daripada usus melalui pembuangan air besar

FENNEL SEED
❤ Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol serta membantu dalam pencernaan. Ia juga membantu mengatasi masalah sembelit dan kembung perut

ANISE SEED
❤ Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

RHUBARB ROOT
❤ Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik

BLUE MALVA FLOWER
❤ Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

CULVER'S ROOT 
❤ Membantu mengatasi masalah lebihan air dalam badan dan mengatasi asma

ALFALFA LEAVES
❤ Membantu untuk membersihkan usus, darah dan hati

KEBAIKAN DAN MANFAAT HERBLAX SHAKLEE

❤ Pembersihan najis yang tersekat.
❤ Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
❤ Membantu masalah sembelit.
❤ Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus atau natural bowel movement.
❤ Membantu untuk mengempiskan perut.
❤ Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
❤ Memudahkan fungsi usus.
❤ Mengurangkan bau badan.

Di bawah ini saya tunjukkan beberapa testimoni pengguna Herblax dalam mengatasi masalah sembelit yang mereka alami.




Untuk membuat pembelian Herblax Shaklee boleh terus hubungi saya di sini.

Nama : Ena Suhaina
Facebook : Ena Suhaina
Whatsapp : 013 355 2560
Instagram : juhanabeauty

Atau klik gambar untuk membuat pembelian Herblax secara online melalui link esell di bawah.


Sunday, 14 January 2018

Keistimewaan Dan Kebaikan Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee

Semakin hari semakin ramai orang yang suka dengan Vitamin C Shaklee ni disebabkan oleh keistimewaannya yang tidak terdapat dalam produk Vitamin C brand atau jenama lain. Mari kita selongkar apakah keistimewaan Vitamin C Shaklee ni yang menjadikan ia unik dan mempunyai permintaan yang tinggi.


Vitamin C Shaklee adalah berasaskan daripada sumber semulajadi iaitu daripada ekstrak jagung dan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah perut yang sensitif. Vitamin C Shaklee juga bersifat Sustained Release iaitu Vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat-peringkat dalam badan kita. Sistem perlepasan secara berperingkat ini akan melepaskan 500mg Vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaannya dan mengurangkan pembaziran. Ini kerana badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C sendiri dan perlu diambil daripada sumber makanan harian atau supplement.

Selain itu Vitamin C juga adalah vitamin larut air maka apabila ada lebihan Vitamin C dalam badan jadi ia mudah untuk dibuang melalui sistem perkumuhan. Jadi badan kita amat memerlukan Vitamin C dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari agar tidak berlaku pembaziran. Khasiat sebiji tablet Vitamin C Shaklee juga bersamaan dengan 7 biji setengah buah Oren. Haaa ada ke yang sanggup untuk makan 7 biji Oren setiap hari ? Jadi Shaklee telah menyediakan satu alternative supplement iaitu Vitamin C untuk membekalkan keperluan Vitamin C yang mencukupi dalam badan kita setiap hari.


Apabila kita makan sebiji tablet Vitamin C Shaklee setiap hari so kita boleh mendapatkan sumber Vitamin C dalam badan kita dengan mencukupi setiap hari. Vitamin C Shaklee juga diperkaya dengan 120mg Bioflavonoid Sitrus yang bertindak secara berkerjasama dengan Vitamin C untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

TANDA-TANDA KEKURANGAN VITAMIN C DALAM BADAN

Pernahkah anda mengalami situasi yang mana anda tengah memberus gigi kemudian tiba-tiba gusi anda berdarah ? Tengok berus gigi tiba-tiba ternampak kesan merah darah. Mesti kita tertanya-tanya kan kenapa boleh berdarah padahal kita bukan gosok gigi ganas sangat pun. Tetapi senang pula gusi tu berdarah. Haaa jangan tak tahu ini merupakan antara tanda-tanda anda mengalami kekurangan Vitamin C dalam badan. Jadi kena la rajin ambil Vitamin C atau makanan yang tinggi dengan Vitamin C. Banyak lagi tanda-tanda lain kekurangan Vitamin C dalam badan. Antaranya seperti di bawah :

🍊 Mudah bersin dan selsema
🍊 Mudah demam
🍊 Gusi mudah berdarah
🍊 Kulit menjadi kasar
🍊 Kuku cepat rapuh
🍊 Mudah stress atau tertekan
🍊 Mudah mendapat ulser
🍊 Wajah nampak tua sebelum usia
🍊 Luka lambat sembuh
🍊 Lebam pada tubuh lambat hilang
🍊 Gatal-gatal pada kulit

Sekarang kita check pula apa kebaikan dan manfaat Sustained Release Vitamin C Shaklee ni. Banyak sangat manfaatnya. Selalunya Vitamin C ni dikaitkan dengan kecantikan dan sistem imun dalam badan. Betul sangat tu sebab memang kebanyakan pengguna mengambil Vitamin C Shaklee ni adalah untuk mencantikkan kulit, menghilangkan parut jerawat, menghilangkan jeragat, tingkatkan sistem imun dalam badan dan banyak lagi.

Saya sendiri merupakan pengguna setia Vitamin C Shaklee. Selalu apabila saya demam dan selesema so saya consume Vitamin C Shaklee saja memang betul-betul berkesan. Cepat betul sembuh dalam 1 hingga 2 hari saja demam saya sudah baik. Memang terbaik kan Vitamin C Shaklee. Memang sangat bagus ni Vitamin C Shaklee sebab tolong tingkatkan dan kuatkan sistem imun dalam badan. So sesiapa yang rasa sistem pertahanan dalam badan dia atau antibodi dia selalu lemah dan tidak kuat better ambillah dan amalkanlah Vitamin C Shaklee. Memang sangat berbaloi dan tidak rugi langsung malah berkesan lagi.

Ooppss Vitamin C Shaklee bukan hanya sekadar untuk cantik dan tingkatkan sistem imun dalam badan saja tau tapi banyak lagi manfaat Vitamin C Shaklee ni untuk kita semua sebenarnya. Antaranya seperti di bawah :

MANFAAT DAN KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE

🍊 Membantu melindungi badan daripada dijangkiti penyakit
🍊 Memelihara kesihatan tulang dan gigi
🍊 Mempercepatkan penyembuhan luka
🍊 Membantu melindungi kulit daripada serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit
🍊 Meningkatkan pembentukan kolagen dalam badan
🍊 Membantu sel darah putih untuk menentang kuman dan bakteria seterusnya menguatkan sistem imun dalam badan
🍊 Membantu mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan pada kulit

TESTIMONI DARIPADA PENGGUNA VITAMIN C SHAKLEE





Jadi kesimpulannya kita memang sangat memerlukan Vitamin C dalam badan kita setiap hari. Vitamin C Shaklee merupakan agent antioksida yang paling terbaik sekali kerana kualitinya yang sangat mantap dan berkesan. Terus hubungi saya jika anda tercari-cari Vitamin C Shaklee. Boleh klik gambar di bawah untuk membuat pembelian segera.


Atau klik gambar di bawah untuk terus membuat pembelian Vitamin C Shaklee secara online melalui link esell di bawah.


Nama : Ena Suhaina
Whatsapp : 013 355 2560
Facebook : Ena Suhaina
Instagram : juhanabeauty