Tuesday, 21 May 2013

Baitul Muslim > Baitul Dakwah

Hm..lama pulak nda update blog rupanya. bila baca blog orang, baru terasa mau update balik. Hm, kali ni mau cakap pasal apa ya. tadi baru terbaca post orang pasal Baitul Muslim. sejak kebelakangan ni, banyak betul orang cakap pasal BM. bila cakap pasal BM, of course la menyentuh tentang perkahwinan kan. and kawan-kawan seumur and sebatch pun ramai jugak yang akan bakal mendirikan rumahtangga masing-masing. Alhamdulillah. seru diaorang dah sampai. semoga perkahwinan dan rumah tangga yang bakal dibina mendapat keberkatan daripada Allah dan semoga beroleh kebahagiaan. saya pulak bila? hehe..(saja gurau) ^_^


Tadi terbaca satu post menarik, tentang 'Baitul Muslim > Baitul Dakwah'. dalam post ni, banyak ilmu yang boleh diperolehi. contoh, kita boleh bezakan antara BM dengan perkahwinan lain yang hanya biasa-biasa. jika kebanyakan orang meletakkan perkahwinan sebagai wasilah untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan, tetapi Baitul Muslim mahupun Baitul Dakwah lebih daripada itu. Matlamat utama BM bukanlah semata-mata untuk dapat berdua-duan dan bersama dengan pasangan tetapi terdapat matlamat lain yang lebih utama untuk dicapai.

BM amat sinonim dalam gerakan Islam. Jadi, boleh dikatakan institusi yang mengendalikan BM inilah sebagai agen kepada ahli gerakan untuk membina rumahtangga Muslim impian mereka. dan membina Baitul Muslim merupakan maratib amal yang kedua selepas pembentukan Individu Muslim. dengan membina rumahtangga Muslim yang diredhai Allah, banyak tuntutan atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pasangan yang berkahwin itu.  Ini kerana, BM itu sendiri bermatlamat supaya kelangsungan gerak kerja dakwah Islam akan terus terlaksana. dan semoga dengan Baitul Muslim yang dibina, akan dapat mewujudkan Mujtama' Muslim dan seterusnya Daulah dan Khilafah Islamiyyah. Semoga juga zuriat-zuriat yang bakal dilahirkan akan menjadi penyambung perjuangan Islam yang diwariskan oleh ibu bapa mereka. Inilah cara menikah di jalan dakwah bagi mereka yang terlibat dalam medan dakwah, tarbiyah dan perjuangan Islam.

   

No comments:

Post a Comment