Monday 26 February 2018

SEJARAH PENUBUHAN DAN PRODUK SHAKLEE

Shaklee merupakan satu syarikat produk vitamin perintis di dunia. Ini bermakna Shaklee adalah yang pertama sekali menghasilkan vitamin dan supplement untuk nutrisi dan kesihatan manusia di dunia.

BAGAIMANAKAH SHAKLEE BERMULA ?

Pada awalnya syarikat Shaklee telah diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1956 iaitu ketika beliau berusia 61 tahun. Minat Dr. Shaklee ini dalam kesihatan bermula kerana penyakit zaman kanak-kanaknya iaitu batuk kering. Rawatan beliau adalah rehat yang cukup, mengambil makanan berkhasiat dan menghabiskan waktu di luar iaitu di kawasan luar bandar Iowa. Beliau juga memilih untuk hidup berharmoni dengan alam semulajadi sebagai satu cara hidup serta beliau juga tidak bergantung dengan hospital dan ubat-ubatan. Disebabkan oleh minat beliau yang mendalam terhadap kesihatan yang optima inilah membawa beliau ke makmal dan bilik peperiksaan. Beliau sangat percaya bahawa pemakanan dan nutrisi yang baik adalah asas untuk kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan. Maka dengan semangat yang sentiasa ingin mencuba jadi Dr. Shaklee telah membangunkan teknik untuk mengekstrak nutrien daripada makanan. Beliaulah yang telah memperkenalkan 'Vitalized Mineral' yang pertama pada tahun 1915 yang juga dikenali dan diringkaskan sebagai vitamin sehingga kini.

KRONOLOGI SEJARAH PERKEMBANGAN SHAKLEE


1915 - Dr. Forrest C. Shaklee telah memperkenalkan Vitalized Mineral yang diringkaskan sebagai vitamin iaitu multivitamin yang pertama di dunia

1956 - Dr. Forrest C. Shaklee menubuhkan syarikat Shaklee yang mesra alam untuk meningkatkan kesihatan manusia dan pada masa yang sama memelihara alam sekitar

1960 - Shaklee memperkenalkan pencuci organic Basic H iaitu merupakan satu pencuci biodegrasi dan bebas toksik yang pertama

1961 - Shaklee menghasilkan satu rumusan supplement protein segera berasaskan soya yang pertama iaitu dikenali sebagai ESP kini

1972 - Shaklee memperkenalkan serbuk pencuci pakaian biodegrasi tanpa Posphate, Nitrate atau Borate yang pertama

1981 - Shaklee menghasilkan Vitamin C yang berasaskan tumbuhan dengan sistem pembebasan terkawal yang pertama

1982 - Shaklee menjadi syarikat Fortune 500

1993 - Shaklee membekalkan NASA dengan satu minuman rehidrasi iaitu Performance Drink dan Vitalizer yang dirumus khas untuk para angkasawan yang digelarkan sebagai Astro Aide

1996 - Shaklee membantu atlet-atlet bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di Atlanta

2000 - Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang memperolehi sijil Climate Neutral yang mengimbangi pembebasan karbon dioksida di mana ia menghasilkan impak sifar kepada alam sekitar

2004 - Shaklee membantu atlet-atlet bertaraf dunia memenangi 15 pingat emas di Athens, Greece

2005 - Shaklee memperkenalkan satu formula sistem imun badan iaitu penggalak atau booster interferon semulajadi yang pertama yang dinamakan sebagai NutriFeron

2007 - Shaklee memperkenalkan Vivix iaitu penemuan revolusi terbaru dalam anti penuaan sel serta antioksida yang berkualiti tinggi

2013 - Shaklee memperkenalkan CoQ Health Plus yang dapat membantu untuk menyokong jantung sihat dan membantu mengatasi masalah penyakit kardiovaskular

2014 - Shaklee menghasilkan Phytocol ST yang dapat membantu untuk mengawal paras kolesterol dalam badan secara semulajadi

KRONOLOGI PENCAPAIAN HEBAT INDIVIDU DIPERKASAKAN OLEH SHAKLEE

1983 - Rakyat Amerika yang pertama sekali mendaki gunung Everest tanpa oksigen dibekalkan dengan nutrisi daripada Shaklee

1986 - Pesawat Voyager dipandu oleh Dick Rutan dan Jeana Yeager telah berjaya mengelilingi dunia tanpa henti dan mereka telah diperkasakan oleh supplement Shaklee

1986 - Shaklee telah memperkasakan penjelajah kutub Will Steger

1987 - Jacques Cousteau dan Cousteau Society telah memilih Shaklee sebagai produk pencuci yang mesra alam

1989 - Shaklee telah menganjurkan program penanaman sejuta pokok di Asia bagi menggalakkan semangat cinta akan alam sekitar

1991 - Shaklee telah dipilih oleh Biosphere 2 iaitu sebuah pusat penyelidikan sains untuk digunakan di dalam pusat mereka

1993 - Angkasawan NASA menggunakan Astro Aide iaitu terdiri daripada Performance Drink dan Vitalizer sebagai peneman dan supplement ke angkasa lepas


Jadi dah tahu kan sejarah permulaan Shaklee dan kronologi perkembangan produk Shaklee. So tunggu apa lagi jom segera dapatkan produk vitamin dan supplement Shaklee yang telah terbukti mesra alam serta selamat dan berkesan. Boleh terus hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee anda 😉

Facebook : Ena Suhaina
Whatsapp : 010 885 4663
Instagram : juhanabeauty
Email : ena.suhaina@gmail.com
Facebook Page : Pengedar Shaklee Kota Kinabalu Beaufort

Atau anda juga boleh direct whatsapp saya dengan klik gambar seperti di bawah.


Thursday 15 February 2018

MANFAAT DAN KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE

Vitamin B adalah salah satu vitamin yang sangat penting dan diperlukan dalam tubuh badan kita. Terdapat 8 jenis vitamin B yang perlu kita ketahui iaitu vitamin B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (Niacine), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folate) dan B12 ( Cobalamine). Sebelum saya menerangkan tentang vitamin B daripada Shaklee mari kita baca dahulu apakah manfaat vitamin B secara umumnya. Saya senaraikan segala manfaat vitamin B seperti di bawah.

Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan 8 jenis Vitamin B yang diperlukan dalam badan
Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B1 🔹️ Fungsi untuk menukarkan makanan karbohidrat kepada tenaga
Vitamin B2 🔹️ Fungsi untuk menjaga kesihatan kulit dan mata
Vitamin B3 🔹️ Fungsi untuk menukarkan makanan kepada tenaga serta meningkatkan selera makan. Juga berfungsi untuk menjaga kesihatan kulit dan memperbaiki sistem pencernaan
Vitamin B5 🔹️ Berguna dalam proses pemecahan lemak dan protein serta karbohidrat menjadi tenaga. Juga berfungsi untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah dan juga vitamin D
Vitamin B6 🔹️ Sangat diperlukan dalam pemprosesan lemak dan asid amino dalam tubuh badan
Vitamin B7 🔹️ Berfungsi dalam proses pemecahan lemak dan protein menjadi tenaga untuk digunakan oleh tubuh badan
Vitamin B9 🔹️ Fungsi untuk membantu dalam membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan saraf dalam janin
Vitamin B12 🔹️ Fungsi untuk melindungi sel saraf serta membantu dalam pembentukan sel darah merah

KESAN-KESAN KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX

▪ Mudah letih dan penat
▪ Kurang dan tiada selera makan
▪ Mudah stress dan tertekan
▪ Cepat migrain dan sakit kepala
▪ Sakit-sakit dan lenguh badan
▪ Tidur sering terganggu
▪ Mudah sembelit
▪ Cepat gelisah dan tidak tenang
▪ Cepat panik dan gemuruh serta berdebar
▪ Gangguan emosi dan mental tidak stabil

Jika anda sering mengalami masalah-masalah seperti dalam senarai di atas anda berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan vitamin B. Maka anda perlulah mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B atau supplement yang lengkap dengan semua jenis vitamin B. Jadi saya akan terangkan pula mengenai Vitamin B Complex Shaklee.

APAKAH KEISTIMEWAAN VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE

Vitamin B complex Shaklee lengkap dengan sistem penyerapan bioaktif dan mengandungi semua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan dalam badan
B Complex Shaklee lengkap dengan sistem penyerapan bioaktif 

Shaklee telah berjaya menghasilkan Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi semua 8 jenis vitamin B untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Vitamin B Complex Shaklee juga lengkap dengan asid folik yang mempunyai kadar boleh serap atau bioavailability yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi adalah tidak mudah untuk diserap oleh tubuh badan. Untuk pengetahuan anda hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran di luar sana bersifat sintetik namun lain pula dengan Shaklee. Istimewanya Shaklee adalah asid folik dalam Vitamin B Complex Shaklee adalah daripada sumber semulajadi.

Vitamin B juga merupakan vitamin larut air maka sebarang lebihan vitamin B tidak akan disimpan sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan dan pembuangan. Disebabkan itulah kita perlulah mengambil Vitamin B Complex setiap hari untuk melengkapkan keperluan nutrisi vitamin B yang sangat diperlukan dalam badan kita.

MANFAAT DAN KEBAIKAN VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE

❤ Menukarkan makanan seperti lemak, protein dan karbohidrat kepada tenaga
❤ Membantu dalam pertumbuhan yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak
❤ Menghalang kecacatan saraf otak dan kecacatan tulang belakang atau saraf tunjang bagi bayi dalam kandungan atau istilah lain Spina Bifida
❤ Melawan dan mengatasi stress dan tekanan
❤ Mengurangkan masalah keletihan mata  dan meningkatkan kualiti penglihatan mata
❤ Mengatasi masalah anemia kerana membantu dalam pembentukan sel darah merah
❤ Memperbaiki masalah kulit kepala dan mengekalkan kesihatan rambut serta mengurangkan rambut gugur
❤ Meredakan gejala senggugut serta membantu untuk meredakan rasa risau, resah dan gelisah
❤ Mengatasi dan mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan
❤ Membantu untuk meredakan sakit kepala dan migrain

TESTIMONI VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE

Testimoni_air_susu_pekat_dan_banyak_dengan_vitamin_B_Complex_Shaklee
Testimoni B Complex Shaklee

Testimoni badan bertenaga dengan vitamin B Complex Shaklee
Testimoni B Complex Shaklee

Testimoni emosi terkawal dan tidak stress tidak tertekan dengan vitamin B Complex Shaklee
Testimoni B Complex Shaklee

Anda boleh terus menghubungi saya untuk membuat pembelian Vitamin B Complex Shaklee melalui cara di bawah atau whatsapp saya melalui link ini http://enashaklee.wasap.my


Facebook : Ena Suhaina
Whatsapp : 010 885 4663
Instagram : juhanabeauty
Email : ena.suhaina@gmail.com
Facebook Page : Pengedar Shaklee Kota Kinabalu

Anda juga boleh klik gambar di bawah untuk membuat pembelian secara online melalui link esell di bawah.

Beli Shaklee secara online melalui link Esell

Setelah selesai membeli secara online anda boleh terus whatsapp saya untuk mendapatkan konsultasi dan panduan cara makan vitamin dengan percuma 😊







Wednesday 14 February 2018

Khasiat Dan Kebaikan Garlic Complex Shaklee



Bawang putih atau dalam English dipanggil sebagai Garlic merupakan bahan yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Bawang putih sering digunakan sebagai bahan dalam masakan namun jangan tidak tahu bahawa bawang putih juga mengandungi khasiat yang bagus untuk kesihatan. Secara tradisional bawang putih digunakan untuk melegakan batuk dan selesema. Namun tahukah anda mengapa Shaklee menghasilkan supplement Garlic Complex sebagai kapsul bawang putih yang paling terbaik padahal boleh sahaja untuk kita mendapatkan khasiat daripada bawang putih terus di rumah setiap hari ?

MENGAPA SHAKLEE MENGHASILKAN SUPPLEMENT GARLIC COMPLEX ?

Seperti yang kita ketahui bawang putih mengandungi khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Bahan aktif iaitu Allisin yang terdapat dalam bawang putih boleh memberikan banyak manfaat untuk kesihatan. Allisin ini akan dapat diperolehi apabila bawang putih dipotong halus atau dihancurkan. Namun persoalannya mampukah kita untuk makan sebanyak 10-20 ulas bawang putih setiap hari ? Agak mustahil bagi kita untuk sanggup menelan atau mengunyah 10-20 ulas bawang putih setiap hari bukan ? Lagi pula cara yang paling terbaik untuk mendapatkan khasiat bawang putih ini adalah dengan menelan 10-20 ulas bawang putih yang ditanam secara organik dan bebas daripada racun serangga. Namun mampukah anda untuk menelan bawang putih sebanyak itu setiap hari ? Amat sukar kan ? Tambahan lagi jika kita makan bawang putih yang direndam dalam air atau dimasak dan ditumis terlalu lama maka khasiat yang terdapat dalam bawang putih tersebut akan musnah. Disebabkan oleh hal inilah menjadikan Shaklee menghasilkan kapsul bawang putih yang paling terbaik iaitu Garlic Complex.

KEISTIMEWAAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE

Garlic Complex dihasilkan daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California USA dalam waktu musim panas. Paling penting adalah bawang putih yang ditanam bebas daripada racun serangga atau pesticide. Selain itu Garlic Complex juga dihasilkan secara exclusive pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% khasiat Allisin aktif. Inilah keistimewaan Shaklee kerana tidak semua tablet Garlic yang dijual dalam pasaran di luar sana mengandungi khasiat Allisin aktif. Tambahan lagi Shaklee menggunakan dwi teknologi untuk mengawal bau bawang putih. Terdapat 2 kombinasi ekstrak herba dalam Garlic Complex bertujuan untuk membantu menyembunyikan bau serta rasa bawang putih iaitu Rosemary dan Spearmint. Terdapat pelbagai Vitamin E dalam Garlic Complex untuk meningkatkan sebatian aktif bawang putih dan keberkesanannya dalam tubuh badan kita. Setiap 2 tablet Garlic Complex membekalkan 1000mg ekstrak bawang putih tulen dan setiap 1 tablet Garlic Complex bersamaan dengan 2 ulas bawang putih mentah di USA yang premium dan bersaiz besar. 

MANFAAT DAN KEBAIKAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE

MENGANDUNGI EKSTRAK SPEARMINT


Ekstrak herba Spearmint yang terdapat dalam Garlic Complex membantu untuk mempertingkatkan sistem penghadaman dalam badan kita. Selain itu Spearmint juga elok dan bagus untuk fungsi jantung. 

ANTIBIOTIK YANG SELAMAT DAN SEMULAJADI 


Bawang putih mengandungi khasiat antibiotik semulajadi. Garlic Complex yang kaya dengan khasiat bawang putih ini selamat untuk digunakan dalam jangka masa panjang. Ianya bertujuan untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh badan atau sistem ketahanan badan serta menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, batuk, kuman, kulat, virus dan yeast candida. 

MENGHALANG ALERGIK


Garlic Complex membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan berkaitan dengan alergik seperti hidung sensitif atau selesema, resdung, asthma dan lain-lain.

MEMBANTU DALAM DETOKSIFIKASI


Garlic Complex juga mampu mengeluarkan pelbagai jenis toksin daripada tubuh badan dengan pantas. Ini juga dikenali sebagai proses detoksifikasi bagi mengeluarkan segala logam toksin seperti Plumbum dan Kadmium yang boleh menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi Garlic Complex juga mampu membantu melindungi sel-sel darah daripada musnah akibat kesan logam serta menghalang kerosakan hati akibat bahan kimia. 

MENURUNKAN KOLESTEROL


Garlic Complex juga membantu dalam menurunkan paras kolesterol, paras LDL dan trigliserida. Selain itu ia juga mampu membantu untuk mengurangkan kepekatan atau kelikatan darah serta mengurangkan pembekuan darah. Ia juga akan meningkatkan paras HDL dalam badan serta bertindak untuk membantu melindungi jantung dan menghalang stroke dan penyakit koronari.

MENINGKATKAN SISTEM PENGHADAMAN 


Formula dalam Garlic Complex dapat membantu untuk mengatasi gejala dan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan masalah tidak hadam. Khasiat Garlic Complex juga mampu menentang bakteria H. Pylori dan menghalang masalah ulser gastrik.


TESTIMONI GARLIC COMPLEX SHAKLEE




Jika anda berminat untuk mendapatkan Garlic Complex Shaklee anda boleh terus hubungi saya seperti di bawah atau anda boleh terus whatsapp saya melalui link ini http://enashaklee.wasap.my


Facebook : Ena Suhaina
Whatsapp : 010 885 4663
Instagram : juhanabeauty
Email : ena.suhaina@gmail.com
Facebook Page : Pengedar Shaklee Kota Kinabalu Beaufort

Atau anda juga boleh membuat pembelian Garlic Complex Shaklee secara online melalui link esell di bawah. Tekan sahaja link gambar di bawah dan anda boleh meneruskan pembelian anda secara online. 


Setelah anda selesai membuat pembelian secara online dalam link esell di atas terus hubungi atau whatsapp saya untuk mendapatkan konsultasi dan panduan cara makan dengan percuma 😊




Sunday 4 February 2018

Saya Pengedar Shaklee Kawasan Bundusan Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan salam ceria semua 😊 Waktu di hujung minggu macam ni mesti ramai yang mengambil kesempatan untuk jalan-jalan bercuti kan ? Kalau bukan jalan-jalan pun mungkin berehat sahaja di rumah. Betul ? Hehe 😎 Hari ni saya jalan-jalan juga tapi cuma balik kampung di Beaufort. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Beaufort cuma mengambil masa 2 jam sahaja untuk sampai.

Entri saya hari ni cuma untuk pemberitahuan kepada anda semua di luar sana bahawa saya ialah Pengedar Shaklee Aktif Seluruh Sabah. Lebih spesifik lagi saya Pengedar Shaklee Kota Kinabalu dan Beaufort. Jadi kepada semua warga Kota Kinabalu dan Beaufort carilah saya si Pengedar Shaklee 😊 Bagi daerah Kota Kinabalu saya boleh membuat perkhidmatan COD atau Cash On Delivery supplement Shaklee anda di kawasan sekitar Bandar Kota Kinabalu, Putatan, Bundusan, Bukit Padang, Luyang, Kepayan, Cyber City, Lintas, Damai, Kolombong dan Likas. Bagi kawasan yang di luar daripada kawasan yang saya nyatakan tadi seperti Alamesra, Universiti Malaysia Sabah, Sepanggar, Tebobon, Menggatal, Telipok dan lain-lain saya boleh COD juga tetapi ada charge minyak tambahan. Faham-fahamlah kan banyak tempat dalam Kota Kinabalu ni hehe dan faham-fahamlah juga harga minyak kereta pun semakin naik hehe. Tetapi jangan risau charge minyak kereta untuk COD di luar kawasan saya ni murah sahaja 😊


Kawasan utama sekali yang saya mahu fokuskan adalah kawasan Bundusan iaitu kawasan perumahan Beverly Hills Apartment. Kenapa saya fokus di kawasan ini ? Sebab saya pun tinggal di Beverly Hills Apartment ni 😎 Banyak fasa kan Beverly Hills Apartment ni. Saya tinggal di Fasa 1 iaitu di belakang Fasa 2 sahaja dan berhadapan dengan Fasa 5. Manakala kawasan belakang pula adalah Fasa 3. Jadi sesiapa yang tinggal di kawasan perumahan Beverly Hills Apartment di Bundusan ni saya mahu seru kalau anda sedang mencari vitamin Shaklee atau sesiapa sahaja ahli keluarga anda mahupun kawan-kawan anda mencari supplement Shaklee bolehlah terus cari dan hubungi saya 😊

Jadi jangan segan dan malu untuk terus hubungi saya. Saya akan sertakan sekali dalam entri ini cara untuk menghubungi saya seperti di bawah.

Nama : Ena Suhaina
Facebook : Ena Suhaina
Whatsapp : 010 885 4663
Instagram : juhanabeauty
Email : ena.suhaina@gmail.com
Blog : umminabeel.blogspot.com


Thursday 1 February 2018

Set Gastrik Shaklee Bantu Atasi Masalah Gastrik

Sakitnya bila datang gastrik ni. Apabila gastrik mula datang maka perut pun rasa sakit dan berangin serta rasa pedih. Selera makan juga berkurangan dan rasa loya serta muntah. Memang sangat memeritkan bagi orang yang sering dilanda masalah gastrik. Gastrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

1. GASTRITIS

Gastritis adalah inflamasi atau keradangan yang berlaku pada lapisan mukosa iaitu pada lapisan dinding perut yang bersentuhan dengan makanan yang dicerna. Gastritis ada yang bersifat ringan dan ada juga yang berat.

2. PEPTIC ULCER

Peptic Ulcer atau Ulser Perut adalah lebih teruk kerana ulser merujuk kepada luka yang terbuka pada lapisan dalam perut. Ulser ini akan menyebabkan darah terdapat dalam muntah dan najis seseorang yang mempunyai masalah ulser tersebut.

TANDA-TANDA GASTRIK

Anda mungkin mengalami sebahagian atau semua tanda-tanda gastrik seperti di bawah.

🔮 Sakit perut
🔮 Loya dan muntah
🔮 Stomach burn
🔮 Muntah darah
🔮 Tiada selera makan
🔮 Rasa senak, berangin dan pedih ulu hati
🔮 Rasa kembung, kerap kentut dan sendawa selepas makan
🔮 Berat badan menurun pada peringkat gastrik yang teruk

Apabila seseorang menghidap gastrik pada tahap yang lebih teruk ulser di dalam perut boleh menyebabkan pendarahan. Keadaan ini dapat dikesan melalui tanda-tanda seperti di bawah.

🔮 Muntah darah iaitu muntah yang mengandungi kesan darah atau pekat berwarna gelap seperti kopi
🔮 Najis yang berwarna gelap dan kehitaman seperti tar

CARA UNTUK MENCEGAH GASTRIK DENGAN MENGUBAH GAYA HIDUP DAN TABIAT PEMAKANAN

Sebenarnya kita boleh mencegah gastrik ni daripada menyerang kita atau pun mengelakkan gastrik daripada berulang. Cara untuk mencegah gastrik adalah dengan mengubah gaya hidup kita atau lifestyle serta tabiat pemakanan kita. Sebagai contoh mungkin sebelum ini ada yang suka merokok jadi perlulah diubah gaya hidup yang tidak sihat ini menjadi gaya hidup yang lebih sihat dengan cara berhenti merokok. Antara cara lain untuk mencegah gastrik adalah seperti di bawah.

🔮 Amalkan tabiat pemakanan yang baik dengan mengambil diet makanan yang sihat dan seimbang setiap hari
🔮 Elakkan daripada mengambil makanan yang masam, pedas, berminyak, berempah dan makanan yang banyak bahan pengawet
🔮 Elakkan juga daripada minum minuman kafein, minuman gas dan berkarbonat serta minuman yang tinggi gula seperti kordial
🔮 Elakkan makan makanan yang dijeruk atau diperap seperti jeruk buah-buahan
🔮 Berhenti merokok serta berhenti minum alkohol
🔮 Kurangkan mengambil makanan yang berangin
🔮 Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
🔮 Jangan skip makan pada setiap waktu makan
🔮 Banyakkan minum susu. Ini kerana susu adalah bersifat alkali dan berupaya meneutralkan keasidan perut
🔮 Sekiranya bercadang untuk puasa lewatkan waktu makan sahur
🔮 Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
🔮 Lakukan aktiviti bersenam dengan teratur serta elakkan daripada stress
🔮 Mengambil vitamin dan supplement yang membantu untuk mengatasi gastrik

Inilah antara cara-cara yang boleh dilakukan untuk mencegah gastrik daripada menyerang atau berulang. Takkan asyik kena makan ubat tahan sakit sahaja kan apabila gastrik menyerang. Kita kena cuba untuk mengelakkan daripada bergantung dengan ubat tahan sakit sahaja kerana penggunaan ubat-ubatan seperti ini adalah tidak elok untuk jangka masa panjang.

Dalam entri ini saya akan fokuskan tentang pengambilan vitamin dan supplement yang sesuai untuk mengatasi masalah gastrik. Mengambil vitamin atau makanan tambahan sebenarnya boleh membantu untuk mengurangkan gastrik seterusnya menambahkan keperluan nutrisi dalam badan kita.

BAGAIMANAKAH SHAKLEE BOLEH MEMBANTU UNTUK MENGATASI MASALAH GASTRIK ?

Shaklee ada menyediakan satu set lengkap khas untuk masalah gastrik iaitu Set Gastrik Shaklee. Terdapat 4 produk dalam set ini seperti di bawah.

ESP
❤ Ostematrix
❤ Alfalfa Complex
❤ Peppermint Ginger Plus



ENERGIZING SOY PROTEIN

🍀 ESP kaya dengan protein jadi protein ini membantu untuk memulihkan sel-sel yang telah rosak dan membina sel-sel baru yang sihat dalam perut
🍀 ESP bersifat alkali jadi ia mampu untuk meneutralkan keadaan berasid dalam perut
🍀 Apabila terasa lapar segera ambil ESP kerana ESP boleh menggantikan minum atau sarapan pagi dan juga minum petang. ESP juga boleh diambil ketika late supper. Sebagai contoh pada waktu tengah malam terasa lapar bolehlah ambil ESP untuk menggantikan burger atau makanan lain yang kurang khasiatnya

OSTEMATRIX

🍀 Memperbaiki hiperaktiviti perut serta melegakan sakit gastrik
🍀 Membantu untuk membuang angin dalam badan
🍀 Mengurangkan sakit kepala dan menjadikan tidur lebih lena
🍀 Mengandungi Magnesium yang membantu untuk melegakan sembelit

PEPPERMINT GINGER PLUS

🍀 Kandungan Pudina di dalamnya dapat melegakan otot perut
🍀 Membantu untuk melegakan pedih ulu hati dan cirit-birit
🍀 Membantu untuk melegakan masalah pencernaan dan menghilangkan kembung perut
🍀 Melegakan ketidakselesaan perut serta mengurangkan rasa loya dan muntah

ALFALFA COMPLEX

🍀 Mengurangkan keasidan dalam perut serta mengurangkan inflamasi
🍀 Bersifat alkali dan membantu untuk mengurangkan asid dalam perut
🍀 Membantu untuk menyingkirkan toksin daripada badan

APA KATA PENGGUNA SET GASTRIK SHAKLEE ?




Jadi saya sangat mengesyorkan kepada anda yang mempunyai masalah gastrik cubalah ambil Set Gastrik Shaklee. Dengan izin Allah set ini pasti akan dapat membantu anda untuk mengatasi masalah gastrik anda. Saya sediakan cara untuk membeli Set Gastrik Shaklee dengan saya seperti di bawah.

🎯 Hubungi saya dengan whatsapp melalui link ini http://enasuhaina.wasap.my

🎯 Buat pembelian secara online melalui link esell dengan tekan gambar di bawah.


Setelah anda membuat pembelian terus hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi dan panduan cara makan vitamin yang betul dengan saya secara percuma !