Thursday 8 March 2018

Cara Buat Masker Timun Untuk Kulit Yang Berminyak

Assalamualaikum semua dan selamat pagi. Hari ni saya mahu kongsikan cara bagaimana untuk buat masker muka dengan menggunakan timun. Masker daripada timun ni sesuai untuk masalah kulit yang berminyak. Macam saya sendiri pun kulit saya senang berminyak jadi kali ni saya mahu kongsikan pasal masker timun ni. Senang sahaja buat masker timun ni sebab hanya memerlukan dua bahan sahaja. Dengan menggunakan bahan semulajadi sahaja pun kita boleh buat masker DIY sendiri tanpa perlu mengeluarkan kos yang mahal untuk beli masker di luar. Okay jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat masker timun ni seperti di bawah.

BAHAN-BAHAN MASKER TIMUN

1 biji timun
1 biji lemon

CARA MEMBUAT MASKER TIMUN


🔹️ Kupas kulit timun dahulu dan buang semua bijinya
🔹️ Potong timun menjadi beberapa bahagian kecil
🔹️ Kemudian kisarkan timun tersebut sehingga menjadi halus dan tapiskan airnya dalam mangkuk
🔹️ Kemudian masukkan satu sudu perahan lemon ke dalam timun yang telah hancur tadi
🔹️ Kacau sehingga rata dan boleh simpan di dalam bekas atau container yang sesuai


Senang kan cara untuk buat masker timun ni. Dalam beberapa minit sahaja boleh siap. So cara untuk amalkan masker timun ni ialah sapukan pada kulit wajah dengan sekata kemudian biarkan dalam 15 hingga 30 minit. Setelah itu bersihkan muka dengan air suam. Mudah kan and so simple. Boleh amalkan masker timun ni sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu tetapi kalau korang nak amalkan setiap hari pun lagi bagus ! Okay setakat itu sahaja perkongsian cara untuk buat masker timun hari ni. Next entry saya akan kongsikan lebih banyak tips lagi. Selamat mencuba 😊




8 comments: