Wednesday, 12 December 2012

Jihad Untuk Palestin & Syria

Bismillahirrohmanirrohim. Alhamdulillah hari ni Allah masih bagi nikmat kesihatan untuk saya dan jugak kepada semua orang yang ada di luar sana. hari ni nak cakap pasal Palestin. kenapa Palestin ya? kenapa saya pilih tajuk ni? hemm rasanya semua orang pun tau kan apa yang sedang berlaku sekarang dekat Palestin. apa yang berlaku dekat saudara-saudara seagama kita di sana. mereka hidup dalam keadaan susah, dan getir malah bukan setakat itu sahaja, tetapi mereka juga hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan akibat daripada penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap mereka. Bila kita bandingkan nasib mereka, saudara-saudara kita di sana dengan nasib dan keadaan kehidupan kita di sini, kita patut bersyukur kepada Allah sebab tidak ada penindasan dan penyiksaan yang kita perlu hadapi dan alami seperti apa yang mereka alami di sana. Di sini, tidak ada jeritan serta tangisan, tidak ada tembakan serta pengeboman, dan tidak ada pelarian serta pertumpahan darah. Tapi apa yang mereka alami jauh lebih dahsyat daripada itu semua. Ya Allah, begitu tabah dan cekalnya hati mereka untuk menghadapi itu semua. dan yang paling penting, walaupun Israel laknatullah tidak habis-habisan dan terus-terusan menzalimi, menindas dan melakukan kekejaman ke atas mereka, tetapi akidah dan keyakinan mereka terhadap pertolongan Allah tidak pernah padam dan luntur. mereka tetap percaya bahawa satu hari nanti Islam pasti akan menang juga dan Israel serta orang kafir yang memusuhi Islam pasti akan mendapat azab dan pembalasan daripada Allah. Itulah yang sebenarnya patut kita ambil pengajaran dan jadikan contoh. Semangat jihad yang mereka miliki sepatutnya bukan hanya dirasai oleh mereka sahaja tetapi sepatutnya seluruh umat Islam yang berada di tempat lain juga patut merasai perkara yang sama.

Baru-baru ini, saya ada pegi ke satu program yang diadakan di UIA sempena dengan hari terbuka IIUM Kuantan 2012. program tu ialah Book Fair dan juga Exhibition. dalam Exhibition tu, pelbagai persatuan telah mengadakan pameran berkaitan persatuan masing-masing. jadi, semasa saya pegi ke pameran tu, saya pun singgah ke satu pameran yang diadakan oleh persatuan Aqsa Syarif. persatuan ni diwujudkan adalah bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat dan saudara-saudara seislam kita di Palestin. Kemudian, tengah saya melawat pameran yang terdapat di sana, ada seorang brother yang juga merupakan ahli persatuan Aqsa Syarif telah memberikan ucapan di atas pentas. brother tu berkongsi tentang maklumat dan pengetahuan mengenai sejarah Palestin dan Syria serta apa yang sedang berlaku sekarang terhadap kedua-dua negara tersebut. jadi, saya pun cepat-cepat pegi berdekatan pentas dan duduk serta mendengar apa yang diucapkan oleh brother tu tadi. kemudian saya pun rasa amat tertarik dengan cara brother tu menyampaikan maklumat, ringkas tetapi padat. pada akhir ucapannya, brother tu cakap, seorang ustaz atau ulama kalau tak silap telah datang ke Malaysia untuk menyampaikan tentang apa yang sedang berlaku di sana, ulama tu pun cakap "mereka adalah jiwa-jiwa kita, mereka adalah darah kita, mereka adalah nyawa-nyawa kita dan mereka juga adalah adik-beradik kita.." maka ulama itu pun menyeru kepada semua, sebagaimana kita mahu melihat seluruh keluarga kita selamat, begitu juga kita perlu ada perasaan untuk melihat saudara-saudara seislam kita di sana selamat.. kerana mereka juga seagama dan seakidah dengan kita.. itulah kesedaran yang perlu ada dalam setiap jiwa umat Islam di seluruh dunia.. 

Saya juga ingin mengambil petikan kata-kata daripada seorang pemimpin yang terkenal, iaitu perdana menteri Turki, Reccep Erdogan, beliau berkata: 

"umat Islam itu laksana satu badan. Andai kaki berasa sakit, satu badan akan mengerang kesakitan. Andai Muslim Gaza menderita kesakitan, keseluruhan Muslim di seluruh dunia wajib bangkit menyatakan sokongan." 

Kesimpulannya, marilah umat Islam semua, mari kita bersama-sama berjihad demi kerana Allah. walaupun kita hanya mampu menghulurkan bantuan dengan cara menghulurkan wang dan harta kita serta mengirimkan doa kepada saudara-saudara kita di sana, walaupun kita tidak mampu mengangkat senjata untuk bersama-sama mereka menewaskan musuh-musuh Islam, tetapi itu juga dikira sebagai jihad yang dinilai di sisi Allah. Mudah-mudahan Allah meletakkan kita antara golongan yang berjihad di jalan-Nya. Amin. 




No comments:

Post a Comment