Thursday, 11 January 2018

Tips Cara Penyediaan Makanan Anak Yang Simple Dan Mudah

Kadangkala terdapat segelintir ibu yang sibuk berkerja di luar rumah sehingga mereka tidak sempat untuk menyediakan makanan untuk anak mereka. Bagi ibu yang sememangnya surirumah dan hanya melakukan kerja di rumah serta menguruskan anak di rumah kadangkala mereka juga tidak sempat untuk menyediakan makanan yang lengkap untuk anak mereka kerana terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan di rumah. Golongan ibu yang juga surirumah ini akhirnya mengambil keputusan untuk menyediakan makanan yang simple sahaja untuk anak mereka kerana terkejar-kejar dengan masa dan kerja yang menimbun.


Jadi dalam entri saya kali ini saya mahu kongsikan tips cara penyediaan makanan anak yang simple dan mudah supaya golongan ibu dapat menggunakan tips yang akan saya berikan dengan sebaiknya. Seterusnya diharap agar tips ini dapat membantu para ibu di luar sana untuk menyediakan menu makanan anak yang simple dan mudah untuk disediakan.

TIPS PERTAMA
SIMPLE HEALTHY BREAKFAST



Tidak perlu menyediakan sarapan pagi yang rumit untuk anak anda seperti buat kuih dan bun. Cukup sekadar menyediakan sarapan yang sihat dan berkhasiat serta memberi tenaga kepada anak anda. Sebagai contoh :

1. Sandwich Roti Dan Telur Rebus
2. Scrambled Egg
3. Cheese Omelette
4. Egg Beef Muffin
5. Egg Cheese Roll
6. Corn Flake Dan Susu

TIPS KEDUA
BUAH-BUAHAN SEBAGAI SNACK



Anda sebagai ibu boleh berikan buah-buahan kepada anak anda sebagai snack between meal. Ini bermaksud berikan anak anda makan buah-buahan sebelum makan tengah hari tetapi selepas sudah sarapan pagi. Boleh juga beri anak anda makan buah-buahan sebagai snack semasa waktu petang. Pilihlah buah-buahan yang mudah untuk disediakan dan senang dimakan oleh anak seperti :

1. Betik
2. Pisang
3. Tembikai
4. Epal
5. Pear

TIPS KETIGA
HIDANGAN BERSUP ATAU BERKUAH



Hidangan berasaskan sup atau rebus adalah hidangan yang simple dan sangat mudah untuk disediakan oleh ibu. Pelbagai pilihan menu yang boleh disediakan dengan cara mencampurkan lauk serta sayur sekali dalam satu hidangan sup tersebut. Sebagai contoh :

1. Sup Telur Campur Cendawan Butang
2. Sup Ayam Campur Kentang Dan Brokoli
3. Sup Bebola Daging Campur Lobak
4. Sup Tauhu Jepun Campur Kentang
5. Sup Telur Campur Timun

Cukup setakat 3 tips cara penyediaan makanan anak yang simple dan mudah hari ni. Semoga tips ni berguna kepada semua ibu di luar sana untuk menyediakan makanan yang simple tetapi sihat dan berkhasiat untuk anak anda. Bila berkesempatan nanti saya akan share pula resipi menu yang simple dan mudah disediakan untuk anak-anak. Selamat mencuba tips-tips di atas !


No comments:

Post a Comment