Monday, 17 September 2012

Kata Motivasi

Hari ahad baru-baru ni saya pegi talk @ ceramah satu syed ni.. syed ni agak terkenal jugak dekat Malaysia ni.. nama beliau Syed Abdul Kader al-Jofree.. yang penalis rancangan dekat tv Tanyalah Ustaz TV9 tu.. ustaz ni memang daebak (korean word meaning to terbaik) sebab dia seorang pendakwah yang memang mantap.. sebab dia graduate student in Shari'ah.. setakat ni dia sudah ambik degree and master in Shari'ah tinggal PhD ja belum lagi ambik.. and dia belajar dekat Mesir.. and yang lebih mengkagumkan bila dia cerita yang sepanjang dia menjadi penuntut dulu, pointer dia 3.9 above.. sikit lagi nak sampai 4 flat.. memang terbaik kan ustaz syed ni.. dia cerita lagi sepanjang dia belajar dulu, dia bukan cuma setakat belajar, belajar and belajar ja tapi pada masa yang sama jugak dia aktif terlibat dengan persatuan.. dia cakap dulu dia presiden persatuan mahasiswa.. memang daebak gila la ustaz ni..

So masa talk tu, dia banyak bagi tips and motivation macam mana nak jadi student yang betul-betul hebat dalam prestasi akademik and pada masa yang sama seimbang jugak dengan aktiviti persatuan.. memang best sangat talk yang dia bagi.. memang jatuh cinta bila dengar talk dia.. dia seorang yang sangat santai ja bercakap and bercerita tapi walaupun nampak santai tapi semua yang dia cakap penuh dengan pengisian and motivation.. so memang best sangat.. ok la.. saya ringkaskan apa yang ustaz tu share dekat kitorang hari tu.. sebagai seorang student, kita sepatutnya (ayat skema) XD :-


  • nak tuntut ilmu Allah, so kita perlu tegakkan agama Allah.
  • nak jadi student berjaya, kena korban masa untuk study hard, bukan cuma tengok movie, jalan-jalan etc.
  • pegurusan masa kena mantap. contoh ustaz study malam start pukul 10 sampai 2 pagi.
  • bila berpersatuan, korbankan masa tidur anda, bukan korbankan masa belajar. biarlah tidur cuma 3-4 jam asalkan tidur kita tidur yang berkualiti. 
  • bila tolong agama Allah, Allah jugak akan bantu dan menjaga kita serta menambah kebaikan kepada kita.
  • menghormati guru, jangan pernah cakap buruk belakang guru walaupun tak puas hati kat guru- penting untuk dapat keberkatan ilmu.
  • berdakwah bukan kerja ustaz/ustazah semata-mata, tapi kerja dakwah tanggungjawab semua.
  • mengajak orang ke arah kebaikan sangat dialukan tapi jangan memandai-mandai untuk mengajar orang dalam soal agama jika kita bukan orang yang mahir dan berkelayakan. 
  • kita perlu cakna/ ambil tahu urusan/ masalah yang berlaku kepada orang lain especially kepada umat Islam lain- sebab bila kita sayang nabi bermakna kita jugak kena sayang dengan umat nabi. 
  • politik = mentadbir dunia dengan agama. kita kena bijak memilih pemimpin yang benar-benar beragama dan beriman serta boleh memimpin negara dengan baik.


Inilah antara yang saya dapat kasi ringkas.. memang betul kan semua yang ustaz syed cakap dekat atas ni kan.. so student marilah kita sama-sama fikirkan.. sebagai student, tanggungjawab kita bukan hanya semata-mata untuk belajar tapi melihat dunia ini dan ilmu yang kita miliki dengan lebih luas untuk menegakkan agama Allah.. sebab matlamat kita yang paling utama hidup di dunia ni adalah untuk menuju akhirat yang kekal abadi.. keredhaan Allah yang paling utama.. ^__^


No comments:

Post a Comment