Friday, 19 January 2018

Tips Cara Untuk Mengatasi Masalah Resdung

Pernahkah anda mengalami resdung ? Macam mana kita nak tahu yang kita ada masalah resdung ? Saya sendiri pernah mengalami resdung ni dan memang sangat perit dan sengsara bila ada resdung ni. Ini kerana resdung ni banyak memberi kesan kepada hidung jadi bila hidung tersumbat dan sebagainya memang jadinya susah untuk kita hendak buat kerja.


Apakah sebab-sebab dan faktor-faktor yang boleh menyebabkan resdung ni berlaku ? Banyak faktor penyebab resdung ni terutama sekali adalah alergik atau alahan terhadap debu, habuk, asap dan sebagainya. Setiap orang mempunyai tahap kesensitifan terhadap suasana dan keadaan sekeliling yang berbeza-beza. Bagi orang yang mempunyai masalah resdung ni mereka sangat dan terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling yang berhabuk dan berdebu. Antara sebab dan faktor lain yang boleh menyebabkan resdung adalah seperti di bawah.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB RESDUNG

🔮 Alahan terhadap habuk dan debu
🔮 Alahan terhadap debunga dan bulu-bulu seperti bulu kucing
🔮 Alahan atau alergik terhadap makanan seperti seafood
🔮 Bau yang terlalu kuat. Contoh bau masakan pedas
🔮 Bau minyak wangi yang terlalu kuat
🔮 Bau kimia iritasi. Contoh seperti bau Clorox dan bau cat
🔮 Perubahan cuaca daripada cuaca sejuk ke panas. Contoh mandi air sejuk pada waktu pagi dan keluar dari pejabat yang berhawa dingin ke bawah matahari yang terik

Ini merupakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya resdung. Kebanyakan orang sensitif dengan perubahan cuaca. Bayangkan sekejap panas kemudian hujan kemudian panas semula maka hidung kita pun menjadi sensitif. Apabila masalah hidung sensitif ini atau resdung dibiarkan sahaja sehingga menjadi teruk maka akan terjadilah simptom-simptom yang tidak sihat dan tidak disukai.


SIMPTOM-SIMPTOM DAN GEJALA RESDUNG

🔮 Selesema dan batuk
🔮 Kerap bersin
🔮 Terlalu banyak hingus
🔮 Hidung tersumbat dan susah bernafas
🔮 Hidung dan mata gatal
🔮 Mata berair dan nampak merah
🔮 Sakit kepala

Jadi di sini saya nak kongsikan tips cara untuk mengatasi masalah resdung. Saya tidak akan sentuh tentang ubat-ubatan moden untuk mengatasi masalah resdung tetapi apa yang saya akan kongsikan adalah cara untuk mengatasi masalah resdung dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di sekeliling kita.

LAPAN CARA UNTUK HILANGKAN RESDUNG

PERTAMA
SEDUP WAP AIR PANAS SELAMA 15 MINIT


Langkah pertama ini anda mulakan dengan merebus air dalam bekas kemudian campurkan dengan air garam dan tunggu sehingga mendidih. Setelah itu sedut wap air panas tersebut dengan jarak kepala anda 30cm daripada air tersebut. Lebih berkesan apabila anda menutup kepala anda dengan tuala yang menutup sekali wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak 3 kali dalam sehari sehingga resdung anda reda.

KEDUA
TUAM TUALA PADA MUKA DENGAN AIR PANAS


Langkah ini anda mulakan dengan panaskan air sehingga mendidih kemudian mulalah tuam muka anda dengan tuala yang telah direndam dalam air panas tadi. Tuam tuala tersebut di bahagian pipi anda agar dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

KETIGA
MENGGUNAKAN GEL LIDAH BUAYA


Lidah buaya juga boleh digunakan untuk mengatasi resdung kerana ia bersifat antiseptik. Caranya ialah anda titiskan lendir atau gel yang terdapat pada lidah buaya ke hidung anda. Untuk kesan yang lebih baik anda boleh minum rebusan lidah buaya untuk mengatasi resdung.

KEEMPAT
MINUM AIR MINERAL DENGAN BANYAK


Seseorang yang ada masalah resdung perlulah minum air mineral dengan banyak. Ini kerana cecair tersebut akan membantu dalam mendorong lendir keluar daripada rongga hidung. Elakkan minum minuman berkafein, minuman manis serta jangan merokok kerana kegiatan ini akan menyebabkan lendir menjadi semakin pekat dan sistem pernafasan pun semakin tersumbat.

KELIMA
MENGGUNAKAN CAMPURAN LIMAU NIPIS DAN DAUN PANDAN


Cara ini anda perlu sediakan 8 biji limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiriskan halus-halus daun pandan tersebut kemudian perah limau nipis hingga mendapat air limau yang banyak. Kemudian campurkan hirisan daun pandan tadi ke dalam air perasan limau. Ramas daun pandan tadi selama beberapa minit sehingga air limau berubah menjadi kehijauan. Tapiskan air tersebut sehingga tinggal air sahaja.

Basuh muka anda terlebih dahulu kemudian barulah bilas air limau tadi ke muka anda. Elakkan air limau tersebut daripada terkena mata dan bibir. Setelah kering sapukan lagi air limau tersebut ke muka anda. Lakukan setiap 3 jam untuk kesan yang lebih baik. Setelah selesai boleh cuci muka anda dengan air biasa. Perlu diingat cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan kepedihan. Kesan yang diterima mungkin berbeza mengikut individu dan keadaan resdung. Sila rujuk pakar terlebih dahulu jika ragu-ragu.

KEENAM
MENGGUNAKAN KUNYIT ATAU HALIA


Kunyit mempunyai sifat anti inflamasi dan juga antioksida. Apabila ia dicampur bersama halia yang dibancuh dengan teh maka minuman ini akan membantu untuk mencairkan mukus atau hingus dalam hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat resdung.

KETUJUH
MINUM CAMPURAN AIR CUKA EPAL DAN MADU


Mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu juga membantu dalam mengurangkan resdung. Caranya ialah ambil 3 sudu makan cuka epal dan masukkan ke secawan air panas atau teh kemudian tambahkan limau dan madu secukupnya lalu minum 3 kali sehari.

KELAPAN
MENGAMALKAN SET RESDUNG SHAKLEE

Set Resdung Shaklee juga berkesan untuk mengatasi masalah resdung. Terdapat beberapa produk dalam set lengkap Shaklee untuk resdung iaitu Vitamin C, Omega Guard, Vitamin B Complex dan Alfalfa Complex.



Nantikan entri saya yang berikutnya. Saya akan ceritakan tentang Set Resdung Shaklee secara terperinci dan saya juga akan sertakan sekali testimoni pengguna Set Resdung Shaklee.

No comments:

Post a Comment