Wednesday 11 April 2018

Cara Mencuci Muka Dengan Betul

Dalam entri saya kali ini saya mahu share tentang cara mencuci muka dengan betul. Sebenarnya ramai dalam kalangan kita yang telah tersalah teknik apabila mencuci muka sebab itu kulit muka kita tidak bersih, masih berminyak dan sebagainya.

TEKNIK MENCUCI MUKA DENGAN BETUL

1. CUCI TANGAN

Pastikan anda mencuci tangan anda dahulu sehingga bersih sebelum mencuci muka anda

2. BUANG KOTORAN PADA MUKA

Bersihkan semua kotoran dan kesan makeup pada muka anda dengan menggunakan makeup remover. Ini kerana makeup sukar untuk ditanggalkan jika hanya dengan mencuci muka sahaja. Makeup akan menyebabkan liang pori tersumbat dan kesan makeup tidak dapat dibersihkan dengan mendalam

3. CUCI MUKA HINGGA BERSIH

Kemudian anda bolehlah mencuci muka anda menggunakan facial cleanser yang bersesuaian dengan jenis kulit muka anda. Basahkan muka dan letaklah gel atau liquid cleanser tersebut di seluruh kawasan muka. Selepas itu urutkan semua kawasan muka anda sehingga buih cleanser rata di semua tempat. Fokus di bahagian dahi dan T-zone kerana kawasan ini sering tidak dicuci dengan sebaiknya

4. BILAS DENGAN AIR BERSIH

Setelah selesai bilaslah muka anda dengan menggunakan air bersih dan sebaiknya air suam. Selepas itu keringkan muka dengan tuala muka yang lembut seperti microfiber towel

5. LEMBAPKAN MUKA DENGAN MOISTURIZER

Akhir sekali lembapkan muka anda dengan moisturizer untuk mengembalikan kelembapan kulit anda. Ini kerana apabila anda mencuci muka maka kelembapan kulit akan berkurangan

Baca juga pautan ini untuk mendapatkan produk penjagaan kulit yang berasaskan daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi dan selamat serta berkesan : http://umminabeel.blogspot.my/2018/04/manfaat-dan-kelebihan-set-lengkap.html

5 comments:

  1. thanks for the info.. good tips!

    ReplyDelete
  2. Nice tips! Cara cuci muka pun main peranan juga 😍

    ReplyDelete
  3. Cuci tangan tu penting sebelum sentuh muka πŸ˜‰

    ReplyDelete
  4. YesπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» Nice tips

    ReplyDelete