Saturday, 20 January 2018

8 Manfaat Detoks Tubuh Badan

Detoksifikasi adalah satu proses untuk mengeluarkan atau menyingkirkan semua najis, lemak, lendir serta toksin yang terkumpul di dalam tubuh badan. Proses detoks ini sangat penting kerana apabila tubuh badan kita bebas daripada toksin maka sangat mudahlah tubuh kita untuk menyerap pelbagai zat dan nutrien. Banyak manfaat sebenarnya bila kita melakukan detoks ni. Ada 8 manfaat utama detoks tubuh badan seperti di bawah.

LAPAN MANFAAT UTAMA MELAKUKAN DETOKS TUBUH BADAN

TURUNKAN BERAT BADAN


Toksin yang terkumpul dalam badan akan menghalang proses pembakaran lemak dalam badan. Jadi apabila anda melakukan detoks tubuh badan maka segala toksin akan dapat dikeluarkan daripada tubuh badan. Jadi apabila toksin sudah dikeluarkan maka proses pembakaran lemak pun dapat berjalan dengan lancar. Akhirnya hasil daripada pembakaran lemak ini berat badan akan turun.

MELEGAKAN PERUT KEMBUNG DAN SEMBELIT


Setelah kita makan segala sisa makanan ini akan diproses di dalam usus. Makanan yang rendah serat dan lemak yang tidak sihat akan terkumpul secara perlahan-lahan di dalam usus kita dan lama-kelamaan usus pun tersumbat dan tidak bersih.

Apabila lemak dan toksin ini terkumpul di dalam usus maka lama-kelamaan perut kita pun kembung dan rasa tidak selesa. Usus kita adalah sebagai alat kumbahan untuk menyingkirkan semua najis dan toksin daripada tubuh kita. Ia perlu sentiasa kosong dan dibersihkan agar dapat berfungsi dengan baik.

Jadi detoks akan dapat membantu untuk membersihkan dan mengosongkan usus kita. Maka perut kembung dan masalah sembelit akan dapat diatasi dan detoks juga menggalakkan pergerakan usus yang sihat. Dengan cara detoks juga segala toksin dapat dikeluarkan daripada tubuh badan.

LEBIH AKTIF DAN BERTENAGA


Jika kita selalu berasa lemah dan tidak bertenaga itu tandanya banyak toksin di dalam tubuh badan kita. Detoks boleh membantu badan kita untuk menyingkirkan toksin tersebut dan hasilnya badan kita akan lebih sihat dan cergas serta bertenaga.

MENGURANGKAN SELERA MAKAN DAN CRAVING


Apabila kita sudah melakukan detoks tubuh badan dan mula mengambil nutrien serta makanan berkhasiat maka setelah itu otak kita seolah-olah sudah diprogram untuk mengatakan "Tidak dan selamat tinggal kepada makanan yang tidak berkhasiat" seperti lemak, gula dan kafein. Jadi kita tidak lagi rasa mengidam atau teringin untuk makan makanan yang tidak sihat.

MENDAPAT KULIT YANG CANTIK


Kulit membuang toksin daripada tubuh dengan cara berpeluh. Jadi apabila kelenjar peluh dipenuhi dengan banyak toksin dan tidak dikeluarkan maka terjadilah masalah kulit seperti jerawat. Proses detoks membantu untuk menyingkirkan toksin daripada tubuh dan menjadikan kulit cantik serta bersih daripada jerawat.

MENGURANGKAN STRESS DAN TEKANAN


Apabila badan kita dipenuhi dengan toksin yang banyak maka kemampuan badan kita untuk menyerap nutrien pun menurun. Badan kita juga tidak suka dengan toksin yang terlalu banyak ini jadi ia akan mengeluarkan hormon tekanan iaitu kortisol. Sebab itulah kita akan mudah stress. Jadi detoks dapat membantu untuk mengeluarkan toksin seterusnya mengurangkan stress.

MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI


Radikal bebas sangat suka menyerang dan merosakkan sel dalam badan kita. Apabila toksin dalam badan terlalu banyak maka mudahlah bagi radikal bebas ini untuk merosakkan sel. Kesannya sistem imunisasi dalam badan kita akan turut terjejas. Jadi detoks perlu dilakukan untuk menyingkirkan toksin dan radikal bebas tidak lagi menyerang seterusnya menguatkan lagi sistem imunisasi badan kita.

TIDUR YANG LEBIH LENA


Toksin terutamanya logam berat boleh mengganggu keseimbangan sel normal dan mewujudkan radikal bebas. Radikal bebas ini boleh mengganggu pola tidur kita dan juga boleh menyebabkan insomnia. Detoks dapat membantu menyingkirkan logam berat dan menetapkan semula corak tidur kita. Jadi kita boleh mendapatkan rehat yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment