Tuesday, 30 October 2012

Orang Baru dalam Family

Malam ni tetiba ingat kat anak buah dekat Sabah.. rindunya dekat diorang.. setakat ni saya ada 4 anak buah daripada 2 abang yang dah kawen.. dalam empat2 tu, tiga starring (atau hero..hehe) and sorang lagi perempuan.. best jugak la dapat anak buah perempuan ni.. yalah sebab saya ja anak gadis sorang and yang lain semua abang.. 3 orang abang yang sangat baik and suka mengenakan adiknya yang pompuan ni haha.. tu la abang2 saya.. diorang suka kenakan saya tak kisah la apa pun cara diorang.. tapi yang pasti ada ja la point diorang untuk kenakan saya.. kadang2 geram jugak tapi kadang2 bila fikir balik, happy jugak sebab ada dengar orang cakap orang lelaki especially abang, cara diorang untuk tunjukkan kasih sayang untuk adik yang pompuan macam tu la hehe.. tapi betul la rasanya macam tu.. sebab kadang2 walaupun diorang macam 'buli' saya (ceh..buli..) and kenakan saya tapi saya dapat rasakan kemesraan tu and kasih sayang tu walaupun diorang tak tunjuk hehe.. sebab orang lelaki ni setakat yang saya tau and saya pernah baca, diorang kalo sayang diorang tak tunjuk tapi kita boleh tau daripada cara and perbuatan diorang hehe.. betul tak.. ok la, kenapa pasal abang pulak ni.. tengok, lain yang saya plan nak cakap, lain pulak yang saya tulis.. hehe ok kita sambung balik cerita pasal anak buah saya yang comel2 semua..

Saya ada 4 anak buah and 3 daripadanya tu lelaki and sorang pulak pompuan.. Abang saya yang first anak dia yang sulung lelaki and second tu pulak pompuan.. mau tau nama diorang apa? hehe..yang first lelaki tu nama dia Zaim Zahran and adiknya pulak nama Zahra Zafirah.. cantik kan nama diorang.. yang Zaim tu kitorang semua biasa panggil dia 'Aim' ja, senang sket mau panggil kan.. tu abang yang bagi nama tu and mau tau, yang adiknya tu pulak saya yang bagi nama tu hehe.. (kembang pulak..hee) sebab masa kakak ipar mengandung dulu, abang suruh carikan nama pompuan yang mula dengan huruf Z so saya pun cari la.. so last2 saya jumpa nama tu and maksud dia pun cantik and bagus.. Zara kalo ikutkan maksud dia puteri and Zafirah pula maksud dia yang beruntung.. so bagi saya nama tu memang bagus and cantik.. nak tengok gambar diorang?? hehe..kejap ya, saya upload gambar diorang..


comel kan.. ^_^





Ok, sekarang saya mau cerita pula anak buah saya yang daripada abang saya yang second.. abang saya yang second ni kawen dengan orang Ranau.. orang Ranau ni memang cantik2 and putih2 pulak tu.. so tak yah heran kalo anak diorang pun putih2 walaupun abang saya tak lah putih sangat pun (hehe..kalo abang saya baca post saya ni mati la kena hentam haha).. ok sambung balik tadi, so saya perkenalkan anak abang saya yang sulung tu nama dia Adib.. ringkas ja kan and pendek nama anak abang saya.. abang saya tak letak Mohammad pun dekat depan nama anaknya tu.. so kitorang semua pun senanglah panggil Adib ja.. tapi nama Adib pun memang cantik jugak hehe.. ok pastu yang adiknya pulak nama Azib.. mula2 dengar macam pelik jugak kan nama ni tapi memang macam ni la orang Sabah.. kadang2 nama2 dekat Sabah pelik jugak dengar tapi tu la nama anak kedua abang saya.. tapi bagi saya nama tu cantik jugak sebab unik hehe.. and kalo mau tau, Azib ni memang comel and dia lebih banyak cakap lagi daripada abang dia.. and kalo dia bahasakan diri dia, mesti dia akan bahasakan diri dia dengan panggilan 'Dedek' sebab dia adik kan.. sebab tu la semua pun biasa panggil dia macam tu ^_^.. ok dekat bawah ni saya upload pulak gambar diorang dua ni.. jap ek..

ni la Adib and Azib.. kembar tak seiras hehe



Ok, sekarang ada satu lagi ahli baru dalam keluarga kami.. jeng jeng jeng.. hehe mau tau siapa?? baru-baru ni jugak kakak ipar saya yang kawen dengan abang saya yang first baru ja melahirkan anaknya yang ketiga.. tu la happy gila bila dapat tau yang kakak ipar dapat anak perempuan lagi.. hehe yeah!!! so lepas ni kalo saya balik rumah pun, ada la jugak kawan saya kan.. tak la bosan asyik2 dengan abang2 saya ja hehe.. and mama saya pun confirm la happy sebab dapat cucu pompuan.. so mama ngan bapa saya pun tak la sunyi dah sebab dah banyak cucu boleh main sama2.. ok yang anak buah baru ni abang bagi nama Zawiah Zakirah.. rasanya ok tak nama tu?? bagi saya ok ja tapi tak tau la pendapat orang lain kan macam mana tapi saya tak sure maksud dia apa.. tapi takpa la nanti saya tanya abang saya balik apa maksud dia.. kitorang semua pening mau panggil dia apa.. sebab kalo panggil Akira, bapa saya cakap macam nama TV haha.. kalo panggil Awi pulak, tu macam nama lelaki pulak kan.. tak cantik..tak cantik.. hmm pastu mama saya pulak cakap kalo panggil Aza, sama pulak macam nama ada sepupu tu pun panggil Aza jugak.. and kalo panggil Wiya pulak Aim pulak tak pandai sebut nama tu hehe.. kesian kat Aim..so last2 hari tu saya cakap ngan mak saya, panggil Zaza ja la, ada lain sket daripada sepupu tu..tak sama sangat kan hehe.. so tu la kisahnya.. ok la, hati memang mood happy gila sebab dapat anak buah baru.. ok la, tu ja la kot.. benti kat sini ja la ek..nanti lain entri lain post pulak..ok wassalam =)

Friday, 26 October 2012

Benarkah Cinta?

Mata belum mengantuk lagi so rasa macam nak update lagi blog ^_^ ..sebenarnya ada something yang saya mau kongsikan dalam page kali ni.. pasal tajuk yang memang famous dalam kalangan remaja masa kini.. mau tau pasal apa? pasal cinta la.. pasal apa lagi kalo bukan pasal cinta yang memang well-known among teenagers today kan.. ok la, cinta? apa tu cinta? balik-balik pasal cinta kan takda benda lain.. cinta memang lumrah dalam hidup manusia.. memang fitrah setiap makhluk ciptaan Allah pasti mempunyai perasaan cinta, perasaan ingin dicintai dan mencintai.. tapi sejauh mana kita memahami definisi cinta tu? and macam mana kita mahu mengisi cinta kita sesama manusia? and paling penting cinta yang kita berikan pada orang lain adakah berlandaskan agama, and berlandaskan cinta kepada Allah atau tidak? atau cinta yang kita dambakan hanya semata-mata berpaksi pada nafsu semata-mata? eh banyak pulak idea malam-malam ni kan mencoret pasal cinta hehe XD

Sebenarnya apa yang saya mau kongsi ni pasal cinta yang dianjurkan dalam Islam.. ya memang fitrah setiap manusia pasti mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusia.. saya sendiri pun jujur pernah jatuh hati dekat seseorang jugak tapi persoalan di sini, macam mana kita mengawal perasaan kita dan macam mana kita mahu mengisi perasaan kita tu supaya tidak melampaui batasan agama? selama saya duduk di UIA Kuantan baru setahun yang lalu (sekarang baru masuk second year), macam-macam dah yang saya jumpa atau dengar, pasangan ni couple la, pasangan tu mau kawen la and yang paling saya respect ada pasangan tu bertunang and berkahwin tanpa bercouple. so apa yang sebenarnya saya mau fokus di sini? sebenarnya saya mau fokus pasal couple dekat entri saya yang kali ni.. banyak yang saya dengar termasuk daripada kawan-kawan saya sendiri, dorang cakap la macam mana kita nak kenal bakal pasangan kita kalo tak berpasangan atau lebih senang bercouple? tak kurang jugak ada yang bercakap "kalo kita couple dengan pasangan kita tu, boleh la kita kenal dia dengan lagi mendalam lagi". ya memang betul, tak dinafikan apa yang dikatakan tu ada benarnya tapi cuba kita selidik balik macam mana yang Islam ajar dengan kita. begitukah? dengan cara bercouple? yang kita sendiri tidak pasti adakah dengan bercouple iman kita akan terjaga? adakah dengan bercouple kita dapat menjaga hati kita bersih daripada dosa dan zina hati apatah lagi zina yang lebih besar macam zina mata sebab berpandangan, zina kaki sebab melangkah untuk berjumpa dan berdua-duaan dengan pasangan and banyak lagi.. saya cakap camni sebab saya nak kongsi, suatu ketika dulu saya pun pernah melampaui batas, saya pernah menjadi lalai disebabkan cinta sebab itulah sejak daripada itu, saya mulai sedar cinta yang sebenarnya adalah perlu berlandaskan pada agama dan pada Allah.. bukan dihanyutkan pada cinta yang cuma sementara pada manusia.. berbalik yang tadi, sebab tu la saya nda setuju bila orang cakap pasal meng'halal'kan couple ni.. kononnya couple cara Islam.. tapi fikirlah semula.. matlamat tidak menghalalkan cara.. selagi kita boleh elak zina, kita kena cuba elak.. kan Islam tu mudah dan tidak menyusahkan penganutnya.. Allah meletakkan hati kita ni fitrah pasti ingin dicintai dan menyintai.. pasti ingin disayangi dan menyayangi.. jadi mestilah Allah akan menyediakan jugak dekat kita macam mana cara yang terbaik and sesuai untuk kita berkasih-sayang sesama manusia.. bukan dengan cara yang membawa kepada zina.. bukan dengan cara yang memupuk dosa.. tapi dengan cara yang mendatangkan kebaikan dan menambah pahala and jugak iman.. kalo betul-betul dah suka and berkenan, si lelaki boleh memulakan langkah dengan merisik atau meminang, tanya dulu sama ada yang perempuan ni setuju atau tak.. tapi yang lelaki tu kena prepare mentally and physically la takut-takut kena reject ngan parents perempuan tu ka kan.. and parents dia pun kena setuju jugak.. and bila pihak perempuan sudah setuju, baru la boleh plan for the wedding.. tapi dalam tempoh bertunang tu pun kena jaga batasan pergaulan.. dalam tempoh ni la Allah bagi peluang untuk kedua-dua bakal pasangan tu untuk saling mengenali antara satu sama lain tapi still perlu jaga batasan..

Tapi, sekarang ni, saya suka mau share pasal satu benda yang lagi 'best' (tak tau la bagi orang lain best ka tak) .. pasal cinta yang sering melanda golongan remaja masa sekarang.. mungkin termasuk saya XP .. iaitu pasal jatuh cinta tapi cinta yang tidak diketahui di sebelah pihak atau senang 'crush'.. normal la perasaan kita ni lebih-lebih lagi remaja memang senang jatuh hati.. tapi persoalan yang penting, adakah perasaan cinta kita tu memang betul-betul atau cuma sekadar suka-suka saja atau hanya sekadar minat-minat ja, cuma mengisi masa lapang ja? tu la yang mesti kita tanya balik hati kita.. tapi yang saya mau fokus sini, saya ada terbaca satu post dekat facebook tu, berkaitan pasal crush jugak.. apa yang saya boleh ringkaskan dari post tu lebih kurang camni la, kalo benar kita cintakan seseorang tu, kita jangan luahkan dekat orang tu pasal perasaan kita sebab kita tak tahu hal jodoh kita.. sebab cuba bayangkan kalo kita luahkan perasaan kita dekat orang tu and kita berusaha untuk dapatkan si dia tapi last pengakhirannya dia ternyata bukan jodoh kita, mesti hati kita akan rasa kecewa sangat-sangat kan.. sebab tu kita kena luahkan perasaan kita dekat Allah and berdoa and minta dekat Allah supaya kita dapat bertemu jodoh dengan orang yang kita cintai tu.. lebih kurang camtu la isi post tu.. so lepas saya baca post tu kan, saya fikir la ada betul jugak apa yang orang tu cakapkan sebab kita tidak mahu hati kita dilanda kekecewaan yang hanya akan merugikan diri kita sendiri kan.. tapi ada jugak kata-kata lain yang mengatakan tidak salah untuk berusaha (lebih kepada perempuan) sebab sedangkan Saidatina Khadijah dulu pun lebih awal bertindak dengan meminang Rasulullah kan.. so semua pandangan or pendapat setiap orang ada con and contra.. tapi bagi saya sendiri, kalo benar kita mencintai seseorang tu, biarlah kita memandang agamanya, bukan dari paras rupanya sebab bila agamanya kukuh, pasti dia seorang yang menjaga akhlak and menjaga iman and ibadah.. orang macam ni la yang sepatutnya dicari supaya dapat membimbing kita dalam alam hidup rumah tangga.. so bagi saya, jujur saya ada menyukai seorang hamba Allah and dia ni memang seorang lelaki yang baik, dan beragama.. apa yang saya tengok, dia seorang yang menjaga solat, ibadah and berakhlak baik jugak.. yang paling saya suka, dia sedar tanggungjawab dia bukan cuma semata-mata study tapi pada masa yang sama jugak berdakwah.. tu yang paling saya suka.. sebab tu la saya cakap biarlah rasa cinta tu disebabkan oleh Allah.. saya suka dia sebab dia berpegang kuat dengan agama.. saya suka dia sebab akhlaknya and sebab dakwahnya.. sebenarnya memang saya takut jugak.. kekadang saya fikir jangan simpan lagi perasaan ni.. sebab saya takut perasaan ni mugkin boleh buat saya lalai tapi bila saya fikir balik, mungkin ini jugak aturan yang Allah sudah takdirkan untuk saya.. mungkin Allah takdirkan supaya saya suka dekat dia supaya sebagai pembakar semangat supaya saya pun akan jadi macam dia.. jadi seorang yang lebih baik, solehah dan boleh berdakwah.. saya suka dengan satu kata-kata ni.. ayat dia macam ni.. kejap ya..


ni la ayatnya.. saya suka betul dengan ayat ni.. "aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.." 

so kesimpulannya, cinta boleh membawa kita kepada keburukan and boleh jugak membawa kita kepada kebaikan.. jika benar cinta kita adalah berpaksikan kepada ajaran Islam dan kerana Allah, pasti kita akan menjaga cinta kita tu supaya kekal suci tapi kalo kita membiarkan diri kita jadi lalai dan hanyut disebabkan cinta, kita hanya akan membawa diri kita ke lembah kemaksiatan dan kerugian.. so pilihlah jalan yang terbaik.. dan salurkan cinta kita di jalan yang baik dan bersesuaian dengan tuntutan Islam.. kalo benar kita mencintai seseorang, kita pasti ingin bersamanya .. berdoalah semoga Allah menetapkan kita dapat bersamanya tapi jika dia bukan untuk kita, redha lah sebab pasti ada rencana yang lebih terbaik yang Allah sediakan untuk kita .. wallahualam.

Salam Aidiladha

Jam: 2.50 pagi

Hmm lama dah nda update blog ni sebenarnya.. hari ni tengah pagi-pagi buta macam ni baru terlintas di hati mau update blog. hehe sori la sejak kebelakangan ni memang malas betul buka blog apa lagi update kan. sebab sebelum ni pun memang busy, mana kelasnya, meeting itu ini la sebab jadi committee itu ini, ada itu la ada ini la. so memang tiada kesempatan mau update blog. dengan exam lagi yang baru ja habis seminggu lalu.. huhu memang padat la jadual.. hmm pasal mid-sem exam tu nda mau komen banyak la, cuma yang boleh dicakap alhamdulillah Allah bagi mudah jugak sket menjawab walaupun ada jugak yang susah-susah tu kan.. berserah ja sama Allah resultnya nanti macam mana.. sebab sudah usaha kan so tawakkal ja sekarang ni..

Hmm sebenarnya mau cakap pasal Aidiladha ni yang baru ja diraikan tadi. Jumaat kan tapi sekarang ni sabtu sudah sebab sudah 2 pagi.. hmm apa yang mau dicerita ar.. owh macam ni.. kali ni cuti hari raya haji kami cuma seminggu ja so saya memang nda balik Sabah la.. sebab cuti cuma sekejap ja, tak nak la susahkan my father untuk belikan saya tiket untuk balik Sabah hanya untuk cuti yang seminggu cuma.. so saya pun balik rumah sepupu ja dekat Kajang.. nasib baik la ada sepupu yang nda balik jugak kan so ada la keluarga untuk beraya bersama.. sedihnya term beraya tu beraya di perantauan.. tapi bukan oversea ya hehe.. cuma over Laut China Selatan sea hehe (macam ada sorang kawan cakap).. so memang sedih jugak la plus homesick.. di saat-saat camni memang terbayang la beraya di rumah di hometown tersayang Beaufort.. terbayang makan-makan, berkumpul dengan semua keluarga tersayang.. dengan anak buah lagi yang comel-comel and nakal-nakal.. keletah dorang tu semua.. rindu banget ^_^.. walaupun dorang suka buli makcik ucu dorang ni tapi tetap dirindu jugak.. rindu betul dengan dorang.. sebab ucunya ni pun buli dorang jugak hehe.. lepas tu mau makan masakan mama tersayang.. huhu rindu.. tapi apa boleh buat hidup di perantauan macam ni la.. sabar ja la banyak-banyak ya..

Tadi baru ja call mama.. best gila bila dengar mama cakap dorang tengah buat satay sebab keluarga dari Tenom mau datang esok.. bestnyaa.. memang rindu jugak dengan satay mama.. sedapp.. pastu yang best kalo buat satay mesti ramai-ramai ni mencucuk daging satay tu pastu jari pun semua kuning sebab kena kunyit satay tu.. tapi best.. pastu riuh-rendah lagi dalam rumah tu dengan suara anak buah yang nakal-nakal semua.. tu belum kalo sepupu-sepapat datang rumah lagi.. tambah la riuh-rendah.. sabar la ya ena.. bulan satu nanti balik jugak.. sabar la homesick.. owh ya itu di rumah di Sabah and kami pulak di sini macam biasa la.. saya dengan ucu Ida apa lagi masak la apa-apa yang patut.. kami masak ayam kicap ja.. tu ja yang termampu hehe.. mau masak banyak-banyak kami cuma berdua ja.. berani kami menjaga rumah sebab abang ucu Ida balik kampung isterinya di Melaka.. so kami masak ja la apa yang ada di rumah.. kesian kan camni la perantauan.. tapi nda pa, bulan satu nanti balik so bersabar la ena! tabahkan hati! hehe ^_^

Hmm tiada apa-apa yang menarik pun cuma tu ja yang mau share ^_^ ok la mau undur diri dulu.. selamat malam (pagi sudah pun).. ok daa.. owh ya sebelum terlupa, mau upload satu gambar dulu.. sempena Aidiladha ni.. raya, raya jugak.. tapi jangan lupa untuk mengisi raya kita dengan pengisian yang sebaik-baiknya sebagai hamba-Nya.. paham kan.. kita mesti memahami and meneladani macam mana pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s semata-mata untuk mentaati perintah Allah.. saya pun masih belum cukup lagi ilmu ni tapi mana yang saya tau, saya cuba share ^_^ ok la.. setakat tu ja.. jumpa lagi di lain lembaran =)