Monday, 13 November 2017

Setiap Perjalanan Kita Pasti Ada Hikmahnya


Hari ni ingat nak cerita pasal something. Tentang suatu hikmah yang berlaku dalam hidup saya. Jemput baca kalau sudi hehe.

Baiklah ceritanya bermula macam ni. Saya masih ingat lagi dulu masa mula-mula saya memohon untuk masuk ke IPTA saya memohon bidang Kedoktoran sebagai first choice saya. Kemudian barulah saya memilih bidang Kejururawatan sebagai second choice saya. Tapi akhirnya Allah takdirkan saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejururawatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) iaitu merupakan bidang pilihan kedua saya. Saya ingat lagi lepas saya dapat tawaran tu saya rasa ragu-ragu nak terima atau tidak sebab dalam hati saya meronta-ronta time tu nak Medic tapi kenapa dapat Nursing. Haha sampai macam tu sekali kan. Jadi faham-faham la bila hati sudah meronta-ronta ni jadinya buat saya macam nak tolak tawaran tu.

Tapi nak kata Allah dah atur siap-siap takdir saya jadi family saya semua suruh saya terima tawaran tu especially bapa saya la. Bapa saya bersungguh-sungguh suruh saya terima tawaran tu. Bapa saya siap explain lagi bagus jadi jururawat ni kerja shift tak macam doktor banyak oncall bla bla bla. Jadi amazing nya hati saya terus lembut selepas tu dan saya pun mudah untuk terima tawaran tu. So dijadikan cerita berjayalah saya akhirnya masuk ke dalam UIA dan mulakan perjalanan sebagai seorang pelajar dalam bidang Nursing ni.

Dan nak tahu apa akhirnya yang saya dapat ? Alhamdulillah bila saya dah masuk ke UIA Kuantan dan start Bachelor Degree saya dalam Nursing ni saya mulai minat bidang Nursing ni secara perlahan-lahan. Daripada rasa minat yang sedikit kemudian minat tu semakin lama semakin mendalam dan berkembang. Jadi baru saya faham ada hikmahnya atas semua yang terjadi. Hikmah apabila disuruh oleh family untuk terima tawaran masuk ke UIA dalam bidang Nursing kemudian hikmahnya saya mulai minat dengan bidang Nursing ni dan saya tidak menyesal atas pilihan yang saya buat untuk menjadi sebahagian dalam bidang Kejururawatan. Benarlah macam Allah kata iaitu kadangkala sesuatu benda yang kita tidak sukai itulah yang sebenarnya terbaik buat kita. Saya benar-benar bersyukur kepada Allah atas hikmah ini.


Dan kini hampir 2 tahun telah berlalu setelah saya tamat bergraduasi semasa bulan November tahun 2015. Sepanjang tempoh 2 tahun ini sudah tentulah saya ada mencuba untuk apply pekerjaan Staff Nurse di mana-mana sahaja tidak kiralah di hospital mahupun klinik. Tapi saya apply di kawasan Kota Kinabalu saja disebabkan saya sudah berkahwin dan mengikut suami saya yang bekerja sebagai Pegawai Farmasi di Kota Kinabalu. Lebih-lebih lagi kami juga sudah memiliki seorang anak lelaki yang masih kecil dan memerlukan perhatian dan kasih sayang kami berdua. Jadi saya amat berat hati untuk apply kerja Nurse di luar kawasan Kota Kinabalu kerana saya tidak mahu berpisah dan berjauhan dengan suami dan anak saya. Jadi ini membataskan saya untuk mencari kerja Nurse hanya dalam kawasan Kota Kinabalu sahaja. Ternyata rezeki masih belum memihak kepada saya lagi. Saya pernah apply kerja Nurse di sebuah klinik di Kepayan Kota Kinabalu tetapi saya tidak berjaya untuk dapatkan pekerjaan tu. Mungkin sebab saya masih belum ada pengalaman lagi sebab doktor yang interview saya pun lebih berminat untuk hire yang sudah berpengalaman. Jadi saya ikhlas dan redha. Saya fikir itu bukan rezeki saya jadi saya terima.

Tapi saya belajar melihat daripada sudut pandang yang berbeza. Saya fikir ini semua pasti ada hikmahnya. Pasti ada hikmah di sebaliknya yang saya akan perolehi suatu hari nanti. Saya dapat lihat yang saya tak dapat kerja Nurse pun tapi saya dapat hikmah yang saya boleh fokus untuk menjaga dan membesarkan anak saya di depan mata saya sendiri. Saya dapat berkhidmat untuk menyiapkan makan pakai suami saya sendiri tanpa perlu mengupah orang gaji. Itulah kepuasan sebagai seorang isteri yang sebenarnya. Dapat berkhidmat sepenuh hati untuk suami dan dapat membesarkan anak dengan tangan sendiri dan di depan mata sendiri setiap hari.

Dan kini saya temukan satu lagi hikmah yang saya sendiri tidak sangka. Saya mampu untuk menjana side income hanya dengan online business dari rumah sahaja. Saya betul-betul tidak menyesal join Shaklee dan menyebarkan kebaikan produk Shaklee kepada semua orang. Dalam Shaklee ni saya bukan saja dapat jana income bahkan paling utama saya dapat bantu diri saya dan family saya sendiri untuk tingkatkan kesihatan dan juga bantu orang lain di luar sana untuk tingkatkan kesihatan.

Jadi inilah hikmah yang saya temui dan saya bersyukur atas semua apa yang Allah dah aturkan untuk saya. Saya juga bersyukur sebab suami saya memberikan sokongan kepada saya dalam business Shaklee ni. Dia tidak menghalang saya menceburkan diri dalam business Shaklee malah jika ada masa dan kesempatan dia sendiri membantu saya untuk mengambil stock Shaklee di branch dan terus membuat delivery kepada pelanggan. Alhamdulillah.


Jadi saya berharap agar saya terus maju ke hadapan dalam business Shaklee ni dan harap saya dapat tolong lebih ramai lagi orang di luar sana especially surirumah dan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan untuk berjaya menjana income dalam Shaklee ni. Doakan agar saya berjaya mencapai rank Master dalam Shaklee suatu hari nanti. Amin Ya Allah.



No comments:

Post a Comment