Sunday, 12 August 2012

Jika Allah Tidak Redha

Jika diri ini cantik dan indah..
Rambut seindah sutera..
Manakala kulit sewangi mawar..
Tapi tidak dihijab malah dipamerkan..
Berlumba-lumba dengan yang lain menampakkan cantik tubuhnya..
Jika Allah tidak redha.. Jika Allah murka.. untuk apa, adikku..?
Hanya menambah dosa..

Bila hidup cukup segala keperluan tanpa kekurangan..
Tapi jika diperolehi daripada penipuan..
Memfitnah.. menjilat.. yang haram asalnya..
Atau daripada asal yang halal tetapi tidak pernah pula dibersihkan..
Jika Allah tidak redha.. Jika Allah murka.. untuk apa..?
Hanya sia-sia sahaja..

Bila tubuh badan ini kuat dan sihat..
Tak goyah walau diserang badai dan wabak..
Tapi tak dimanfaatkan untuk bekal akhirat..
Sibuk dengan kegiatan yang tidak bermanfaat..
Sejadah pun tak pernah dibuka daripada lipatannya..
Jika Allah tidak redha.. untuk apa juga..?
Hanya kenikmatan dunia sahaja..

Bila diri ini tampan seakan menjadi Yusuf abad global..
Menjadi idola kaum hawa..
Menjadi teman bermain dan berhibur..
Tapi ketampanan itu hanya digunakan untuk merayu wanita yang bukan isterinya..
Jika Allah tidak redha..untuk apa wahai kaum adam..?
Tak lain selain cuma berzina..

Bila dunia terasa seperti syurga..
Segalanya ada dan serba-serbi mewah..
Apa-apa yang diinginkan dapat diperolehi dengan begitu mudah..
Tapi jika tidak solat walaupun sehari..
Malah kurang daripada 17 rakaat bagi semua solat fardu..
Jika Allah tidak redha.. untuk apa..?
Hanya mengiringi diri ke pintu neraka..

Bila pintar dan sebijak ahli ilmuan..
Semua pangkat tak ada yang lain selain A..
Terkenal kerana kebijakannya..
Tapi Al-Quran bahkan berdebu dan usang di atas meja..
Jika Allah tidak redha.. untuk apa..?
Memiliki kepintaran di dunia tapi hati kurang sinarnya..

Bila benar kita bahagia..
Senang dengan kenikmatan dunia..
Bahagia dengan cinta orang di sekeliling kita..
Tapi jika cinta Allah tak sedikit pun kita kejar.. untuk apa..?

Kita hidup untuk meraih redha Allah..
Cinta-Nya yang lebih besar daripada cinta yang terbaik di dunia ini..
Bila hidup bersama cinta-Nya pasti akan terasa sangat indah..
Sesusah apa pun hidup kita.. Sesulit apa pun hidup kita..
Allah takkan pernah meninggalkan kita..
Kerna, cintakan bunga, bunga akan layu..
Cintakan manusia, manusia akan mati..
Tapi, cinta pada Allah, itulah cinta hakiki..
Tidak ada yang lebih indah dari Cinta Yang Maha Kuasa..
Allahu Akbar.... Allahu Akbar.... Allahu Akbar....

~karya ini nukilan daripada seorang hamba Allah.. saya cuma copy paste.. suka dengan karya ni sebab memang betul la apa yang dia katakan.. karya ni untuk peringatan semua orang dan juga buat diri saya sendiri.. Redha Allah itu lebih penting.. janganlah mengejar dunia semata-mata dan jangan hanyut dengan nikmat dunia.. sebab akhirat itu matlamat kita yang paling utama.. kejarlah redha Allah sebanyak-banyaknya.. ^_^ 

Saturday, 11 August 2012

Birthday Ena

8 Ogos hari tu hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-21.. ermm tua suda.. nda la.. masih muda lagi.. baru menginjak umur 21.. macam biasa kawan-kawan semua wish birthday.. keluarga, mama, bapa, abang, sepupu semua pun wish jugak tapi bukan tu yang saya mau cerita..

Tapi, saya mau cerita pasal kengkawan saya semua yang sanggup bersusah payah untuk masak puding istimewa untuk saya time malam birthday saya.. hehe.. Im @ Hazimah, and jugak Fiza masak puding roti kukus untuk saya.. dorang cakap sori tu ja yang mampu.. Ya Allah, tu pun saya dah cukup berterima kasih dah sebab dorang sanggup masak untuk saya .. berpeluh-peluh nak tunggu puding tu masak.. and paling penting puding tu sangat sangat sangat sedap... saya tak terfikir pun dorang akan buat puding tu untuk saya.. lagipun saya memang tak mengharap atau meminta apa-apa.. lagi-lagi kalau dorang nak belikan kek untuk saya.. saya tak nak sebab saya tau kek pun mahal.. kek untuk 1 kilo besar tu pun dah berapa.. dah la sekarang ni pun kitorang tengah short sem praktikal .. duit ptptn memang tak masuk, harap duit dari mak ayah ja.. memang tak terfikir la.. tapi dorang sanggup jugak untuk buat puding untuk saya.. thank you so much korang.. memang hargai sangat-sangat.. ^_^

Ingat lagi, malam birthday tu, lepas ja berbuka puasa, saya terus pegi solat maghrib and lepas solat tu, entah saya rasa mengantuk sangat sebab penat kan praktikal dekat klinik ikut office hour.. start dari pukul 8 pagi sampai la pukul 5.. memang mengantuk gila.. tapi mula-mula tu saya tahan ngantuk saya.. time tu entah la saya ada terhidu jugak dorang (Im ngan Fiza) macam tengah masak something tapi saya ingat dorang masak untuk dorang atau kawan shift petang, so saya macam tak kisah la kan.. memang time tu tak terfikir langsung la dorang nak sambut birthday saya..so lama-lama lepas tu entah bila saya pun terlelap lepas tu.. so lama saya tidur, lepas tu Syerra kejutkan saya sebab dia baru ja balik dari hospital, dia shift petang.. lepas tu dia cakap dia nak pinjam laptop.. so saya pun dengan mamai mamai time tu pun mengangguk ja.. lepas tu saya keluar dari compartment saya kejap and time tu saya tengok dorang yang lain tengah makan-makan.. time tu tak silap pukul 10 lebih dah.. rupanya lama jugak saya terlelap.. lepas tu saya masuk compartment saya balik.. time tu memang saya mengantuk lagi la.. baru ja saya duduk and baring dekat compartment saya, tetiba Syerra panggil and time tu dia betul-betul kat depan compartment saya.. so saya pun bangun balik and pegi dekat Syerra.. sekali saya berdiri ja dekat depan compartment saya, sekali saya tengok dorang semua ada kat situ (Im, Fiza, Syerra, Nab ngan Ika) and terus nyanyi happy birthday untuk saya.. memang saya tak terfikir la time tu.. terkejut dorang semua dah berdiri kat depan compartment saya ngan siap nyanyi lagi.. hehe.. thank you korang.. thanks so much.. especially untuk Im ngan Fiza sebab dah susah-susah masakkan puding yang sangat sedap untuk saya.. memang sangat sedap.. sampai menjilat jari saya makan puding tu hehe.. tapi saya lupa plak ambik gambar puding tu.. takpa la.. letak gambar puding dari google ja ^_^

lebih kurang camni la puding tu.. memang sedap..

And satu lagi mau cerita, pasal kawan jugak, Nyle.. atau nama penuh dia Nailul Awatif.. dia kawan sama-sama nursing jugak cuma sekarang Nyle dah tukar course.. dia ambik Law dah tapi dia tak start lagi la belajar.. dia masuk Gombak bulan 9 ni sekali ngan first year yang akan masuk ke sana.. so memang sedih jugak la Nyle tukar course tapi nak buat macam mana kan.. itu minat dia, saya tak boleh halang sebaliknya saya sokong and doakan semoga dia berjaya capai apa yang dia inginkan.. so nak cerita, saya terharu sangat sebab Nyle sanggup datang ke Kuantan ni hanya semata-mata sebab nak sambut birthday saya.. saya tak tau langsung pun masa malam birthday saya tu rupanya dia tengah dalam bas nak ke Kuantan.. kalau Ain and Nab tak bagitau, saya memang tak tau.. and malam esoknya tu, Nyle bawa saya ngan Ain pegi ECM untuk celebrate birthday saya kat sana.. kitorang pegi Johnny's Restaurant.. memang makanan dekat sana sedap-sedap.. nama restaurant tu ja Johnny tapi pekerja dia Islam..lagipun masakan dia macam ala-ala Thai.. contoh macam Thai BBQ Chicken Rice and banyak lagi la.. thanks so much Nyle and Ain sebab sudi bawa saya pegi sana and makan-makan sama-sama.. lepas ni dah susah dah nak makan sama-sama dengan Nyle sebab Nyle nak pegi Gombak dah.. huhu sedih.. tapi takpa la.. yang penting persahabatan tu tetap terus terjalin.. kan.. Nyle ada bagi hadiah jugak.. Ain pun sama.. thanks korang.. memang hargai sangat-sangat.. ^_^

Walau dimana saja kamu berada, kamu sentiasa tetap di hati saya.. uhibbukuma fillah.. salam sayang dari ena.. untuk Nyle, Ain, Fiza, Im, Nab, Syerra and Ika.. untuk kawan-kawan satu batch yang lain yang wish jugak, thank you jugak.. saya sayang korang semua.. cuma saya tak tau nak luah macam mana.. saya jenis pemalu sket nak luah depan-depan.. hehe.. and paling penting, untuk mama ngan bapa jugak, sayang gila-gila dengan dorang.. thank you for the wish.. kalau sambut birthday dekat rumah, confirm dorang akan belikan saya kek yang besar.. hehe.. ^_^


Sunday, 5 August 2012

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita


tadi saya singgah satu blog ni pastu saya terbaca satu post dia yang menarik.. pasal aurat.. jadi saya ingat saya nak share dekat blog ni.. jom baca..


1. Menghilangkan hijab (penutup)


Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.


2. Membuka bahagian tangan


Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, "Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung." Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya mahupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, "Tidak mengapa kan..?"


3. Membuka leher dan dada


Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebahagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, "Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja." Wanita itu pun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang


Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, "Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang." Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).


5. Membuka sedikit


Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, "Susah la kalau kamu pakai pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatas. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa." Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.


6. Membuka telapak kaki dan tumit


Syaitan berbisik lagi, "Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan." Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.


7. Membuka separuh betis


Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, "Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja." Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.


8. Membuka seluruh betis


Wanita ada terfikir, "Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?" Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, "Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutamanya, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman." Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.


9. Serba mini


Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, "Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan." Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.


10. Hampir semua terbuka


Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, "Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu." Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi. 

Kemaafan Itu Indah

Hari ni saya mau share pasal satu benda yang orang selalu susah nak buat bila ada orang lain buat salah atau buat jahat dekat kita, iaitu KEMAAFAN.. ^_^.. termasuklah saya sendiri.. memang susah kan kadang-kadang nak maafkan orang yang dah sakitkan hati kita.. yang melukakan hati kita.. atau pun tipu kita.. atau apa-apa ja la.. lebih-lebih lagi orang yang buat dekat kita macam tu orang yang kita betul-betul rapat and sayang sangat-sangat.. contoh macam keluarga, sepupu ka, kawan-kawan, atau orang yang disayangi..

Tapi, apa yang saya nak kongsi hari ni, saya telah belajar satu benda yang betul-betul mematangkan saya.. sebab saya ada terbaca satu kata-kata ni.. kejap ek..


bila saya baca quote ni, saya mula sedar.. manusia tak sempurna.. setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan.. even diri saya sendiri pun ada buat salah jugak dalam dunia ni.. sebab tu saya buat keputusan and belajar kuatkan semangat untuk memaafkan orang yang dah melukakan hati saya.. yang buat jahat dekat saya.. jujur walaupun kekadang saya rasa susah nak buat tapi saya cuba jugak kuatkan semangat.. pastu ditambah lagi, saya cuba ingat Allah.. pasti semua yang berlaku ada hikmahnya.. kan.. lebih-lebih lagi saya ada terbaca satu blog ni, isi post tu cakap pasal kemaafan.. antara isi dia macam dekat bawah ni..

"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".   (An-Nuur [24] : 22)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)


Sebab tu la lepas saya baca ayat Al-Quran ni, saya mula sedar yang saya perlu belajar untuk memaafkan orang yang dah penah melukakan hati saya.. sebab sampai bila kita nak simpan rasa marah dalam hati kita kan.. kemarahan hanya akan membuatkan hati terus sakit tetapi kemaafan itu sangat indah.. hati kita pun akan jadi tenang.. Allah pun suka dengan orang yang boleh memaafkan orang lain.. lagipun mungkin ni cara Allah nak tegur saya jugak.. mungkin saya pun banyak kelemahan and kekurangan sebab tu Allah datangkan orang untuk melukakan hati saya.. and pada masa yang sama Allah nak ajar saya erti sabar and redha atas segala ketetapan-Nya.. Ya Allah.. Ampunkan aku Ya Allah.. atas kelemahanku selama ini.. Kuatkan hatiku untuk menerima segala ketentuan-Mu..

Ditambah lagi, apa yang menguatkan saya untuk belajar memaafkan orang yang dah menyakitkan saya ialah sebab saya buka ada satu blog tu, dia cerita pasal peribadi Rasulullah.. saya terharu bila baca peribadi Rasulullah.. walaupun macam-macam yang nabi lalui, walaupun macam-macam yang orang dah buat dekat nabi, buat jahat dekat nabi tapi nabi tak balas sikit pun dengan kejahatan balik.. tapi sebaliknya nabi bermurah hati and mendoakan orang tu balik.. nabi balas orang tu dengan kebaikan.. sebab tu saya rasa sedih sangat.. kenapa saya tak mampu buat macam nabi buat.. sebab tu saya belajar and belajar memaafkan orang yang dah menyakitkan saya and melukakan saya.. jadi, buat yang diluar sana, kemaafan itu sangat indah.. walaupun hati kita menanggung perit and luka atas apa yang orang lain dah buat dekat kita (bagi sesiapa yang penah lalui) tapi redhalah and ikhlaskan hati kita.. biarlah kita memberi kemaafan and janganlah kita membalas dengan kejahatan sebab Allah suka orang yang memberi maaf.. and itu jugak salah satu peribadi mulia Rasulullah.. ^_^.. jom jadi orang pemaaf.. :)

Rasulullah ada menyebut:

"Allah tidak menambah (kepada) seseorang hamba yang (bersifat) pemaaf kecuali kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang kepada Allah kecuali diangkat oleh Allah". (Direkodkan oleh Muslim).








Final Badminton Olympic


hari ni sedih sebab Chong Wei kalah ngan Lin Dan dekat final badminton olympic.. dah la tak dapat tengok live dekat TV tapi at least tengok la jugak sket dekat youtube.. channel online punya.. buka ja facebook ramai yang post pasal Lee Chong Wei.. it's ok Chong Wei.. walaupun kalah tapi dah buat yang terbaik kan.. we are still proud of u :) kesian dekat Chong Wei.. saya baca post orang dekat facebook cakap lepas Chong Wei kalah tu dia nangis.. sebab mak dia masuk hospital.. mungkin lepas habis ja main terus dapat berita macam tu pulak.. sebab tu dia nangis.. kesian Chong Wei.. takpa Chong Wei.. tabah tau and kuat.. semoga Tuhan memelihara kesihatan mak Chong Wei :) anyway.. saya pun memang peminat badminton jugak.. memang harap sangat Chong Wei menang emas badminton tu tapi takda rezeki kan.. never mind.. tetap bangga jugak ngan Chong Wei ^_^



Saturday, 4 August 2012

Masak Spaghetti


hari tu saya ngan roommate, Im masak spaghetti untuk menu buka puasa.. sebab hari tu kitorang posting shift pagi so petang tu giliran kitorang plak masak.. yang lain, Fiza, Sherra, Ika, and Baby semua shift petang.. Nab pun tolong sekali kitorang masak.. mula-mula Im yang cadangkan untuk masak spaghetti and kitorang pun semua setuju.. lagipun spaghetti memang sedap kan.. so kitorang pun lepas habis shift pagi tu terus pegi beli barang untuk masak spaghetti..

resipi dia senang ja rupanya.. memang sedap la spaghetti.. memang sampai menjilat jari.. hehe.. yang kitorang masak tu kitorang tambah sekali sos dia dengan daging and jugak sosej mushroom.. memang sedap gila-gila la.. konfem lepas ni saya akan buat dekat rumah.. mau bagi mama and bapa saya rasa buatan spaghetti dari air tangan anaknya ni.. hehe.. thanks to Im sebab ajar macam mana nak masak spaghetti.. lepas ni saya mau try buat yang lain pulak.. yang macaroni and jugak spaghetti yang sos dia warna putih tu.. nda tau la nama dia apa tapi spaghetti yang tu pun sedap jugak.. sebab dulu penah makan masa belajar dekat CFS..

ok la.. tu ja nak cakap pasal menu buka puasa.. tiada apa-apa pun yang istimewa sangat ^_^



Pengalaman Posting: Wad Teratai 2A



Minggu lepas (30/7 - 3/8) saya posting dekat wad 2A.. wad orthopedic female..

And hari jumaat last tu saya dapat pengalaman baru.. saya inject ubat dekat patient.. hehe.. nda tau la mau explain macam mana perasaan saya masa tu.. sebab sebelum-sebelum ni saya ngan kawan-kawan cuma berlatih inject ubat pun dekat patung ja kan dekat skill lab dekat kulliyyah.. tapi hari jumaat tu saya buat betul-betul dekat patient.. memang perasaan dia lain la.. time staff nurse suruh tu memang saya takut-takut la tapi saya tetap juga mau buat.. sebab mau belajar kan.. lagipun time tu memang saya mau ambik pengalaman untuk jarum patient.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. sebab staff nurse pun time tu memang betul-betul mengajar macam mana mau buat kan.. and kawan-kawan satu group pun bagi sokongan so ok la..

Time tu saya buat subcuteanous injection.. inject dekat bahu makcik tu untuk bagi ubat insulin sebab gula dalam darah dia tinggi sangat.. mula-mula saya rasa nervous gila mau buat and rasa ragu-ragu tapi staff nurse pun cakap jangan takut and kena yakin mau bagi ubat dekat patient so saya pun cuba beranikan diri.. syukur la last-last saya dapat juga buat.. thanks for staff nurse Azirae sebab ajar macam mana nak buat.. and kawan-kawan satu group pun thanks so much.. lepas ni saya mau lebih yakin and beranikan diri untuk buat injection dekat patient ^_^