Sunday, 29 July 2012

Air Terjun Sungai Pandan

Skang jam suda menunjukkan pukul 2.50 pagi.. mata saya masih nda mengantuk lagi.. huhu.. mau belajar pun saya nda tau la masuk ka nda lagi ni.. tetiba malam-malam macam ni saya teringat kenangan saya ngan kawan-kawan saya time kitorang pegi bermandi-manda di Air Terjun Sungai Pandan baru-baru ni juga.. tempat tu dekat Kuantan ni juga la cuma dia kena masuk kawasan perkampungan sket.. memang best sangat.. sebab air terjun tu memang cantik betul.. memang betul la ciptaan Allah tu indah sangat kan.. sebab tu kita kena sentiasa memuji Allah atas kebesaran and keagungan-Nya..

Masa tu saya pegi sana dengan tiga lagi kawan saya.. saya, Fiza, Nabilah and jugak Im.. masa mula-mula tu kitorang tak plan pun nak pegi sana tapi last-last minute baru plan pegi sana.. so awal-awal pagi lagi kitorang dah gerak pegi Sungai Pandan tu.. sebab kalo pagi-pagi mesti best kan.. sejuk.. lagipun kitorang tak nak lewat-lewat petang.. takut kang nanti dah tutup.. so apa lagi, kitorang pun bawa baju semua untuk mandi hehe.. masa tu kitorang bawa kereta and Fiza yang drive.. saya lambat lagi kot drive sebab masih tengah belajar kereta skang.. hehe.. tak sabar nak habis belajar kereta.. nak drive kereta.. pasni boleh la bawa mama ngan ayah jalan-jalan.. ok sambung cerita balik, so sampai ja dekat sana, apa lagi saya pun ambik gambar pemandangan-pemandangan dekat sana.. memang cantik betul.. ni antara gambar yang saya ada ambik.. silalah nikmati keindahan ciptaan Allah.. ^_^

ni pemandangan air terjun dari jauh
cantik gila kan..
ni paling cantik and paling saya suka tengok.. 

ni pula ambik dari bukit


Banyak lagi sebenarnya gambar yang saya dah ambik.. gambar ngan kawan-kawan pun banyak tapi biarlah sekadar gambar air terjun yang indah sahaja yang diupload di sini k.. hehe.. segan nak upload gambar yang mungkin tidak sesuai untuk dipaparkan di sini.. sebab bermandi-manda kan.. harap paham.. hehe..ok rasanya tu ja la nak cerita.. tiada apa-apa yang best sangat pun, cuma nak kongsikan betapa agungnya Allah di atas ciptaan and kurniaan-Nya.. saya memang rasa nak pegi lagi dekat tempat ni.. konfem punya.. Inshaa Allah.. mungkin bila dah naik second year nanti, bila ada masa free nanti nak ajak kawan lagi pegi sini ^_^..

Saturday, 28 July 2012

Dapat Tawaran Nursing UIA


Jam menunjukkan pukul 2 pagi da..tapi belum ngantuk lagi..roommate skang da tido da..tinggal saya sorang tak tido lagi..apa mau buat ni arr..

owh iya..saya lupa untuk post pasal nursing..course yang saya tengah ambik skang..minta maaf bebanyak terlupa mau post.. ^_^

apa nak cerita pasal nursing ek.. sebenarnya banyak cerita, banyak pengalaman yang saya lalui sejak saya masuk course ni.. ok la, mula dari awal, satu-satu k..

First time saya masuk dekat CFS dulu, saya dapat la course nursing ni..jujur masa mula-mula dulu dapat course ni, saya memang tak berminat untuk ambik sebab saya lebih prefer course medic.. sebab saya mau sangat jadi doktor..memang cita-cita pun mau jadi doktor..tapi ingat lagi masa sekolah rendah dulu memang pernah jugak minat mau jadi nurse..tapi ntah la naik sekolah menengah bertukar pula minat jadi doktor..so bila dapat tawaran course nursing dekat CFS, mula-mula tu berat hati sangat nak ambik tapi family semua support suruh ambik..ayah la orang yang paling kuat support suruh ambik course ni..ayah cakap la better ambik nurse daripada doctor sebab doctor kerja penat gila..doctor tak guna sistem shift kalo kerja tapi on-call..so bila-bila masa akan dipanggil untuk tengok patient lebih-lebih lagi kalo kes emergency..tapi kalo nurse pula ikut sistem shift..kerja pun ada waktu tertentu ja..contoh pagi atau petang atau malam..so ada masa la untuk rehat berbanding dengan doctor.. pastu ayah cakap nurse berkelulusan degree memang sangat demanding sekarang..sebab kebanyakan nurse dekat Malaysia skang cuma diploma ja..so ada kelebihan la untuk nurse yang berijazah sekarang ni macam Nursing UIA..pastu lepas ada pengalaman kerja beberapa tahun boleh sambung master atau PhD kalo nak..depends dengan kita nak sambung dalam bidang apa sebab nursing pun luas.. contoh paediatric ka, geriatric ka, oncology ka, and banyak lagi la..

Jadi, lama-lama bila dengar cakap ayah, and atas support semua family, lama-lama saya pun ambil keputusan untuk terima tawaran UIA.. mula-mula tu walopun masih rasa ragu-ragu tapi lama-kelamaan saya dapat tanam minat tu untuk Nursing.. Alhamdulillah la.. mungkin ni hikmahnya Allah letakkan saya dalam jalan ni..sebab Dia tahu saya memang sesuai dalam bidang ni.. dulu ingat lagi masa lepas dapat result SPM, saya ada dapat kemasukan ke University Tanta, dekat Mesir dalam course medic tapi bukan under JPA, tapi swasta, kena cari scholarship sendiri..tapi yalah, orang cakap, ni semua rezeki daripada Allah kan, Dia yang menetapkan segala-galanya untuk kita, masa tu saya ada perasaan juga mau pegi ke sana.. yalah oversea kan..sapa yang tak teringin untuk belajar jauh-jauh.. tapi masa tu ayah dengan mama tak bagi.. dorang cakap jauh sangat, dah la 6-7 tahun belajar dekat sana.. (paham..mungkin dorang tak sanggup nak berjauhan dengan saya jauh sangat macam tu..hehe) pastu perbelanjaan untuk belajar and tinggal dekat sana selama 7 tahun tu tinggi sangat sebab under swasta..tak tau nak cari scholarship dari mana untuk tampung semua kos perbelanjaan tu.. mungkin sebab faktor-faktor ni la ayah ngan mama pun tak bagi.. and selepas tu la tawaran UIA datang and saya pun terima..semua yang berlaku ada hikmahnya..

and sekarang..saya sudah pun berada di bumi UIAM Kampus Kuantan..and berada bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam Ijazah Kejururawatan.. Alhamdulillah atas segalanya Ya Allah.. sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala-galanya.. Alhamdulillah..


sekarang ni, walaupun baru first year, tapi kira banyak la yang saya dah belajar ngan kawan-kawan.. macam-macam procedure dah yang kitorang belajar..tapi baru benda basic la..nanti naik second year, third year, fourth year mesti lagi banyak procedure lain yang lebih mencabar and susah kena belajar.. tapi nda pa la, nama pun belajar kan.. tiada benda yang mudah dalam hidup ni..

and saya pun sebenarnya ada cita-cita untuk sambung belajar untuk ambik master in Nursing tapi saya pun masih nda tau lagi apa specific yang saya nak ambik..saya tak decide lagi sebab saya pun tak tau lagi kelebihan saya dekat bidang mana..cuma dulu pernah terfikir nak ambik paediatric, budak-budak kecik punya tapi tak tau la, rasa macam nak tukar lain..rasa macam berminat ke arah disease.. tapi takpa la, tengok la dulu macam mana, sekarang ni pun kitorang first year tengah clinical posting dekat Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, so memang banyak la pengalaman yang kitorang dapat time posting ni..macam-macam penyakit dah yang kitorang jumpa sebab macam-macam ward dah masuk.. kalo saya share pasal pengalaman posting konfem mesti jadi makin panjang la post ni hehe..

ok la, setakat ni ja la dulu untuk entry kali ni..nanti bila-bila masa saya share pasal pengalaman posting pula ok..good night :)

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yang nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”.

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita :

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi dalam hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG (MSG tu aji no moto la kalo nak senang faham) dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni jugak menguar-uarkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita juga. Jadi BERHATI-HATILAH wahai umat Islam sekalian!

Link:

Friday, 27 July 2012

Universiti, Student and Kampung Halaman


wah..blog, sori kali ni baru saya berkesempatan untuk tulis tempat ko.. lepas post yg first hari tu, hari ni baru dapat tulis.. erm mau tulis apa malam ni ar..? owh iya.. baru sedar, ni kan blog baru buat kan.. so apa kata sebelum tulis apa-apa cerita atau ilmu atau pengalaman dekat sini, apa kata saya perkenalkan dulu universiti tempat saya belajar sekarang, tempat asal saya and course yang saya tengah ambik sekarang.. hehe..

UIAM,
mesti semua orang pernah dengar kan nama universiti ni,
tapi orang besa cakap dengan singkatan UIA ja,
tu lah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
UIA ni ada banyak kampus cawangan,
ada dekat PJ la, Gombak la, Kuantan la,
and yang terbaru, kalo mau tau,
UIA sekarang tengah nak buka kampus yang baru lagi,
yang baru ni dekat Pagoh, Perak pula,
banyak tempat kan,
tapi pusat yang kira betul2 center cuma dekat Gombak la,
yang lain tu, contoh macam PJ, dia cuma CFS ja,
Centre for Foundation Studies,
dekat sini la saya belajar asasi dulu sebelum masuk kampus utama,


ni la gambar mahallah saya dulu, KC, hehe

and sekarang saya dah dekat kampus Kuantan dah,
di sini la saya belajar for my degree,
course in Bachelor of Nursing,
kalo mau tau, dekat kampus Kuantan ni,
semua jurusan yang berkaitan perubatan semuanya belajar dekat sini,
so dekat sini semua students adalah dari Medic, Dentistry,
Pharmacy, Biomedic, Nursing,
and banyak lagi la yang lain,
budak2 Allied Health Sciences pun banyak,
contoh macam Audiology, Optometry, Dietician and Radiology,
kalo dekat Gombak pula, rata2 semua budak course yang pelbagai,
contoh macam Architecture, Information & Communication Technology,
yang belajar pasal komputer2 tu, and jugak pasal internet2,
pastu ada yang belajar Economy, Laws, Engineering,
Human Sciences, English,
and yang paling penting,
UIA jugak tidak mengenepikan course yang memang sangat2 penting,
contoh macam IRK short term for :
Islamic Revealed Knowledge,
budak2 yang ambik course Arabic Language pun banyak,
bagus kan UIA, macam2 course ada,
kalo pasal kampus baru yang dekat Pagoh tu,
saya dengar2 kononnya sekarang ni tengah dalam pembinaan,
and ramai yang cakap, kampus tu nanti mungkin untuk budak2 Engineering,
erm, beruntung la budak2 yang akan masuk ke sana kan,
and sekarang ni jugak Hospital UIA pun sedang dalam pembinaan,
kemungkinan dalam 2015 la kot siap hospital tu,
and Inshaa Allah, kalo ada rezeki, 
budak2 Nursing UIA pun akan berkerja di sana, 
tapi benda ni belum pasti lagi la, 
tapi, orang cakap, berdoa la banyak2 kan,
kalo rezeki, kita sendiri pun tak tau kan,

ok la, banyak pula tulis, sekarang saya cerita pasal kampung halaman saya pula,
saya asal orang Sabah, ala yang ada "bah bah" tu,
saya duduk dekat Beaufort, pernah dengar kan,
memang kiranya saya ni anak jati Beaufort la,
sebab lahir pun memang dekat Beaufort,
bapa pun memang orang Beaufort, cuma mama ja yang lain,
mama orang asal daerah Tenom,
Tenom pula berjiran dengan Beaufort,
kira kalo mau balik kampung mama pun dekat ja, nda jauh sangat,
Beaufort ni kalo mau cakap special, nda la juga special sangat,
tapi mungkin yang buat pengunjung luar suka datang ke Beaufort,
mungkin sebab Beaufort ada Sungai Padas,
sungai ni boleh la dikatakan dalam jugak,
and sungai ni kalo mau tau ada buaya, jadi berhati2 la,
and sungai ni juga selalu dijadikan sebagai tempat untuk berkayak,
sebab tu la pengunjung suka datang, hehe
ditambah lagi, dekat dengan sungai tu ada laluan kereta api,
ala, yang kita belajar sejarah dulu2,
orang putih menjajah dekat Sabah,
pastu dorang buat kereta api dekat sini,
untuk mudahkan urusan pentadbiran and pertanian masa tu,
ingat lagi kan, kan, ^_^
kalo mau cakap maju, Beaufort nda la maju sangat,
sebab masih lagi daerah sekarang ni,
belum tahap bandar lagi macam KK, Kudat, Sandakan,
tapi sekarang ni boleh la dikatakan makin banyak pembangunan dekat Beaufort,
berbanding sebelum2 ni sikit betul,
dekat sini, masuk2 ja pekan Beaufort,
mesti kita akan nampak buah limau besar,
terpampang indah dekat depan kedai2 menuju ke pekan Beaufort,
haa, tu la tandanya buah limau ni memang terkenal di sini,
jadi buat pengunjung2 di luar sana,
boleh la datang ke Beaufort, Sabah ya, hehe

ok la, saya rasa sampai tu ja la cerita pasal universiti saya and tempat kelahiran saya,
sori banyak2 sebab macam kurang best ja cerita saya, hehe
oopss saya terlupa pula mau cerita pasal course yang saya tengah ambik sekarang,
hehe, sori banget, terlupa, tapi nda pa,  
saya akan sambung entry saya in the next post,
sila tunggu sebentar lagi.. (macam iklan TV..hehe)




Saturday, 21 July 2012

Simfoni Hati

Assalamualaikum.. ^_^

wah.. rasa lama suda nda tulis2 dekat blog ni.. hari ni saya memulakan semula langkah untuk membuat blog..untuk visitor semua, nda kisah sapa2 ja..kawan2, sepupu2 atau sesapa ja yang mungkin singgah dekat blog saya ni..firstly minta maaf ek.. saya bukan kreatif sangat, mungkin blog ni tak la secantik mana.. and mungkin pengalaman, ilmu atau pengisian yang saya kongsi dekat blog ni kurang menarik ke atau apa2 je la..saya minta maaf banyak2..saya cuma ingin menggunakan blog ni sebagai cara untuk saya berkongsi segala ilmu2, pengetahuan2 yang saya tau and saya dapat atau even pengalaman2 dalam hidup ni yang mungkin saya boleh kongsi..pada masa yang sama untuk mengisi masa lapang saya..lagipun saya memang suka menulis2..hehe

dulu saya memang ada blog..masa tu tak silap saya, saya tengah study asasi dekat CFS UIAM dekat PJ..tapi seiring masa berlalu, lama-lama saya malas nak update blog saya..and lama-kelamaan blog tu terbiar macam tu ja..and saya pun lama-lama jadi lupa la password saya.. hehe.. jadi saya biar ja blog tu.. and sekarang tetiba hati saya terdetik balik untuk buat blog.. personal blog..hehe.. sebab macam saya cakap tadi, saya nak jadikan blog saya sebagai satu cara untuk saya berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain.. berkongsi pengalaman.. tak kisah la pengalaman pahit atau pun manis.. sebab pengalaman yang pahit kita boleh kongsikan dengan orang lain supaya orang lain boleh ambil pengajaran daripada apa yang kita atau orang lain lalui.. and macam tu jugak pengalaman yang manis kita boleh kongsikan dengan orang lain..

satu lagi..kenapa saya buat tajuk besar blog saya 'Simfoni Hati' ek..? saya pun tak tau napa dalam banyak-banyak istilah, istilah ni yang saya pilih untuk blog saya..hehe..mungkin sebab saya teringat saya pernah tengok 1 cerita ni dulu..tajuk dia 'Simfoni Dua Hati' ..saya rasa tajuk tu macam cantik ja..hehe..cuma saya ubah sikit jadi la 'Simfoni Hati' ja sebab simfoni ni kira macam kisah atau muzik hidup and blog ni cuma kepunyaan saya sorang, bukan kepunyaan dua orang atau lebih orang..so tak kan la nak letak 'dua hati' plak kan..sebab tu la saya pilih tajuk ni untuk blog saya.. ^_^

ok la.. setakat tu ja la, last but not least, welcome to my blog.. Inshaa Allah saya akan pergunakan blog saya ni dengan sebaik-baiknya.. jika post2 yang saya kongsikan tidak sesuai, tidak menarik atau apa2 ja la, sila jangan segan.. kalian boleh bagi komen.. asalkan kritikan yang membina.. wassalam..

ok, that's all for today.. =)



                                                                                - Ena Aina -