Setiap manusia pasti tak lepas daripada memikirkan soal cinta dan jodoh..
Kerna cinta itu fitrah bagi manusia.. Ingin mencintai dan ingin dicintai.. Tetapi jodoh juga adalah satu rahsia dan ketetapan daripada Allah yang tidak bisa kita sangkalkan lagi..
Tiba-tiba rasa terdetik di hati untuk menulis tentang cinta & jodoh..
Saya ada baca satu blog ni, tajuknya sama seperti apa yang saya tulis di sini, soal Cinta & Jodoh..
Cuma, apa yang membuatkan saya rasa tertarik untuk menulis semula apa yang telah dikongsi oleh penulis blog itu, ialah jalan ceritanya.
Jalan cerita yang dikongsi adalah berkaitan seorang wanita yang memendam perasaan cinta dan itu adalah amat menyakitkan buat dirinya. Tetapi, sahabat wanita tersebut memberi peringatan dan motivasi kepadanya bahawa memendam perasaan itu adalah satu jihad. Cinta itu adalah fitrah dan fitrah itu perlu dijaga sebaik-baiknya. Percayalah pada jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. Yang paling penting, saya ingin mengambil kata-kata nasihat daripada sahabat wanita tersebut:
"Salurkan rasa cinta kamu kepada Allah. Perasaan cinta itu datang daripada Allah. Jadi, kembalikanlah ia kepada Allah."
No comments:
Post a Comment