Wednesday, 16 May 2018

TIPS KEKAL BERTENAGA SEMASA BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum semua 😊 Inshaa Allah bermula hari esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Dah ready ke untuk berpuasa hehe ? Dalam entri kali ni Ena akan kongsikan tentang tips best untuk kekal bertenaga semasa berpuasa dalam bulan Ramadhan. Okay jom ikuti tips-tips best ni di bawah.

Bagaimana Mahu Kekal Bertenaga Semasa Berpuasa Di Bulan Ramadhan ?

▪ Melewatkan waktu sahur

Ini bertujuan agar sumber tenaga yang kita makan daripada karbohidrat dan protein pada waktu sahur akan bertahan lebih lama

▪ Mengambil makanan yang lambat dihadam

Ambillah makanan yang lambat untuk dihadam contohnya nasi, sayur-sayuran, buah-buahan, oat, bijirin dan roti. Ini kerana makanan ini mengandungi serat dan karbohidrat kompleks yang mengambil masa lama untuk dihadam dan berada di dalam perut lebih lama sekaligus melambatkan rasa lapar

▪ Elakkan mengambil makanan yang berlemak dan bergoreng

Makanan yang bergoreng dan berlemak biasanya boleh menyebabkan masalah sukar untuk dihadam bagi sesetengah orang. Selain itu makanan seperti ini juga boleh menyebabkan sakit pedih ulu hati

▪ Kurangkan mengambil makanan manis

Makanan manis adalah cepat dihadam dan tidak dapat disimpan lebih lama dalam badan. Maka kita akan cepat berasa lapar dan cepat berasa letih

▪ Tingkatkan pengambilan air

Minumlah air sekurang-kurangnya 2 gelas air semasa berbuka puasa, sebelum tidur dan semasa sahur. Boleh juga minum jus buah-buahan untuk meningkatkan kadar cecair di dalam badan kita agar kita tidak mengalami masalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan semasa berpuasa

▪ Elakkan mengambil minuman berkafein dan minuman berkarbonat

Elakkan daripada minum minuman berkafein seperti kopi dan nescafe dalam bulan puasa. Minuman berkarbonat juga perlu dielakkan seperti minuman coca cola dan pepsi dalam bulan puasa. Ini kerana kedua-dua jenis minuman ini akan menyebabkan kita lebih kerap membuang air kecil seterusnya mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan

▪ Amalkan Mighty 3 Gems Set Shaklee

Mighty 3 Gems Set atau Set Puasa Shaklee sangat disyorkan untuk diambil dalam bulan puasa. Set ini lengkap mengandungi ESP, Meal Shake dan Performance Drink

Tips cara kekal bertenaga semasa berpuasa di bulan Ramadhan dengan set puasa shaklee atau Mighty 3 Gems Set Shaklee
Kekal bertenaga dengan Set Puasa Shaklee


Baca: http://umminabeel.blogspot.my/2018/05/manfaat-dan-kebaikan-set-puasa-shaklee.html

Okay itu sahaja tips untuk kali ni. Semoga kita semua dapat kekal cergas dan bertenaga untuk menunaikan ibadah puasa dengan lancar. Dan jangan lupa juga kalau membeli makanan kat bazar Ramadhan tu jangan berlebihan. Sebab nanti bila dah berbuka puasa makanan pun tak habis sebab terlalu banyak so membazir kan. Sebab kita berpuasa ni bukan bertujuan untuk memuaskan nafsu makan kita tapi untuk meningkatkan amal ibadah kita. Selamat berpuasa semua 😊





6 comments:

  1. Sya amalkn set ini ketika bersahur dan alhamdulilah sememangnya bertenaga dan tidak lapar ketika berpuasa walaupun menyusukan anak

    ReplyDelete
  2. Semalam Blend kurma Mealshakes dan fresh milk memang bertenaga sepanjang hari

    ReplyDelete
  3. Esp+mealshake pun memang tahan lapar.

    ReplyDelete
  4. Might 3germs ni sangat bagus untuk orang berpuasa yang ada gastrik. InshaAllah puasa pun boleh penuh tanpa sakit2

    ReplyDelete