Thursday, 11 January 2018

Cerita Kejayaan Saya Dalam Shaklee Bagi Tahun 2017

Bahagianya pada bulan Disember lepas. Kenapa bahagia ? Hehe. Sebab bulan lepas saya berjaya mencapai target yang saya harapkan dalam business Shaklee ni. Tetapi walaupun saya rasa gembira dengan pencapaian saya yang paling terbaik pada bulan lepas namun saya tetap belum berpuas hati lagi dan mahu berusaha lebih keras lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.


Kenapa saya katakan pencapaian saya dalam Shaklee pada tahun lepas adalah yang paling terbaik dalam bulan Disember lepas ? Sebab sejak pertama kali saya mula aktif berbusiness Shaklee bermula pada bulan April tahun lepas saya hanya berjaya memperolehi bonus bulanan sebanyak 2 angka sahaja. Momentum mendapat bonus 2 angka ini berterusan sehingga bulan November. Namun pada bulan Disember akhirnya saya mampu memecahkan rekod 2 angka itu naik menjadi 3 angka. Maksudnya bonus saya yang dahulu hanya sekitar puluhan ringgit kemudian naik berganda-ganda menjadi ratusan ringgit pada bulan Disember lepas. Syukur Alhamdulillah.


Bukan senang tau untuk dapatkan bonus sebegitu rupa. Bonus saya pada bulan Disember naik 6 kali ganda berbanding bonus saya pada bulan November sebelumnya. Banyak tu 6 kali ganda so saya bersyukur dengan rezeki daripada Allah.
Walaupun saya hanya sebagai seorang surirumah yang banyak menghabiskan masa membuat kerja di rumah dan menguruskan anak tetapi saya sudah buktikan bahawa surirumah juga mampu mencari income sendiri. Bukan mudah tau untuk dapat income macam tu. Tetapi dalam Shaklee tiada yang mustahil.

Saya ingat lagi pada awal bulan Disember saya dicabar oleh upline saya supaya tingkatkan target PUV saya menjadi 600 UV. Pada awalnya saya kurang yakin yang saya mampu untuk mencapai 600 UV tetapi saya cuba positif dan yakin terhadap diri saya sendiri. Saya teringat dengan kata-kata Master iaitu 'PERCAYA SEBELUM BERJAYA' maka saya pun mula untuk memegang kata-kata ini. Benarlah apa yang dikata. Saya pun mula yakin dan percaya yang saya akan mampu mencapai target 600 UV dalam bulan Disember. Akhirnya Alhamdulillah saya benar-benar berjaya mencapai target tersebut.

Walaupun pada masa tu saya berada di Beaufort untuk belajar memandu di sana dan saya jauh dari branch Shaklee tetapi saya tidak jadikan jarak sebagai halangan. Setiap kali ada customer yang mahu membeli supplement Shaklee dengan saya maka saya akan uruskan semua order customer dengan sebaiknya sehingga selesai. Saya menggunakan khidmat trusted runner untuk menguruskan pengambilan stock di branch Shaklee di Kota Kinabalu dan menghantar supplement Shaklee terus kepada customer. Duit daripada untung retail yang saya dapat daripada customer itulah yang saya gunakan untuk membayar upah runner.

Saya menganggap duit yang saya berikan kepada runner sebagai sedekah saya juga selain berkongsi rezeki dengan runner. Saya langsung tidak mahu tamak atau kedekut dengan untung retail yang saya perolehi. Bagi saya dalam rezeki kita terselit juga rezeki orang lain. Jadi Alhamdulillah berkat daripada berkongsi rezeki inilah membuatkan rezeki saya semakin bertambah. Allah datangkan lebih ramai lagi customer yang mahu membeli Shaklee dengan saya. Setiap customer yang whatsapp saya bertanya tentang vitamin Shaklee semuanya mudah dan sekejap sahaja saya close deal dengan mereka. Tanpa banyak soalan lagi mereka terus membeli dengan saya. Mungkin itulah berkat berkongsi rezeki dan tidak kedekut kan. Dan Alhamdulillah semua order customer dapat diuruskan dengan baik dan supplement pun selamat sampai ke tangan customer. Memang terbaik service adik runner tu hehe.

Akhirnya pada hujung bulan Disember lepas saya berjaya mencapai target 600 UV yang saya harapkan. Dan lagi best sebab saya mampu buat personal sale Shaklee saya hampir RM3000 pada bulan lepas. Ingat senang ke nak capai sale macam tu. Orang yang lebih dahulu berjaya daripada kita pun buat sale sampai berpuluh beratus ribu sebulan pun pasti pada awalnya bermula macam kita juga sale ribu-ribu sahaja sebulan. Jadi dalam business ni kenalah berusaha lebih keras lagi supaya sale bulanan tu dapat ditingkatkan setiap masa. Baru nampak improvement dan kejayaan yang dicapai seiring dengan usaha.

Jadi kesimpulannya surirumah pun mampu untuk lakukan dan mampu untuk berjaya. Walaupun saya belum pandai memandu dan sedang belajar memandu tetapi saya mampu untuk buat sale hampir RM3000 sebulan dan saya mampu untuk dapat bonus Shaklee sehingga 3 angka. Dan saya yakin angka ni akan meningkat dan terus meningkat sehingga 4 dan 5 angka. Ya saya yakin dan percaya ! PERCAYA SEBELUM BERJAYA itu wajib diterapkan dalam minda supaya kejayaan tu benar-benar akan tercapai.

Oh ya satu lagi kejayaan yang saya telah capai dalam Shaklee ni adalah saya berjaya mengambil kelas untuk belajar memandu menggunakan duit hasil daripada usaha saya sendiri. Selama beberapa bulan sejak saya mula berbusiness Shaklee pada bulan April sehinggalah bulan November saya kumpulkan semua duit hasil keuntungan saya termasuklah untung retail dan bonus setiap bulan. Jadi hasil daripada duit terkumpul inilah saya dapat gunakan untuk belajar memandu ditambah juga dengan duit sokongan daripada suami.

Zaman sekarang pun semakin mahal dah untuk dapatkan lesen memandu lebih kurang hampir RM2000 kos keseluruhannya. Disebabkan ada promosi harga murah di Beaufort sebab itulah saya ambil kelas belajar memandu di sana dan pada masa yang sama ada ibubapa saya yang dapat menjaga anak saya buat sementara waktu. Saya rasa berbaloi atas usaha saya sendiri selama ni sebab semua duit keuntungan yang saya perolehi tu saya dapat gunakan ke arah kebaikan iaitu dapat belajar memandu. Mendapat lesen memandu kereta memang merupakan antara salah satu impian yang ingin saya capai.


Jadi akhir kata saya mahu menyeru dan mengajak kepada semua surirumah di luar sana jom sama-sama berjaya dengan saya. Jom sama-sama menjana side income dengan saya dalam Shaklee. Tiada apa yang mustahil walaupun kamu hanya surirumah. Sebab saya sebagai buktinya. Jika saya boleh dan mampu lakukan pasti kamu juga mampu lakukan malah mungkin lebih baik daripada saya ! Jadi inilah masanya untuk kamu bertindak. Seperti pepatah English kata NOW OR NEVER ! FAST ACTION FAST RESULT ! Mari terbang tinggi menuju ke puncak kejayaan bersama-sama dengan saya. Saya akan ajar kamu semua macam mana mahu berjaya dalam Shaklee !

Mahu berjaya ? Mahu tahu lebih lanjut ? Mahu tahu rahsia teknik saya untuk berjaya ? Dan mahu sama-sama menjana income dalam Shaklee dengan saya ? Terus whatsapp saya pada link ini http://enasuhaina.wasap.my

Sincerely 😊
Ena Suhaina
Ummi Nabil
Work At Home Mom

11 comments:

  1. Alhamdullilah,usaha berbaloi kan.. semoga semakin bajua mgejar cita-cita dalam bisnes yang sis ceburi

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah bonus 3angka makin besar nanti..

    ReplyDelete
  3. perghhhhh SALUTE sis!!! saya doakan bonus bertambah ribu-raban gitu!! amin!

    ReplyDelete
  4. Tahniah... lepas ni insyaAllah 4 angka pula 😍😍

    ReplyDelete
  5. Congratulations sis! Semoga impian tercapai

    ReplyDelete
  6. Great sharing!😀.Moga terus sukses!

    ReplyDelete
  7. wahh... bestnya 6 kali ganda tu.. moga bulan ni pun dpt 6 kali ganda juga

    ReplyDelete
  8. Tahniah ena. Best kan bila dapat hasil y kita usahakan sndiri

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahniah. Sangat terinspirasi dengan cerita Ena

    ReplyDelete