Sunday, 5 August 2012

Kemaafan Itu Indah

Hari ni saya mau share pasal satu benda yang orang selalu susah nak buat bila ada orang lain buat salah atau buat jahat dekat kita, iaitu KEMAAFAN.. ^_^.. termasuklah saya sendiri.. memang susah kan kadang-kadang nak maafkan orang yang dah sakitkan hati kita.. yang melukakan hati kita.. atau pun tipu kita.. atau apa-apa ja la.. lebih-lebih lagi orang yang buat dekat kita macam tu orang yang kita betul-betul rapat and sayang sangat-sangat.. contoh macam keluarga, sepupu ka, kawan-kawan, atau orang yang disayangi..

Tapi, apa yang saya nak kongsi hari ni, saya telah belajar satu benda yang betul-betul mematangkan saya.. sebab saya ada terbaca satu kata-kata ni.. kejap ek..


bila saya baca quote ni, saya mula sedar.. manusia tak sempurna.. setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan.. even diri saya sendiri pun ada buat salah jugak dalam dunia ni.. sebab tu saya buat keputusan and belajar kuatkan semangat untuk memaafkan orang yang dah melukakan hati saya.. yang buat jahat dekat saya.. jujur walaupun kekadang saya rasa susah nak buat tapi saya cuba jugak kuatkan semangat.. pastu ditambah lagi, saya cuba ingat Allah.. pasti semua yang berlaku ada hikmahnya.. kan.. lebih-lebih lagi saya ada terbaca satu blog ni, isi post tu cakap pasal kemaafan.. antara isi dia macam dekat bawah ni..

"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".   (An-Nuur [24] : 22)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)


Sebab tu la lepas saya baca ayat Al-Quran ni, saya mula sedar yang saya perlu belajar untuk memaafkan orang yang dah penah melukakan hati saya.. sebab sampai bila kita nak simpan rasa marah dalam hati kita kan.. kemarahan hanya akan membuatkan hati terus sakit tetapi kemaafan itu sangat indah.. hati kita pun akan jadi tenang.. Allah pun suka dengan orang yang boleh memaafkan orang lain.. lagipun mungkin ni cara Allah nak tegur saya jugak.. mungkin saya pun banyak kelemahan and kekurangan sebab tu Allah datangkan orang untuk melukakan hati saya.. and pada masa yang sama Allah nak ajar saya erti sabar and redha atas segala ketetapan-Nya.. Ya Allah.. Ampunkan aku Ya Allah.. atas kelemahanku selama ini.. Kuatkan hatiku untuk menerima segala ketentuan-Mu..

Ditambah lagi, apa yang menguatkan saya untuk belajar memaafkan orang yang dah menyakitkan saya ialah sebab saya buka ada satu blog tu, dia cerita pasal peribadi Rasulullah.. saya terharu bila baca peribadi Rasulullah.. walaupun macam-macam yang nabi lalui, walaupun macam-macam yang orang dah buat dekat nabi, buat jahat dekat nabi tapi nabi tak balas sikit pun dengan kejahatan balik.. tapi sebaliknya nabi bermurah hati and mendoakan orang tu balik.. nabi balas orang tu dengan kebaikan.. sebab tu saya rasa sedih sangat.. kenapa saya tak mampu buat macam nabi buat.. sebab tu saya belajar and belajar memaafkan orang yang dah menyakitkan saya and melukakan saya.. jadi, buat yang diluar sana, kemaafan itu sangat indah.. walaupun hati kita menanggung perit and luka atas apa yang orang lain dah buat dekat kita (bagi sesiapa yang penah lalui) tapi redhalah and ikhlaskan hati kita.. biarlah kita memberi kemaafan and janganlah kita membalas dengan kejahatan sebab Allah suka orang yang memberi maaf.. and itu jugak salah satu peribadi mulia Rasulullah.. ^_^.. jom jadi orang pemaaf.. :)

Rasulullah ada menyebut:

"Allah tidak menambah (kepada) seseorang hamba yang (bersifat) pemaaf kecuali kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang kepada Allah kecuali diangkat oleh Allah". (Direkodkan oleh Muslim).








No comments:

Post a Comment