Sunday, 9 December 2012

Program Terbaik IKOD 2012

Pada tanggal 6 hingga 9 Disember 2012, IIUM Kuantan telah mengadakan IIUM Kuantan Open Day atau dipanggil IKOD 2012.. untuk pengetahuan semua, IKOD 2012 ni dianjurkan di bawah Students Representative Council IIUM Kuantan atau SRC and SRC ni berkerjasama dengan pelbagai persatuan yang ada di UIA untuk menjayakan IKOD ni (contoh persatuan, Wawasan Club, PROFAZ, IIUM Facilitator Team, My Team, MRC, KBS dan banyak lagi). IKOD 2012 ni bertujuan untuk memperkenalkan IIUM Kuantan kepada masyarakat luar pada masa yang sama memberi pendedahan akan budaya Islam yang dibawa oleh komuniti di UIA. Alhamdulillah banyak program yang telah diadakan and rata-rata semuanya memberikan banyak manfaat dan faedah kepada semua termasuklah students UIA sendiri, lecturers, staffs dan juga orang luar.

 Terdapat banyak program yang telah dianjurkan, contohnya:-



Opening Ceremony - majlis ni adalah untuk merasmikan pembukaan program IKOD 2012. semasa opening ni, satu talk telah diadakan and panelis yang dijemput antaranya Ustaz Azariza, seorang ustaz dan pendakwah yang terkenal di Kelantan, Yatt Hamzah, seorang artis yang kini berhijrah ke arah lebih baik dan juga Matluthfi, siapa yang tak kenal dengan mamat ni, iaitu seorang vlogger atau youtuber terkenal and moderator pula Umar Qayyum, pelajar first year.

I-Baz - program ni adalah melibatkan pembukaan banyak stall atau gerai-gerai yang mana penjual dari luar datang ke UIA untuk menjual di bazar. pada masa yang sama, terdapat juga students yang membuka gerai masing-masing untuk menjual makanan, pakaian dan sebagainya. batch kitorang pun termasuk juga membuka gerai dengan nama gerai kitorang iaitu Rugency Nurs. dalam gerai tu, kitorang jual minuman contohnya air bandung, sirap, laici and air blackcurrent. selain tu, kitorang juga jual nugget, sosej, crab stick, fried chicken, potato fries, ice cream goreng dan juga ice blended pelbagai perisa.

Chocolate Fair - program ni bertujuan untuk mempamerkan dan menjual pelbagai jenis coklat yang ada di Malaysia mahupun oversea. contohnya, coklat Sri Ayu. sedap juga la coklat Sri Ayu ni and agak murah.

Book Fair - program ni pula bertujuan untuk menjual pelbagai jenis buku kepada students, lecturers, staffs mahupun pengunjung luar sama ada novel, buku ilmiah, buku tokoh-tokoh Islam dan banyak lagi.

PC Fair - program ni melibatkan penjualan peralatan dan kelengkapan gadget untuk komputer dan laptop contohnya seperti, earphone, pendrive, hard disk, mouse, kelengkapan untuk membersihkan laptop and banyak lagi. kebanyakkan kesemuanya murah-murah belaka.

Career Fair Exhibition - program ni melibatkan pameran yang dianjurkan oleh setiap kulliyyah atau kulliyyah based-society di UIA contoh Kulliyyah of Allied Health Sciences, dan banyak lagi.antara yang saya ada pegi ialah booth students dietician. kat sana, kita boleh check BMI dan juga body fat level kita. lepas tu, students dietician yang in-charge akan buat consultation la ngan kita untuk explain pasal semua benda yang kita dah check tu. memang best :)

IIUM Got Talent - program ni dianjurkan di bawah My Team yang mana program ni menawarkan penyertaan untuk menyertai pertandingan bagi sesiapa yang berbakat tidak kiralah dalam nyanyian, bermain alat muzik, bersajak dan sebagainya. dalam program ni, boleh tahan juga la, ramai students yang ikut pertandingan ni and semuanya memang berbakat. persembahan yang paling saya suka ialah 3 pelajar yang memainkan instrumental music menggunakan alat macam piano tapi saya tak pasti apa namanya.

Kayaking Tournament - aktiviti ni untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan berkayak. tapi saya tak pegi tengok pertandingan ni sebab masa ni jaga gerai ngan kawan.

Fruit Festival - program ni pun best juga sebab pengunjung boleh menyertai program ni untuk memakan buah-buahan sepuas-puasnya contohnya durian, manggis dan rambutan. tapi setiap seorang kena bayar rm5.00 sahaja dan bolehlah makan sepuas-puasnya. ramai orang yang pegi festival ni, kebanyakkan semuanya mesti akan bawa kumpulan atau kawan untuk makan bersama-sama sebab kalau ramai-ramai lagi best nak makan kan.

Open Futsal Tournament - aktiviti ni lebih kurang macam kayaking juga tapi untuk futsal. sesiapa yang memang minat dengan futsal memang dialu-alukan untuk join perlawanan futsal ni.

IIUM Quiz Gameshow - program ni pun best sebab melibatkan peraduan menguji IQ dan minda. program ni melibatkan semua kulliyyah yang mana setiap kulliyyah boleh menghantar wakil untuk menyertai kuiz ni. apa yang menggembirakan, kulliyyah kitorang, Kulliyyah of Nursing and wakil adalah daripada batch 8, Rugency berjaya mendapat tempat pertama dan juga ketiga untuk quiz gameshow ni.

Speaker's Corner - program ni diadakan bertujuan untuk menggalakkan students untuk menyampaikan maklumat dan isu-isu terkini sama ada berlaku di dalam negara mahupun di luar negara dengan cara bercakap di hadapan khalayak ramai. selain dapat berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain, students juga dapat mengasah bakat mereka untuk bercakap di depan umum.

Intellectual Discourse - program ni pula adalah satu diskusi atau forum yang dianjurkan oleh SRC untuk memberi pendedahan kepada students dan juga orang luar tentang halatuju pemerintahan dan politik negara pada masa sekarang. panelis yang dijemput juga adalah daripada kalangan ahli politik negara contohnya daripada Ketua Pemuda UMNO Pahang, Ketua Pemuda PAS Pusat Pahang dan juga Penganalisis Politik dari UM. saya pun tengok juga forum ni, memang agak panas malam tu dengan perdebatan hujah-hujah yang berlaku antara kedua-dua pihak.tapi syukurlah tak ada sebarang pergaduhan yang melibatkan unsur-unsur fizikal berlaku.

International Food Festival - program ni pun best juga sebab kita boleh merasai pelbagai jenis makanan daripada pelbagai negara contohnya Arab Saudi, Thailand, Korea, Pakistan, Afghanistan dan banyak lagi. tapi sayangnya, saya tak sempat pegi ke festival ni sebab saya ngan kawan-kawan lain tengah jaga gerai masa ni. sedih :(

Musabaqah Hafazan - program ni diadakan untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan hafazan. program ni pun bagus juga sebab melatih kita untuk cuba menghafal dan memahami ayat-ayat Al-Quran.

Ihya Sunnah Campaign - program ni pula adalah satu kempen yang diwujudkan bertujuan untuk mendedahkan dan mengajak kepada orang ramai untuk menyintai dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. memang bagus kempen seperti ini diwujudkan supaya dapat meningkatkan kesedaran kepada semua untuk mengingati Rasulullah dan mencuba untuk mengamalkan sunnah baginda.

Grand Qiyamullail - program ni diwujudkan untuk mengajak orang ramai supaya bersama-sama mendirikan qiyamullail atau solat pada malam hari. kadangkala kita agak susah untuk bangun malam kan untuk mendirikan solat pada 1/3 malam tapi program sebegini mungkin boleh menolong kita dan mendidik kita secara perlahan-lahan.

Banyak lagi sebenarnya program-program yang telah diadakan tapi saya tak dapat ceritakan kesemuanya sebab tak semuanya saya berkesempatan untuk pegi. tapi apa yang boleh dikatakan, rata-rata kesemua program memang bermanfaat dan best. oh ya, pada hari sabtu tu, pada malamnya, ada majlis penutupan untuk program Ummatic Week 2012. program ni pula adalah untuk memperkenalkan terdapatnya pelajar-pelajar dari negara luar seperti Thailand, Pakistan, Myanmar, Indonesia dan banyak lagi. pada masa yang sama, program ni juga bertujuan untuk menggalakkan budaya satu ummah supaya kita mengenal antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa, budaya dan negara tetapi, kita adalah satu agama dan satu akidah. semasa majlis penutupan tu, terdapat 2 persembahan tarian kebudayaan daripada negara Afghanistan dan juga Somalia. memang sangat best la tengok tarian tu sebab selama ni memang tak pernah tau pun macam mana kebudayaan diorang kan. selain daripada tu, ada persembahan daripada students Indonesia juga and lastly ada persembahan daripada orang Malaysia sendiri iaitu dikir barat. yang paling best sekali, kumpulan nasyid Shoutul Harakah dari Indonesia telah dijemput khas untuk datang ke UIA untuk membuat persembahan amal untuk menyedarkan orang ramai mengenai isu Gaza dan Syria. memang best sangat persembahan diorang malam tu sebab dapat rasa semangat jihad malam tu untuk saudara-saudara kita di Gaza dan Syria. walaupun kita hanya mampu menghulurkan duit dan doa sebagai bantuan kita kepada saudara-saudara kita di sana, tapi itu juga merupakan jihad daripada kita yang akan dinilai oleh Allah.

No comments:

Post a Comment