Friday, 26 January 2018

Atasi Sakit Senggugut Dengan Set Senggugut Shaklee

Senggugut sering dialami oleh golongan wanita terutama sekali ketika hendak period atau datang haid. Senggugut merupakan satu daripada gejala dan simptom Pre Menstrual Syndrome atau PMS dalam kalangan wanita. Apa sebenarnya Pre Menstrual Syndrome ni ? Pre Menstrual Syndrome merupakan perubahan-perubahan dan simptom-simptom fizikal dan emosi yang negatif yang boleh berlaku kepada seseorang perempuan sebelum kedatangan haid. Perubahan yang berlaku ini adalah normal namun ada sesetengah golongan perempuan yang mengalami masalah PMS yang teruk maka ini akan menyukarkan mereka tidak kiralah di rumah mahupun di tempat kerja. Jadi sakit senggugut adalah salah satu simptom bagi PMS.

Hari ini saya akan memperkenalkan satu set lengkap dalam Shaklee yang boleh membantu untuk mengatasi masalah sakit senggugut ini. Set tersebut ialah Set Senggugut Shaklee. Di bawah ini saya senaraikan produk-produk yang terdapat dalam set ini dan juga maklumat lengkap tentang manfaat dan peranan mereka.

SET SENGGUGUT SHAKLEE


GLA COMPLEX

🎯 Wanita yang mengalami sakit senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik iaitu sejenis asid lemak yang penting dengan baik untuk menjadi GLA atau gamma linolenic acid
🎯 Oleh itu pengambilan GLA tambahan daripada GLA Complex dapat meringankan simptom sakit senggugut
🎯 GLA ini juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan untuk makan makanan yang manis-manis

OSTEMATRIX

🎯 Apabila seseorang perempuan datang haid maka paras kalsium dalam badannya akan menurun dan berkurangan
🎯 Apabila paras kalsium dalam badan semakin menurun maka sebab itulah sakit senggugut boleh berlaku
🎯 Jadi pengambilan supplement kalsium seperti Ostematrix boleh membantu untuk meningkatkan paras kalsium dalam badan seterusnya membantu untuk mengurangkan gejala sakit senggugut ketika datang haid

VITAMIN B COMPLEX

🎯 Vitamin B khususnya B5 iaitu Panthotenic Acid dan B6 serta B12 telah terbukti memberikan kesan yang terbaik ke atas senggugut
🎯 Vitamin B5 membantu untuk mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal
🎯 Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air dan meningkatkan aliran oksigen dalam organ wanita serta juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal
🎯 Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, perasaan rimas dan perasaan marah-marah
🎯 Vitamin B12 membantu meringankan tekanan dan mengelakkan anemia serta ianya diperlukan dalam semua fungsi badan

Jadi bagi mereka yang mempunyai masalah sakit senggugut serta mengalami pelbagai simptom PMS bolehlah mengambil Set Senggugut Shaklee ini. Saya akan tunjukkan beberapa testimoni berkaitan pengguna yang mengamalkan set ini seperti di bawah.

TESTIMONI PENGGUNA SET SENGGUGUT SHAKLEE




Untuk membuat pembelian Set Senggugut Shaklee boleh terus hubungi saya menerusi cara di bawah. Klik direct ke link whatsapp saya iaitu http://enasuhaina.wasap.my

Nama : Ena Suhaina
Whatsapp : 013 355 2560
Facebook : Ena Suhaina
Instagram : juhanabeauty
Email : ena.suhaina@gmail.com

Atau anda boleh membeli Set Senggugut Shaklee secara online dengan klik gambar esell di bawah.



Tuesday, 23 January 2018

Cara Untuk Mengawal Paras Gula Yang Tinggi Dalam Darah

Hari ini saya akan kongsikan tips dan cara untuk mengawal paras gula yang tinggi dalam darah. Tips ini sangat sesuai untuk golongan yang mempunyai masalah paras gula yang tinggi dalam darah seperti pesakit diabetes atau kencing manis. Paras gula yang tinggi dalam darah merujuk kepada bacaan gula yang melebihi daripada bacaan normal dalam darah. Bacaan gula yang normal dalam darah kita adalah sekitar 4 - 8 mmol/L 😊 Apabila seseorang mempunyai bacaan gula dalam darah sebanyak 9 mmol/L dan ke atas menunjukkan bahawa orang tersebut mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah dan mempunyai masalah diabetes


Jadi dalam entri ini saya akan kongsikan mengenai apakah tindakan yang boleh diambil oleh golongan yang mempunyai masalah diabetes atau kencing manis untuk mengawal paras gula yang tinggi dalam darah mereka

CARA DAN TINDAKAN UNTUK MENGAWAL PARAS GULA YANG TINGGI DALAM DARAH

MEMILIH KARBOHIDRAT YANG SIHAT


Pilihlah makanan yang tidak terlalu cepat menukarkan karbohidrat kepada gula di dalam darah. Elakkan makanan seperti gula dan kanji yang terdapat dalam roti dan kanji jagung kerana ia menukarkan karbohidrat kepada gula dengan begitu cepat. Boleh ambil karbohidrat yang terdapat dalam sesetengah sayur-sayuran, gandum dan produk tenusu rendah lemak kerana karbohidrat di dalam makanan-makanan ini akan bertukar kepada gula secara beransur-ansur

Orang yang mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah atau kencing manis perlu memakan makanan karbohidrat tetapi perlulah mengikut jumlah yang sesuai dan munasabah. Kegagalan untuk mengawal pengambilan makanan karbohidrat yang banyak dan berlebihan akan menjadikan paras gula semakin tinggi dalam darah

MEMAHAMI KEPENTINGAN DIET PEMAKANAN YANG BETUL


Memahami kepentingan diet pemakanan yang betul dan cara pemilihan makanan adalah penting bagi mereka yang mempunyai masalah paras gula tinggi dalam darah. Ini kerana setiap makanan dan kandungannya boleh memberi kesan yang berlainan terhadap paras gula dalam darah. Sebagai contoh karbohidrat kompleks akan menyebabkan peningkatan paras gula secara beransur-ansur manakala karbohidrat ringkas dan gula akan meningkatkan paras gula secara drastik dalam darah

MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI SERAT


Makanan yang mengandungi serat membantu untuk melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan air besar. Pada masa yang sama serat larut juga membantu dalam mengawal paras gula dalam darah. Sebagai contoh sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan serat. Makanan serat larut seperti kacang, oat dan bijirin juga boleh membantu untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu kekacang dan bijirin yang tinggi dengan serat ini juga dapat membantu dalam mengawal paras gula dalam darah. Jadi pesakit kencing manis perlulah mengambil kekacang dan bijirin dalam diet mereka dalam kuantiti yang telah disarankan untuk mereka

BIASAKAN UNTUK MENGAMBIL OATMEAL


Oatmeal juga seperti kekacang dan bijirin yang sangat penting dalam diet pemakanan seseorang. Oatmeal yang tidak manis akan dicerna secara perlahan-lahan dan ia membantu dalam menghalang peningkatan gula dalam darah. Ini kerana oatmeal merupakan makanan yang kaya dengan serat larut air yang melambatkan penyerapan karbohidrat dan gula. Jadi pesakit kencing manis sangat disarankan untuk mengambil oatmeal dalam diet pemakanan mereka agar dapat membantu untuk mengawal paras gula dalam darah

MINUM LEBIH BANYAK AIR MINERAL


Minumlah air mineral atau air kosong sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. Elakkan mengambil minuman yang berkarbonat dan tinggi kandungan gula. Minuman seperti jus juga perlu dielakkan seperti kordial kerana mengandungi gula tambahan. Ini kerana minuman yang tinggi kandungan gula ini akan meningkatkan lagi paras gula dalam darah. Namun pengambilan minuman unsweetened isotonic seperti Performance Drink Shaklee amatlah boleh kerana ia mengurangkan pengambilan gula

TABUR CINNAMON PADA MAKANAN


Terdapat beberapa pakar mengatakan bahawa kulit kayu manis atau cinnamon boleh mengurangkan gula dalam darah. Serbuk cinnamon ini boleh ditabur pada makanan anda atau makanan orang yang mempunyai masalah kencing manis. Tetapi perlu diingat bahawa jangan bergantung dengan cinnamon sahaja bahkan perlulah menjaga diet pemakanan setiap hari serta mengambil makanan dalam jumlah dan kuantiti yang dibenarkan sahaja

MENGURANGKAN PENGGUNAAN GULA TAMBAHAN 


Mengurangkan penggunaan gula tambahan adalah langkah yang amat penting untuk mengelakkan peningkatan paras gula dalam darah. Mereka yang mempunyai masalah kencing manis boleh mengambil gula tetapi bukanlah gula yang umum. Sebaliknya boleh ambil gula yang mempunyai paras glukosa yang rendah. Antara contoh makanan yang tinggi dengan gula tambahan adalah seperti minuman kordial, minuman 3 dalam 1 seperti milo, kek, gula-gula dan banyak lagi. Makanan yang mengandungi pewarna dan perisa tambahan juga patut dielakkan terutama sekali oleh pesakit diabetes kerana makanan seperti ini mengandungi gula tambahan

MEMBELI GLUCOMETER UNTUK MEMERIKSA BACAAN GULA DALAM DARAH SETIAP HARI


Langkah untuk membeli glucometer sendiri amat perlu agar mereka yang mempunyai masalah kencing manis dapat memeriksa bacaan gula dalam darah mereka dengan lebih kerap. Bila alat ini sentiasa digunakan untuk memeriksa paras gula dalam darah maka menjadi mudah untuk mengawal paras gula tersebut agar sentiasa berada dalam paras normal. Alat ini juga membantu untuk memberi warning kepada mereka yang mempunyai masalah kencing manis apabila mendapati bacaan gula mereka terlalu tinggi

BERSENAM SECARA KERAP DAN TERATUR


Melakukan sukan dan aktiviti bersenam secara kerap dan teratur juga boleh membantu untuk mengawal paras gula dalam darah. Ini kerana karbohidrat yang ditukar kepada gula di dalam badan telah banyak digunakan sebagai tenaga untuk melakukan aktiviti bersenam dan sukan. Jadi dengan cara bersenam dan bersukan boleh membantu dalam mengawal paras gula dalam darah

MENGAMBIL DIET PEMAKANAN YANG TINGGI PROTEIN


Mengambil diet yang tinggi protein juga mampu membantu untuk mengurangkan paras gula dalam darah. Selain itu ia juga membantu dalam menguruskan badan. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein seperti Energizing Soy Protein Shaklee juga sangat sesuai kerana ESP ini mempunyai paras GI atau glisemik indeks yang rendah. Namun bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang adalah dinasihatkan untuk memantau pengambilan protein dalam diet mereka. Pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh mengambil diet protein secara berlebihan dan kuantiti air yang perlu diambil juga adalah dalam jumlah yang disarankan sahaja

MENGAMBIL SUPPLEMENT SET KAWAL PARAS GULA DALAM DARAH SHAKLEE


Mereka yang mempunyai masalah kencing manis juga boleh mengambil supplement kesihatan Shaklee untuk membantu dalam mengawal paras gula dalam darah. Set Kawal Paras Gula Dalam Darah Shaklee terdiri daripada produk-produk seperti di bawah

🔮 ESP - minuman protein soya yang kaya dengan Isoflavones membantu dalam mengurangkan risiko kencing manis. Protein soya ESP juga adalah rendah glisemik indeks dan tidak mengandungi kanji

🔮 GLA Complex - mengandungi asid lemak Omega 6 yang membantu dalam mengurangkan kesakitan saraf bagi pesakit diabetes neuropati. Ia juga dapat bertindak sebagai anti inflamasi

🔮 Alfalfa Complex - membantu dalam menstabilkan gula dalam darah dan juga pada masa yang sama bertindak untuk menyahtoksik

🔮 Vivix - membantu dalam memperbaiki sel yang rosak akibat kencing manis dan radikal bebas. Vivix ini mengandungi Resveratrol yang tinggi antioksida dan menyokong kesihatan yang optimum. Vivix juga bertindak untuk mengurangkan inflamasi dan meningkatkan tenaga

🔮 Vitamin B Complex - membantu untuk menukarkan gula kepada tenaga dan juga membantu untuk mengurangkan keletihan

🔮 Vitalea Iron Formula - mengandungi zinc yang membantu dalam penghasilan insulin serta membantu dalam pemulihan luka akibat kencing manis

Entri berikutnya saya akan terangkan dengan lebih lanjut lagi tentang set ini dan saya akan sertakan sekali testimoni pengguna atau customer yang telah menggunakan set ini. Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau anda ingin membuat pembelian produk Shaklee anda bolehlah menghubungi saya menerusi cara seperti di bawah

Facebook : Ena Suhaina
Whatsapp : 016 866 2644
Instagram : pengedarshaklee.aina
Email : ena.suhaina@gmail.com
Blog : umminabeel.blogspot.com