Friday, 18 May 2018

CARA MUDAH UNTUK MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN DENGAN CEPAT

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Hari ni Ena nak kongsikan tentang cara untuk menurunkan paras kolesterol yang tinggi dalam badan kita tapi sebelum tu kita kena tahu dulu apa tu kolesterol.

Set Kolesterol tinggi Shaklee membantu menurunkan paras kolesterol tinggi dalam badan
Cara menurunkan paras kolesterol tinggi dengan cepat

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 mendapati bahawa 9.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengalami masalah paras kolesterol yang tinggi dalam darah. Selain itu dianggarkan juga hampir 17.7 peratus atau 3.3 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah obes dan 5.6 juta lagi atau 30 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan. Ini menunjukkan masalah paras kolesterol yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sesuatu masalah yang serius dan perlu ditangani. Jika masalah ini semakin meningkat maka kadar penyakit tidak berjangkit yang berkaitan dengan masalah kolesterol ini juga pasti akan meningkat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan banyak lagi.

APAKAH ITU KOLESTEROL ?

Kolesterol merupakan sejenis lemak yang juga dikenali sebagai lipid yang amat diperlukan untuk pelbagai fungsi dalam badan kita. Terdapat 2 cara untuk kita memperolehi kolesterol iaitu pertama daripada sumber makanan kita sendiri yang datang daripada makanan berasaskan haiwan dan kedua daripada kolesterol yang dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri iaitu dihasilkan dalam hati. Molekul kolesterol ini diangkut dalam badan kita melalui darah dalam kapsul protein yang dipanggil sebagai lipoprotein. Kolesterol juga terdiri daripada 2 jenis iaitu Kolesterol LDL dan Kolesterol HDL :

Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) juga dikenali sebagai Kolesterol Jahat adalah cenderung dimendakkan dan terkumpul di dalam saluran darah. Ini akan menyebabkan penyumbatan saluran darah dan akan menyebabkan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular

Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) pula dikenali sebagai Kolesterol Baik akan mencegah daripada berlakunya penyempitan saluran darah dengan cara mengurangkan mendakan kolesterol di dalam saluran darah. Maka hal ini akan mengurangkan risiko penyakit jantung

FAKTOR YANG MENYEBABKAN KOLESTEROL TINGGI

Faktor Luar Kawalan

▪ Genetik
▪ Familial Hypercholesterolaemia adalah masalah paras kolesterol tinggi yang dialami secara turun-temurun dalam keluarga

▪ Jantina
▪ Setelah menopaus kadar Kolesterol LDL atau Kolesterol Jahat akan meningkat dalam kalangan wanita. Disebabkan itu wanita pada usia ini diingatkan untuk berhati-hati dengan risiko penyakit jantung

▪ Usia
▪ Lelaki yang berusia 45 tahun ke atas dan wanita yang berusia 55 tahun ke atas lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah kolesterol tinggi

Faktor Yang Boleh Dikawal

▪ Pemakanan
▪ Golongan yang suka mengamalkan makan makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan segera, mentega dan sebagainya lebih cenderung untuk mendapat kolesterol tinggi

▪ Kurang bersenam
▪ Sekiranya anda tidak suka bersenam dan lebih suka duduk diam sahaja maka senanglah untuk anda mendapat kolesterol tinggi. Aktiviti senaman yang berterusan sebenarnya akan membantu untuk mengurangkan kadar Kolesterol Jahat dalam badan

▪ Merokok
▪ Berdasarkan kajian, rokok boleh meningkatkan paras Kolesterol Jahat dan mengurangkan paras Kolesterol Baik dalam darah. Tambahan lagi rokok sangat membahayakan kesihatan

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI

• Sering berasa sakit kepala
• Mudah letih, penat dan cepat mengantuk
• Sering berasa kebas-kebas pada kaki
• Kaki bengkak akibat daripada saluran darah semakin sempit
• Timbul bintik-bintik putih iaitu biji lemak di bahagian bawah mata, di kawasan muka dan leher

BACAAN PARAS KOLESTEROL YANG NORMAL

Bacaan paras kolesterol dibaca dalam 2 unit iaitu mg/dL atau mmol/L. Sebagai contoh 200 mg/dL bersamaan dengan 5.2 mmol/L

Paras kolesterol sihat dalam darah
Paras kolesterol sihat dalam darah

RISIKO KESAN KOLESTEROL TINGGI

Paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan pengumpulan plak pada saluran darah. Akhirnya saluran darah akan tersumbat dan semakin sempit akibat daripada plak yang semakin banyak. Apabila keadaan ini berlaku maka aliran darah juga semakin perlahan. Hal ini akan menyebabkan risiko berlakunya serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok dan masalah hati

MAKANAN TINGGI KANDUNGAN KOLESTEROL

Makanan yang tinggi kandungan kolesterol
Senarai makanan yang tinggi kolesterol

Gambar di atas ini terdapat senarai 10 jenis makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi dan info ini saya perolehi daripada healthaliciousness.com. Cuba perhatikan semua jenis makanan ini sering kita ambil hampir setiap hari kan ? Jadi mulai sekarang bolehlah kita mengambil langkah untuk mengurangkan kuantiti makanan-makanan ini untuk mengelakkan daripada peningkatan paras kolesterol dalam badan kita.

CARA MUDAH UNTUK MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL DENGAN CEPAT

▪ Amalan Diet Seimbang
▪ Banyakkan pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta cuba elakkan daripada makan makanan yang tinggi lemak trans dan lemak tepu. Elakkan juga atau kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti kuning telur, daging merah seperti yang terdapat dalam jadual senarai 10 jenis makanan yang tinggi kolesterol. Makanan segera seperti fast food dan junk food juga perlu dielakkan kerana makanan ini mengandungi lemak trans yang boleh meningkatkan Kolesterol Jahat dalam badan

▪ Bersenam Dan Melakukan Pelbagai Aktiviti Harian
▪ Lakukanlah senaman at least 30 minit setiap sesi dan lakukan 3 hingga 4 kali dalam seminggu. Bersenam ni tidak semestinya anda perlu pergi ke gym atau ke taman rekreasi tetapi di rumah pun boleh melakukan senaman. Melakukan pelbagai aktiviti ringan atau bersenam penting kerana ia boleh membantu untuk menurunkan paras kolesterol dalam badan serta mengurangkan berat badan supaya menjadi ideal

▪ Berhenti Merokok
▪ Bagi mereka yang merupakan perokok tegar mungkin sukar untuk berhenti merokok tetapi langkah ni perlu dibuat demi kesihatan anda. Perokok bolehlah mula berhenti merokok secara perlahan-lahan kerana merokok boleh menyebabkan peningkatan kolesterol dalam badan dan memburukkan lagi keadaan

▪ Mengambil Supplement
▪ Dengan menjaga diet seimbang serta aktiviti senaman yang konsisten, mengambil supplement atau makanan tambahan juga boleh membantu untuk mengawal dan mengurangkan paras kolesterol yang tinggi di dalam badan. Supplement yang boleh diambil dan berkesan untuk mengurangkan paras kolesterol dalam badan ialah Set Kolesterol Tinggi Shaklee. Produk yang terdapat dalam set ini ialah :

Set kolesterol tinggi Shaklee bantu untuk turunkan paras kolesterol yang tinggi dalam darah
Set Kolesterol Tinggi Shaklee

SET KOLESTEROL TINGGI SHAKLEE

Omega Guard
▪ Menyokong kesihatan sistem kardiovaskular
▪ Membantu menurunkan paras trigliserida dalam badan
▪ Mengurangkan kandungan Kolesterol Jahat dan meningkatkan Kolesterol Baik dalam darah

Lecithin
▪ Bertindak sebagai pelarut untuk kolesterol, trigliserida dan lemak yang lain
▪ Membantu dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan

Garlic Complex
▪ Membantu menurunkan paras kolesterol, LDL, trigliserida dan kelikatan darah
▪ Mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan paras HDL dan melindungi jantung
▪ Membantu menghalang strok dan penyakit koronari

Phytocol ST
▪ Membantu dalam menghalang penyerapan kolesterol dalam darah
▪ Membantu menurunkan paras LDL dan mengurangkan risiko serangan jantung

TESTIMONI SET KOLESTEROL TINGGI SHAKLEE

Kolesterol menurun setelah amalkan Set Kolesterol Shaklee Omega Guard dan Phytocol
Kolesterol menurun setelah amalkan Set Kolesterol Shaklee

Bintik-bintik kolesterol berkurangan selepas konsisten amalkan Set Kolesterol Shaklee Omega Guard dan Lecithin
Bintik kolesterol berkurangan dengan Set Kolesterol Shaklee

Kolesterol berkurangan dengan amalkan Set Kolesterol Shaklee Omega Guard dan Phytocol dan Lecithin
Bintik kolesterol hilang dengan Set Kolesterol Shaklee

Jika anda ingin mendapatkan Set Kolesterol Tinggi Shaklee anda bolehlah menghubungi saya di nombor ini ENA SUHAINA 010 885 4663 atau whatsapp saya dengan klik gambar di bawah

Pengedar Shaklee aktif di seluruh Sabah COD Kota Kinabalu dan Beaufort
Pengedar Shaklee Aktif Seluruh Sabah

Atau anda juga boleh membuat pembelian secara online melalui link Esell dengan cara klik link Esell dalam gambar di bawah

Set kolesterol Shaklee bantu turunkan paras kolesterol tinggi dalam badan
Pembelian online dengan klik link Esell Shaklee

Setelah selesai membuat pembelian anda boleh terus whatsapp saya untuk mendapatkan konsultasi dan panduan cara makan vitamin Shaklee dengan berkesan. Khidmat konsultasi yang saya berikan adalah percuma exclusive untuk customer saya sahaja 😊




6 comments:

  1. Kolesterol ini pun tidak pilih badan, kurus atau gemuk tetap ada kalau makan tidak ingat dunia dan tiada amalan gaya hidup sihat. Jom kita check!

    ReplyDelete
  2. Kolesterol ni silent killer
    Nda tau tba2 tinggi dalam badan
    Bagus ikhtiar sebelum teruk

    ReplyDelete
  3. Bahaya ni kolestrol, atasinya segera

    ReplyDelete
  4. bahaya kolestrol ini, pembunuh senyap so jgn la ambil ringan, rawat la segera sebelum terlambat

    ReplyDelete
  5. jaga makan, bersenam dan amalkan suplemen banyak membantu bacaan kolestrol dalam darah

    ReplyDelete
  6. Kolesterol ni silent killer ,sebab dia tak ada simptoms. Nampak sihat macam biasa..boleh cuba tukar habit pemakanan,bersenam,elakkan merokok. Turunkan berat badan.Saya pernah hi kolesterol,doctor suruh turunkan 10kg. Alhamdulillah berjaya. All the best!

    Kak Hend
    www.nuherba.com

    ReplyDelete