Tuesday, 7 November 2017

Tips Mudah Untuk Elakkan Kulit Kusam Dan Kering

Masalah kulit wajah yang sering dihadapi oleh orang wanita mahupun lelaki adalah jerawat dan kulit kusam serta kering. Tapi hari ni sis mahu fokus kepada masalah kulit kusam dan kering.

Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada masalah ini ? Antara faktor utama adalah terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Sebab itulah kulit kita cepat kusam dan kering. Bila kulit muka menjadi kusam dan kering kita pun mula la berasa fed up dan malas serta tidak berkeyakinan untuk muncul di khalayak ramai.

Jadi bagaimana caranya untuk mengelakkan kulit kita menjadi kusam dan kering ? Hari ni saya mahu kongsikan tips untuk elakkan kulit kusam dan kering.

Tips Pertama
JAGA PEMAKANAN


▪ Kurangkan mengambil makanan yang berminyak serta berlemak tinggi
▪ Banyakkan pengambilan makanan bernutrisi dan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

Tips Kedua
BANYAKKAN MINUM AIR



▪ Air mampu memberikan kesegaran kepada kulit dan badan kita
▪ Minumlah air mineral atau air masak yang mencukupi setiap hari
▪ Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas atau 3 liter air sehari
▪ Panduan lain adalah setiap 25kg berat badan perlu minum 1 liter air jadi jika berat badan anda 50kg maka anda perlu minum 2 liter air setiap hari

Tips Ketiga 
SENTIASA MEMAKAI PELINDUNG SINARAN UV



▪ Kita perlulah sentiasa memakai pelindung sinaran UV tidak kiralah sewaktu berada di bawah cahaya matahari atau pun tidak
▪ Orang yang berkerja di dalam office atau bangunan sekalipun tetap perlu memakainya untuk melindungi kulit daripada terdedah dengan cahaya matahari secara berlebihan
▪ Carilah pelindung sinaran UV yang tinggi kualitinya dan sesuai dengan kulit kita

Tips Keempat
PAKAI MASKER


▪ Rajinkan diri kita untuk memakai masker pada muka
▪ Kita disarankan untuk memakai masker sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali dalam seminggu untuk mengekalkan kelembapan kulit dan kulit tidak menjadi kering
▪ Boleh gunakan sumber yang ada di rumah untuk dijadikan masker seperti tomato dan yogurt atau boleh dapatkan masker yang dijual di kedai seperti Watson dan Guardian

Tips Kelima
PAKAI PELEMBAP MUKA SEBELUM TIDUR



▪ Part ini ramai orang terskip dan terlupa untuk buat
▪ Pastikan anda memakai pelembap muka atau krim malam sebelum tidur untuk mengekalkan kelembapan kulit muka
▪ Elakkan tidur pada waktu malam begitu sahaja tanpa memakai pelembap muka serta elakkan make up sebelum tidur agar kulit tidak kusam

Tips Keenam
HINDARKAN DIRI DARIPADA STRESS


▪ Stress atau tekanan boleh menyebabkan kulit kita menjadi kusam dan kering
▪ Sebab itulah kita perlu menghindarkan diri daripada stress dan aura negatif
▪ Rehatkan minda kita dengan melakukan aktiviti riadah seperti bersukan atau berehat santai dengan keluarga dan rakan-rakan untuk menghilangkan stress

Tips Ketujuh
MENCUCI MUKA DENGAN BETUL


▪ Kita perlulah mencuci muka kita setiap hari dengan cara yang betul
▪ Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam
▪ Guna pencuci muka yang berkualiti dan bersumberkan semulajadi serta sesuai dengan kulit muka kita

Tips Kelapan
MENGAMBIL SUPPLEMENT


▪ Ambillah supplement semulajadi untuk kulit seperti Shaklee untuk menjaga dan mencantikkan kulit daripada dalam
▪ Supplement yang sesuai untuk menghilangkan kulit kusam dan kering adalah Vitamin C, Vitamin E, B Complex dan Collagen.

Shaklee menyediakan satu set lengkap untuk menyelesaikan masalah kulit kusam dan kering agar kulit wajah sentiasa cantik dan lembut serta berseri. Untuk info lebih lanjut tentang Set Kecantikan Shaklee klik link ini https://umminabeel.blogspot.my/2017/11/set-kecantikan-shaklee.html







1 comment: