Friday, 4 January 2013

Zaman Kanak-Kanak 2

Sambungan..

selepas selesai menduduki exam UPSR di Ranau, pastu saya pun balik semula ke SK Lumadan and spent masa dengan kawan-kawan dekat sana kat sekolah. dalam tempoh ni, saya sempat main 'cinta monyet' hehe. kalau ikut, saya bukan berminat pun mau main cinta monyet ditambah lagi saya baru darjah 6, saya rasa nda matang langsung tapi disebabkan saya tengok budak lelaki tu macam bersungguh-sungguh, saya macam terharu and nda sampai hati mau tolak. (bila kenang balik zaman budak-budak dulu memang rasa lucu ^_^) and lepas tu, habis ja darjah 6, kami terus macam lost contact.

and bila mau masuk tingkatan 1, saya ingat lagi, saya memilih untuk mengikut jejak langkah kakak sepupu saya untuk bersekolah di sekolah agama. nama sekolah tu Sekolah Menengah Ugama Islam Papar atau SMUIP. mula-mula saya ingatkan, saya akan bertahan untuk bersekolah di situ and duduk asrama dekat situ tapi masa tu, parents saya pulak pergi tunaikan haji. and saya pulak nda tau la kenapa saya betul-betul nda dapat tahan homesick saya and rasa kerinduan saya dekat diaorang. sangat-sangat rindu. so lastly, saya minta tukar sekolah dekat Beaufort jugak so saya boleh pulang ke rumah setiap hari. and masa tu memang parents marah tapi diaorang pindahkan saya jugak. sekolah baru saya tu nama dia SMK Beaufort. so masa tu, saya tekad untuk balas diaorang dengan belajar bersungguh-sungguh. and then, I'd managed to do it. saya dapat result yang cemerlang dalam PMR and dapat tawaran kemasukan ke sekolah berasrama penuh. syukur Alhamdulillah. 

sepanjang dekat SMK Beaufort, macam-macam pengalaman yang saya lalui macam apa yang saya pernah lalui masa sekolah rendah. mostly pasal persahabatan. masa tingkatan 1, antara member rapat saya, Bibi Noor Faedzah, Noor Fauzana, Fadilah, Fatin Syazwani and Siti Noor Zulaikha. classmates yang lain bolehlah biasa-biasa jugak. tapi, paling rapat sekali Bibi. dia kira saya punya bestfriend lah. and then, tingkatan 2 pun kami still rapat tapi sedih sebab time ni Bibi pindah ke Kinarut so saya pun mula rapat dengan yang lain jugak. contoh macam Fauzana, Fatin and Fadilah. but, in Form 3, saya nda tau how it started, saya mula rapat dengan Zulaikha and time tu kami jadi makin kamcing and macam bestfriend dah. mungkin disebabkan kami duduk bersebelahan sebab tu kami jadi rapat. but still, saya rapat jugak dengan yang lain. saya teringin betul letak gambar diaorang semua dalam blog ni tapi malangnya saya tiada gambar diaorang. maksud saya, gambar kami sekelas dulu-dulu. dulu mungkin disebabkan semua pun belum ada handset lagi atau kamera so mungkin time tu kami betul-betul kurang memanfaatkan kenangan kami semua bersama dengan mengambil gambar. 

then, masuk Form 4, saya dapat masuk kelas aliran sains sama-sama dengan Zulaikha and Fatin. and yang lain macam Fauzana, Fadilah, Nadiah, and Amirah dapat aliran lain. so kami semua pun ikut haluan masing-masing and terpisah. tapi sedihnya, saya nda lama duduk dalam kelas tu sebab saya dapat tawaran SBP. so bila fikir-fikir, macam rugi pulak kalau tolak kan. so akhirnya saya terima and terpaksa la berpisah dengan kengkawan semua. sedih tu memang sedih tapi mau buat macam mana kan. tapi syukurlah walaupun saya berpindah ke SM Sains Labuan tapi saya still contact dengan kengkawan saya dekat SMK Beaufort. saya nda mau lost contact dengan diaorang. huhu. 

*******

pastu, saya pun masuk la SM Sains Labuan. dekat sana, saya jumpa kawan baru pulak. antaranya Eirleeza, Herawati, Bibiana, Flonia, Aileen, Jeannette and yang lain-lain jugak. tapi paling yang saya rapat atau bahasa mudah bestfriend saya ialah Cheylsea. nama penuh dia Cheylsea Yong Vi Yen. secara luarannya, ya saya tau dia memang non-muslim tapi entahlah, saya selesa berkawan dengan dia. mungkin disebabkan kami banyak persamaan and pada masa yang sama banyak perbezaan jugak. tapi kami berdua boleh 'masuk' atau senang get along together. saya rasa senang untuk luah perasaan dekat dia kalau saya ada masalah apa-apa and macam tu jugak dia. dia pun senang luah perasaan dekat saya sebab kami macam saling memahami. kadang-kala saya terfikir untuk dakwah Cheylsea pasal Islam tapi saya nda tau macam mana mau mulakan. lagi-lagi bila saya tengok Cheylsea jugak seorang penganut yang kuat pada agamanya. huhu. entahlah. 

berdiri: saya dengan Cindy. yang duduk: Eirleeza and Cheylsea.

ni gambar classmates of Form 4 Intelek

 *******
and then, naik Form 5, saya and ada beberapa lagi classmates dekat 4I dapat masuk kelas 5 Sarjana atau 5S. dekat situ, sejujurnya memang stress sebab rata-rata semuanya hebat-hebat and pandai-pandai. tapi saya nda termasuklah sebab saya rasa saya biasa ja. yang lain lagi hebat daripada saya. and dekat kelas tu, saya duduk sebelah Cheylsea sama macam time kelas 4I. and time tu, saya ingat lagi, kami berdua rapat gila dengan Haziq, satu budak lelaki yang agak cerewet tapi kelakar and best kawan dengan dia. dia suka ejek kami. dia panggil saya pemadam Stabilo and Cheylsea pulak dia panggil bangau. so apa lagi, kami pun balas and panggil dia dengan gelaran ayam. hehe. setiap gelaran yang kami dapat tu semua ada 'cerita' disebaliknya. hehe. sangat best time tu. best sangat bila ingat balik kenangan persahabatan kami. saya takkan pernah dapat lupakan diaorang sampai bila-bila pun. 

classmates 5 Sarjana

 *******
and lepas habis SPM, masing-masing dapat result yang cemerlang, and ada jugak yang nda seberapa tapi baguslah diaorang nda frust menonggeng. ^_^ kehidupan perlu diteruskan. and then, masing-masing membawa haluan masing-masing. begitu jugak saya. saya dapat tawaran masuk ke Pusat Matrikulasi UIAM dekat PJ dalam course nursing. and sampai lah sekarang, saya berada dekat UIA Kampus Kuantan dah and teruskan pengajian dalam bidang kejururawatan ni. syukur Alhamdulillah sebab saya dapat memupuk minat saya dalam bidang ni sebab dulu asal-asal tak berapa minat pun. 

ok la, setakat ni ja la. saya mau rehat dulu. ^_^ 
assalamualaikum. 

Wednesday, 2 January 2013

Zaman Kanak-Kanak

Hmm. tiba-tiba rasa mau tulis pasal zaman budak-budak dulu. zaman sekolah rendah and menengah. lepas tu sampai la sekarang. tadi, baca blog orang and orang tu cerita pasal zaman persekolahan dia dulu, tu yang teringat balik zaman dulu-dulu. ^_^


*******

..dulu, ingat lagi masa kecik-kecik, bapa kerja dekat hospital sbg pembantu tadbir kanan hospital, so bapa asyik-asyik kena tukar and dipindahkan tempat kerja sebab atas arahan pengarah. so mau nda mau, kami 1 keluarga pun kena ikut berpindah la jugak. sebab kalo bapa sorang ja pindah, kesian pulak nanti tiada orang yang akan tolong jaga makan minum pakaian semua kan..

dulu, masa sekolah rendah, banyak sekolah yang saya dah masuk disebabkan ikut bapa yang asyik berpindah-randah. first sekolah masa saya darjah 1 dekat Sipitang. saya lupa sudah nama sekolah tu sebab sudah lama kan. tapi macam SK Pekan Sipitang nda silap saya. saya pun ingat-ingat lupa dah. tapi, masa tu, saya nda lama pun sekolah kat situ sebab beberapa bulan lepas tu bapa kena pindah dekat Ranau pulak. Tu yang nda best sebab saya dah mula selesa dekat sekolah tu kan tapi kena pindah lagi pulak.

kawan-kawan kat situ kira ok jugak. time tu, saya ada bestfriend 2 orang. saya lupa dah nama diaorang sebab dah terlalu lama kan. even sampai sekarang pun saya nda dapat jejak balik diaorang. memang betul-betul lost contact. -_- tapi kalau Allah izinkan, saya harap saya boleh jumpa balik diaorang. kalau nda silap la, nama diaorang Diana and Amirah. nda tau la apa khabar diaorang sekarang. belajar kat mana, course apa and apa perkembangan sekarang. saya betul-betul nda tau. huhu. sedih kan. 

lepas tu, saya pindah pulak ke Ranau. and kat sana, masa darjah 1 yang tinggal saki-baki beberapa bulan and darjah 2, saya sekolah dekat SK Pekan 1, and disebabkan ada masalah pertembungan sesi petang sekolah rendah and sekolah agama -SUI Pekan Ranau, so bapa saya pun pindahkan saya dekat SK Pekan 2. Jadi, di sana, start dari darjah 3 sampai la darjah 6, saya belajar dekat sana. and di sanalah saya belajar macam-macam benda and banyak pengalaman yang saya dapat and mengajar saya erti kehidupan. walaupun time tu masih budak-budak lagi tapi, saya rasa macam-macam yang saya lalui. pasal keluarga, persahabatan, permusuhan, bahagia, dendam, and banyak lagi. even pasal cinta-cinta pun ada terselit jugak dalam kehidupan saya yang masa tu saya rasa, saya nda matang lagi bab-bab cinta ni. 

*******

saya ingat lagi, masa darjah 3, saya ada 2 orang kawan yang saya sangat rapat. nama diaorang Afiqah and Diyanti. saya nda tau la, macam-macam dugaan dalam persahabatan kami. banyak cases yang jadi yang membuatkan kami lama-lama makin renggang. padahal case yang berlaku tu cuma salah faham. tapi itulah norma kehidupan kan. kita nda boleh elak setiapa apa yang Allah dah takdirkan. lepas daripada case yang berlaku, kami jadi nda rapat and saya pun mula berkawan and bercampur-gaul dengan geng lain. tapi,walaupun macam tu, saya nda pernah berdendam dengan diaorang sebab saya tau, semua yang berlaku cuma salah faham. lagipun, time tu kami masih budak-budak, yang cuma baru berumur 9 tahun, apalah sangat yang kami tau pasal kehidupan kan. orang cakap, umur baru setahun jagung. saya dah lupakan semuanya and saya dah maafkan segala-galanya.

lepas tu, geng baru saya pulak jenis yang saya nda boleh 'masuk' rupanya. sebab kenapa? sebab saya ni jenis lain and karakter lain and diaorang pulak karakter lain. sebab tu mungkin saya rasa susah bila ikut geng diaorang. sejujurnya, saya ni jenis pemalu sikit and saya jugak bukan jenis yang 'hu-ha hu-ha'. hehe. faham kan. maksudnya saya bukan jenis yang banyak cakap and bising-bising. saya bercakap-cakap juga tapi tak sampai bising-bising, gelak ketawa yang over sangat. hehe. macam ni lah diri saya. tapi disebabkan saya ja yang berbeza sangat dalam geng tu, so saya lah yang paling diam dalam group tu. saya bercakap pun bila benda tu saya rasa mau cakap, baru saya cakap. so lama-kelamaan, saya tak tahu, zaman budak-budak kan, ada 1 case jugak berlaku yang membuatkan saya and geng saya tu jadi nda rapat and renggang. disebabkan 1 salah faham yang berlaku, menyebabkan kami semua jadi nda rapat. memang masa mula-mula, saya rasa marah sangat sebab salah faham tu, and masa tu, saya betul-betul nda tau mau buat macam mana untuk selesaikan salah faham tu. tapi lama-kelamaan, saya boleh adapt dengan keadaan tu and time tu saya fikir, biarlah dengan apa yang berlaku. biarlah orang nak fikir apa sebab apa yang penting bagi saya, saya tau saya tak bersalah and Allah Maha Mengetahui segala-galanya. jadi, saya biarkan ja semua berlalu macam tu ja.

and, lepas daripada peristiwa tu, saya jadi nda rapat dengan diaorang semua. masa salah faham tu berlaku, kami semua baru darjah 4-5 macam tu. and masa darjah 6, saya mula rapat dengan seorang kawan yang saya rasa, saya boleh 'masuk' dengan dia. Nama dia Nurul Hani'. syukur Alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung, nda lost contact. dulu, masa UPSR, kami dapat result yang sama 4A 1B. hehe. tapi, cuma yang sedihnya, masa darjah 6, saya terpaksa ikut keluarga saya berpindah semula ke Beaufort sebab bapa saya kena kasi pindah balik ke sana. and time tu, saya rasa sedih betul untuk tinggalkan Hani'. sebab kami memang betul-betul rapat and saya betul-betul anggap dia bestfriend saya. saya ingat lagi, masa last saya dekat sekolah tu, saya and Hani' berpelukan and dia menangis. dia cakap, jangan lupakan dia. saya betul-betul sedih sangat-sangat time tu. saya nda tau mau buat macam mana lagi sebab saya tiada pilihan lain selain kena ikut juga berpindah balik ke Beaufort. -_-

ni la Hani, bestfriend saya masa darjah 6.

 *******
  selepas tu, saya berpindah ke sekolah dekat kampung saya, SK Lumadan. dekat sana, saya cuma menumpang belajar untuk cuma beberapa bulan ja sebab masa tu, UPSR memang mau dekat sudah. so, saya memang nda banyak bercampur-gaul dengan kawan-kawan di sana sebab saya betul-betul fokus dengan study ja kan. tapi, ada la kawan-kawan yang saya memang sudah lama kenal kan sejak dari tadika lagi so kiranya, saya tiada masalah untuk adapt dengan kawan-kawan dekat situ. 

sebenarnya, banyak lagi kisah yang saya alami masa sekolah rendah dulu. kalau cerita semua, memang penat mau menulis. ok la, saya stop dekat sini dulu. lain kali, saya sambung balik. ^_^