Saturday, 22 June 2013

First Week of Clinical Posting

Ok. lama rasanya nda menulis dalam blog ni. pagi-pagi ni tetiba rasa mau tulis pasal pengalaman posting dekat HoSHAS, Temerloh.

Bermula pada 17hb Jun hari tu, kami sudah mula posting dekat Temerloh and first week dekat sana, saya dapat male surgical ward. kawan-kawan yang sekali dengan saya jugak posting dekat situ ialah Syerra, Iqa, Dayah, Izyan, Shazlina and Bob. and Clinical Instructor kitorang pulak ialah Sister Najmin. Alhamdulillah setakat seminggu posting dekat sana, semuanya berjalan dengan lancar. macam-macam pengalaman yang kami semua dapat especially dapat belajar and dapat buat banyak procedure.

Secara overall, wad ni bolehlah dikatakan agak busy jugak sebab banyak patients. lagi-lagi kalau dekat acute and sub-acute cubicle. sebab dekat dua cubicle tu, banyak procedure yang nurse kena buat. lagipun, dekat situ, patients dia mesti betul-betul kena pantau and jaga especially in acute. and Sister Najmin pesan dekat kitorang, actually students nda boleh jaga patients yang dekat acute cubicle sebab patients dekat sana ialah yang betul-betul mau pemantauan rapi, bukan stabil and lepas tu high risk pulak untuk dapat emergency atau bahaya apa-apa. so students pun nda boleh jaga and buat procedures sesuka hati dekat patients dekat situ. tapi Sister Najmin pesan, kitorang cuma boleh bantu patients dekat situ untuk activity daily living (ADL) sahaja.

Setakat ni, macam-macam yang saya dapat belajar. dalam wad ni saya dapat buat dressing procedure untuk pertama kali. masa first time buat tu, saya buat untuk Uncle Low Hoy Ngan. uncle tu sudah tua la and dia ada infected bed sore. rasa kasihan jugak dengan uncle tu sebab bed sore dia agak besar jugak dekat bahagian atas punggung dia. first time masa mau buat dressing tu, rasa agak takut and berdebar-debar jugak time tu. yalah, sebab first time buat dressing kan, nda pernah lagi buat sebelum ni. and lagipun, wound uncle tu besar and dalam, sampai nampak isi tapi tulang nda nampak la. tapi saya cuba jugak beranikan diri saya untuk buat, sebab mau belajar kan. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat jugak buat dressing dengan baik dekat wound uncle tu.

Banyak lagi procedures baru yang lain yang first time saya dapat buat dalam wad ni, contohnya macam removing catheter bladder drainage (CBD) and electrocardiogram (ECG). Procedures lain yang saya buat jugak tapi sudah pernah buat sebelum ni contoh macam giving insulin injection, nasogastric feeding, off branula, changing intravenous drip, monitoring blood glucose and lain-lain. vital sign, positioning, bed making and bed bath @ tepid sponging tu perkara biasa la kan, memang kena buat.  

Tuesday, 21 May 2013

Baitul Muslim > Baitul Dakwah

Hm..lama pulak nda update blog rupanya. bila baca blog orang, baru terasa mau update balik. Hm, kali ni mau cakap pasal apa ya. tadi baru terbaca post orang pasal Baitul Muslim. sejak kebelakangan ni, banyak betul orang cakap pasal BM. bila cakap pasal BM, of course la menyentuh tentang perkahwinan kan. and kawan-kawan seumur and sebatch pun ramai jugak yang akan bakal mendirikan rumahtangga masing-masing. Alhamdulillah. seru diaorang dah sampai. semoga perkahwinan dan rumah tangga yang bakal dibina mendapat keberkatan daripada Allah dan semoga beroleh kebahagiaan. saya pulak bila? hehe..(saja gurau) ^_^


Tadi terbaca satu post menarik, tentang 'Baitul Muslim > Baitul Dakwah'. dalam post ni, banyak ilmu yang boleh diperolehi. contoh, kita boleh bezakan antara BM dengan perkahwinan lain yang hanya biasa-biasa. jika kebanyakan orang meletakkan perkahwinan sebagai wasilah untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan, tetapi Baitul Muslim mahupun Baitul Dakwah lebih daripada itu. Matlamat utama BM bukanlah semata-mata untuk dapat berdua-duan dan bersama dengan pasangan tetapi terdapat matlamat lain yang lebih utama untuk dicapai.

BM amat sinonim dalam gerakan Islam. Jadi, boleh dikatakan institusi yang mengendalikan BM inilah sebagai agen kepada ahli gerakan untuk membina rumahtangga Muslim impian mereka. dan membina Baitul Muslim merupakan maratib amal yang kedua selepas pembentukan Individu Muslim. dengan membina rumahtangga Muslim yang diredhai Allah, banyak tuntutan atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pasangan yang berkahwin itu.  Ini kerana, BM itu sendiri bermatlamat supaya kelangsungan gerak kerja dakwah Islam akan terus terlaksana. dan semoga dengan Baitul Muslim yang dibina, akan dapat mewujudkan Mujtama' Muslim dan seterusnya Daulah dan Khilafah Islamiyyah. Semoga juga zuriat-zuriat yang bakal dilahirkan akan menjadi penyambung perjuangan Islam yang diwariskan oleh ibu bapa mereka. Inilah cara menikah di jalan dakwah bagi mereka yang terlibat dalam medan dakwah, tarbiyah dan perjuangan Islam.