Saturday, 9 February 2013

Azam Baru

lama nda update blog. tetiba hari ni tergerak hati untuk update. hari ni lebih kurang seminggu sudah selepas balik dari Sabah. cukup sebulan bercuti di kampung halaman membuatkan saya homesick sekarang. saya betul-betul rindu kat diorang, keluarga saya yang tercinta. lebih-lebih lagi esok majlis pertunangan kakak sepupu saya. rindu sangat-sangat. mama, bapa, anak buah saya yang comel-comel semua. Zaza, Fera, Aim, Adib and Azif. paling rindu dengan Zaza, baby kecil yang comel. mungkin ini antara dugaan yang Allah beri pada saya. saya mesti tunggu masa yang lama lagi untuk balik ke Sabah dan berjumpa dengan diorang semua, orang-orang yang saya sayangi dan rindui. hanya dapat mendengar suara diorang dalam telefon, sepatutnya saya bersyukur.

sekarang, bila sudah balik ke UIA, azam baru pula mulai tersemat dalam hati. semester ni, ingin belajar bersungguh-sungguh  kerana Allah. ingin meningkatkan lagi pointer, kalau sem lepas saya berjaya dapat GPA 3.21, kali ni saya mesti bersungguh-sungguh untuk mencapai at least 3.3. mudah-mudahan Allah permudahkan pembelajaran saya. lepas tu, saya juga ingin melakukan yang terbaik untuk clinical posting nanti. sem kali ni sangat sibuk sebab batch saya ada Baktisiswa. program ni wajib untuk subjek Community Health Nursing 1. selain tu, saya juga sibuk dengan menjadi committee banyak program, contohnya Program Coordinator untuk National Nursing Symposium 2013 (NANSYM '13) yang kulliyyah anjurkan, IIUM Kuantan Berselawat dan berkemungkinan Campus Dakwah Project (CAMPRO). mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan saya dan meredhai apa yang saya lakukan.

paling penting di sini adalah bagaimana saya melihat ini semua. kadang-kala kita merasakan sangat sibuk dengan bermacam-macam urusan sedangkan kita lupa, ramai lagi orang lain di luar sana yang lebih sibuk daripada kita. dan juga, paling penting, bagaimana kita menguruskan masa kita. sejujurnya saya sangat lemah dalam time management tapi saya sentiasa mencuba untuk memperbaikinya. mudah-mudahan menjadi seorang pelajar yang perlu fokus pada pelajaran, tanggungjawab kepada Allah dan ibubapa, keterlibatan dalam program-program mengajar saya untuk lebih efektif dalam menguruskan masa. Amin.

No comments:

Post a Comment