Thursday, 23 November 2017

Cara Mengatasi Sembelit Dengan Set Sembelit Shaklee

Pada hari ini saya akan kongsikan tentang masalah sembelit dan bagaimanakah Set Sembelit Shaklee dapat membantu untuk mengatasi masalah ini. Sembelit seperti yang kita tahu adalah satu masalah kesukaran untuk membuang air besar. Bila ingin buang air besar najis akan susah untuk keluar kemudian ditambah lagi dengan rasa sakit meneran semasa membuang air besar. Namun apakah punca dan penyebab sembelit ni berlaku sebenarnya ? Setelah dikaji ada beberapa sebab utama kenapa sembelit ini boleh berlaku dalam kalangan orang dewasa

SEBAB-SEBAB UTAMA SEMBELIT 

🔹️ Najis terlalu keras
🔹️ Kurang air dalam badan
🔹️ Kerap menahan berak
🔹️ Banyak angin dalam badan
🔹️ Stress atau tekanan

Ini adalah antara punca yang menyebabkan sembelit boleh berlaku. Namun punca yang paling utama dan paling famous sekali adalah kurang mengambil makanan yang kaya dengan fiber atau serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebab itulah selalunya orang yang sembelit ini dinasihatkan untuk mengambil banyak makanan yang berserat contohnya buah-buahan. Kita juga perlu minum air yang banyak setiap hari bagi mencukupkan keperluan air dalam tubuh badan kita. Ok jadi dah tahu kan apakah punca yang boleh menyebabkan sembelit ni. Sekarang kita sentuh pula tentang bagaimanakah cara untuk mengatasi sembelit ini

CARA UNTUK MENGATASI SEMBELIT

🔮 Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air setiap hari
🔮 Makan makanan yang tinggi kandungan serat seperti sayuran hijau dan kurma serta bijirin
🔮 Amalkan rutin bersenam sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu
🔮 Segera dan jangan bertangguh bila hendak membuang air besar
🔮 Kurangkan protein dalam diet harian
🔮 Banyakkan mengambil buah-buahan kerana banyak serat yang terkandung di dalamnya
🔮 Mengambil supplement untuk mengatasi sembeli seperti Set Sembelit Shaklee

Sekarang saya akan terangkan mengenai Set Sembelit Shaklee dengan lebih lanjut lagi. Bila seseorang ada masalah sembelit bolehlah mencuba untuk mengambil set ini sebab supplement juga boleh membantu sebenarnya untuk mengatasi masalah sembelit. Dalam Set Sembelit Shaklee ni terdapat 2 produk iaitu Herblax dan Ostematrix


SET SEMBELIT SHAKLEE


HERBLAX
▪ Membantu untuk melancarkan pembuangan air besar dan membersihkan usus
▪ Sangat berkesan untuk mengatasi masalah sembelit


OSTEMATRIX
▪ Mengandungi Magnesium yang membantu untuk melembutkan najis seterusnya melancarkan pembuangan air besar
▪ Memberi kesan yang sangat baik untuk mengatasi masalah sembelit

Beginilah caranya bagaimana peranan Herblax dan Ostematrix untuk mereka yang ada masalah sembelit. Saya sangat mengesyorkan bagi sesiapa yang ada masalah sembelit cubalah Herblax dan Ostematrix Shaklee ni. Pasti sangat membantu dan anda akan berpuas hati dengan kedua-dua supplement ni 😍 Saya sertakan beberapa testimoni pengguna Set Sembelit Shaklee seperti di bawah

TESTIMONI SET SEMBELIT SHAKLEE





Anda bolehlah terus menghubungi saya untuk mendapatkan Set Sembelit ini. Whatsapp saya pada nombor ini 0133552560 atau klik link whatsapp saya pada gambar di bawah


Atau lebih mudah anda juga boleh terus membuat pembelian Set Sembelit Shaklee secara online menggunakan kad debit atau kad kredit melalui link eSell Shaklee di bawah


Untuk mendapatkan konsultasi dan panduan cara makan vitamin Shaklee yang betul anda bolehlah menghubungi saya menerusi whatsapp di nombor yang sama 0133552560 atau cara seperti di bawah

Facebook : Ena Suhaina
Whatsapp : 013 355 2560
Instagram : juhanabeauty / enavitaminshop 
Email : ena.suhaina@gmail.com
Blog : umminabeel.blogspot.com 



Monday, 13 November 2017

Cara Kurus Dan Kurangkan Berat Badan Dengan Set Kurus Shaklee

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak memperkenalkan satu set Shaklee yang digilai ramai. Agaknya set apa ? Sudah tentulah one of most popular set in Shaklee ! Set Slimming atau Set Kurus Shaklee 😊

Ramai orang atau customer yang suka dengan Set Slimming Shaklee ni sebab itulah dikatakan antara set yang paling laris dalam Shaklee. Sebab most of them dapat result yang positif dan bagi positive feedback yang set kurus ni memang berkesan dan berbaloi. Semuanya berjaya untuk menurunkan berat badan hanya dengan konsisten mengamalkan Set Slimming Shaklee. Jom berkenalan dulu dengan set best ni


Set Slimming Shaklee terdiri daripada full set dan juga budget set. Full set mengandungi 6 produk seperti di bawah

SET KURUS LENGKAP SHAKLEE

1. MEMBAKAR LEMAK
       ▪ Lecithin
       ▪ Omega Guard

2. MENYINGKIRKAN LEMAK
       ▪ Herblax
       ▪ Alfalfa Complex

3. MEMBINA OTOT
       ▪ ESP
       ▪ Cinch Shake

PERANAN DAN KEBAIKAN SETIAP PRODUK DALAM SET KURUS SHAKLEE

MEMBAKAR LEMAK


LECITHIN
▪ Pelarut lemak yang sangat baik. Ia bertindak dengan melarutkan lemak di dalam badan kita serta menghalang pengumpulan kolesterol dalam badan
▪ Kolina yang terkandung dalam Lecithin akan meningkatkan proses metabolisme tubuh seterusnya membakar lemak dengan cepat


OMEGA GUARD
▪ Kandungan khasiat Omega 3 di dalam Omega Guard mampu membantu untuk membakar lemak dengan cepat 
▪ Ia juga meningkatkan proses metabolisme dalam tubuh badan serta mengaktifkan hormon dalam badan untuk membakar lebih banyak lemak dengan cepat
▪ Ia juga membantu untuk menukarkan lemak kepada tenaga dalam badan kita

MENYINGKIRKAN LEMAK


HERBLAX
▪ Pelbagai jenis tumbuhan herba semulajadi yang terpilih terdapat di dalam Herblax dan semua herba berkualiti ini membantu untuk melancarkan sistem penghadaman serta pembuangan dalam badan kita
▪ Membantu untuk membersihkan usus daripada segala najis dan lemak serta toksin yang telah terkumpul di dalamnya 
▪ Mengatasi masalah sembelit dan pembuangan najis, lemak dan toksin menjadi lebih lancar
▪ Apabila proses pembuangan najis dan lemak lebih lancar maka ini akan mengempiskan perut dan perut tidak akan buncit lagi


ALFALFA COMPLEX
▪ Alfalfa sangat berkesan apabila digabungkan dengan Lecithin dan Herblax kerana ia bertindak seperti span yang menyerap semua lemak yang telah dibakar oleh Lecithin kemudian Herblax akan bertindak untuk melancarkan pembuangan sisa najis dan lemak tadi daripada badan kita
▪ Ia juga membantu untuk menurunkan paras kolesterol dalam badan serta boleh membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Apabila kita kenyang lebih lama maka kita tidak akan kerap makan dan ini sangat membantu dalam mengawal nafsu makan kita seterusnya membantu untuk menurunkan berat badan

MEMBINA OTOT


ENERGIZING SOY PROTEIN 
▪ ESP membekalkan kita tenaga yang cukup dalam seharian serta akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama
▪ Apabila kita rasa kenyang lebih lama maka kita akan kurang selera makan jadi inilah yang membantu untuk menurunkan berat badan kita
▪ Ia juga membantu untuk membentuk otot yang tegang dan mengelakkan perut kita daripada menggeleber


CINCH SHAKE
▪ Cinch Shake mempunyai 3 pilihan perisa iaitu Chocolate, Vanilla dan Latte. Anda boleh memilih perisa manakah yang anda inginkan. Cinch Shake sangat berkesan untuk membentuk otot-otot pejal dalam tubuh kita
▪ Ia bertindak untuk membantu dalam membakar lemak-lemak di bawah lapisan perut kita dan pada masa yang sama mengekalkan otot-otot yang pejal dan tegang pada badan kita

Nampak jelas kan macam mana setiap produk dalam set ni bertindak dan macam mana mereka membantu dalam menurunkan berat badan kita. Jadi bagi sesiapa yang sedang tercari-cari Set Slimming yang paling bagus dan berkesan serta selamat digunakan pilihlah Set Slimming Shaklee. Pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya nanti. Jom tengok testimoni pengguna atau customer yang telah menggunakan Set Kurus Shaklee seperti di bawah

TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE



Anda boleh menghubungi saya untuk membuat pembelian Set Slimming Shaklee ni. Saya adalah Pengedar Shaklee yang aktif di seluruh Malaysia terutamanya di Sabah 😊

Facebook : Ena Suhaina
Whatsapp : 013 355 2560
Instagram : juhanabeauty / enavitaminshop 
Email : ena.suhaina@gmail.com
Blog : umminabeel.blogspot.com 

Atau anda juga boleh membuat pembelian Set Kurus Shaklee secara online menggunakan kad debit atau kad kredit melalui link eSell Shaklee di bawah


Untuk mendapatkan konsultasi dan panduan cara makan vitamin Shaklee yang betul anda bolehlah menghubungi saya menerusi whatsapp di nombor yang sama 0133552560 atau klik link whatsapp pada gambar di bawah



Setiap Perjalanan Kita Pasti Ada Hikmahnya


Hari ni ingat nak cerita pasal something. Tentang suatu hikmah yang berlaku dalam hidup saya. Jemput baca kalau sudi hehe.

Baiklah ceritanya bermula macam ni. Saya masih ingat lagi dulu masa mula-mula saya memohon untuk masuk ke IPTA saya memohon bidang Kedoktoran sebagai first choice saya. Kemudian barulah saya memilih bidang Kejururawatan sebagai second choice saya. Tapi akhirnya Allah takdirkan saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejururawatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) iaitu merupakan bidang pilihan kedua saya. Saya ingat lagi lepas saya dapat tawaran tu saya rasa ragu-ragu nak terima atau tidak sebab dalam hati saya meronta-ronta time tu nak Medic tapi kenapa dapat Nursing. Haha sampai macam tu sekali kan. Jadi faham-faham la bila hati sudah meronta-ronta ni jadinya buat saya macam nak tolak tawaran tu.

Tapi nak kata Allah dah atur siap-siap takdir saya jadi family saya semua suruh saya terima tawaran tu especially bapa saya la. Bapa saya bersungguh-sungguh suruh saya terima tawaran tu. Bapa saya siap explain lagi bagus jadi jururawat ni kerja shift tak macam doktor banyak oncall bla bla bla. Jadi amazing nya hati saya terus lembut selepas tu dan saya pun mudah untuk terima tawaran tu. So dijadikan cerita berjayalah saya akhirnya masuk ke dalam UIA dan mulakan perjalanan sebagai seorang pelajar dalam bidang Nursing ni.

Dan nak tahu apa akhirnya yang saya dapat ? Alhamdulillah bila saya dah masuk ke UIA Kuantan dan start Bachelor Degree saya dalam Nursing ni saya mulai minat bidang Nursing ni secara perlahan-lahan. Daripada rasa minat yang sedikit kemudian minat tu semakin lama semakin mendalam dan berkembang. Jadi baru saya faham ada hikmahnya atas semua yang terjadi. Hikmah apabila disuruh oleh family untuk terima tawaran masuk ke UIA dalam bidang Nursing kemudian hikmahnya saya mulai minat dengan bidang Nursing ni dan saya tidak menyesal atas pilihan yang saya buat untuk menjadi sebahagian dalam bidang Kejururawatan. Benarlah macam Allah kata iaitu kadangkala sesuatu benda yang kita tidak sukai itulah yang sebenarnya terbaik buat kita. Saya benar-benar bersyukur kepada Allah atas hikmah ini.


Dan kini hampir 2 tahun telah berlalu setelah saya tamat bergraduasi semasa bulan November tahun 2015. Sepanjang tempoh 2 tahun ini sudah tentulah saya ada mencuba untuk apply pekerjaan Staff Nurse di mana-mana sahaja tidak kiralah di hospital mahupun klinik. Tapi saya apply di kawasan Kota Kinabalu saja disebabkan saya sudah berkahwin dan mengikut suami saya yang bekerja sebagai Pegawai Farmasi di Kota Kinabalu. Lebih-lebih lagi kami juga sudah memiliki seorang anak lelaki yang masih kecil dan memerlukan perhatian dan kasih sayang kami berdua. Jadi saya amat berat hati untuk apply kerja Nurse di luar kawasan Kota Kinabalu kerana saya tidak mahu berpisah dan berjauhan dengan suami dan anak saya. Jadi ini membataskan saya untuk mencari kerja Nurse hanya dalam kawasan Kota Kinabalu sahaja. Ternyata rezeki masih belum memihak kepada saya lagi. Saya pernah apply kerja Nurse di sebuah klinik di Kepayan Kota Kinabalu tetapi saya tidak berjaya untuk dapatkan pekerjaan tu. Mungkin sebab saya masih belum ada pengalaman lagi sebab doktor yang interview saya pun lebih berminat untuk hire yang sudah berpengalaman. Jadi saya ikhlas dan redha. Saya fikir itu bukan rezeki saya jadi saya terima.

Tapi saya belajar melihat daripada sudut pandang yang berbeza. Saya fikir ini semua pasti ada hikmahnya. Pasti ada hikmah di sebaliknya yang saya akan perolehi suatu hari nanti. Saya dapat lihat yang saya tak dapat kerja Nurse pun tapi saya dapat hikmah yang saya boleh fokus untuk menjaga dan membesarkan anak saya di depan mata saya sendiri. Saya dapat berkhidmat untuk menyiapkan makan pakai suami saya sendiri tanpa perlu mengupah orang gaji. Itulah kepuasan sebagai seorang isteri yang sebenarnya. Dapat berkhidmat sepenuh hati untuk suami dan dapat membesarkan anak dengan tangan sendiri dan di depan mata sendiri setiap hari.

Dan kini saya temukan satu lagi hikmah yang saya sendiri tidak sangka. Saya mampu untuk menjana side income hanya dengan online business dari rumah sahaja. Saya betul-betul tidak menyesal join Shaklee dan menyebarkan kebaikan produk Shaklee kepada semua orang. Dalam Shaklee ni saya bukan saja dapat jana income bahkan paling utama saya dapat bantu diri saya dan family saya sendiri untuk tingkatkan kesihatan dan juga bantu orang lain di luar sana untuk tingkatkan kesihatan.

Jadi inilah hikmah yang saya temui dan saya bersyukur atas semua apa yang Allah dah aturkan untuk saya. Saya juga bersyukur sebab suami saya memberikan sokongan kepada saya dalam business Shaklee ni. Dia tidak menghalang saya menceburkan diri dalam business Shaklee malah jika ada masa dan kesempatan dia sendiri membantu saya untuk mengambil stock Shaklee di branch dan terus membuat delivery kepada pelanggan. Alhamdulillah.


Jadi saya berharap agar saya terus maju ke hadapan dalam business Shaklee ni dan harap saya dapat tolong lebih ramai lagi orang di luar sana especially surirumah dan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan untuk berjaya menjana income dalam Shaklee ni. Doakan agar saya berjaya mencapai rank Master dalam Shaklee suatu hari nanti. Amin Ya Allah.



Cinta Seorang Wanita

Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua pembaca dan kepada semua yang sudi singgah ke blog saya 😊

Hari ni hati terdetik untuk menulis tentang wanita dan cinta. Kenapa hehe. Sebab baru-baru ni saya terbaca dalam facebook tentang confession seorang wanita yang sanggup menunggu seorang lelaki yang sangat disukainya sehingga sedekad lamanya. Kemudian akhirnya dia memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya kepada lelaki tersebut namun apa yang diperolehinya hanyalah kegagalan. Maksud kegagalan di sini adalah lelaki tu menolak dan tidak menerima cintanya. Senang kata kena reject.

Jadi saya tertarik untuk mengulas tentang soal kisah wanita dan cinta seperti dalam cerita tadi. Bagi pendapat saya cinta itu adalah fitrah. Cinta adalah perasaan halus dan ikhlas yang tumbuh dalam jiwa kita dan Allah lah yang mentakdirkan dan menumbuhkan perasaan itu dalam hati kita. Kita tidak dapat menolak mahupun mengawal bila perasaan itu datang.

Namun apa yang sering berlaku pada golongan wanita adalah apabila mereka mula menyukai seseorang lelaki kemudian mereka mula untuk mendekati lelaki tersebut dengan cara bermesej. Zaman sekarang kan dah canggih. Macam-macam boleh guna untuk bermesej seperti SMS, Whatsapp, Facebook Messenger. Jadi bila dah mula berhubungan dengan cara ni dan si lelaki pun melayan kemudian mulalah menaruh harapan yang tinggi kat lelaki tu. Hey girls saya nak beritahu satu benda ni ya orang lelaki ni tak semestinya dia layan awak maksudnya dia suka awak. TIDAK SAMA SEKALI YA. Boleh jadi dia layan awak sebab dia cuma anggap awak sebagai kawan sahaja. Dan boleh jadi juga dia layan awak sebab dia kasihan kat awak sahaja. Dan boleh jadi juga dalam masa dia layan awak at the same time dia rapat dengan perempuan lain juga. This is serious talk and betul apa yang saya katakan ni. Jadi please girls jangan cepat cair dan jangan menaruh harapan yang tinggi dekat lelaki. Awak kata dia caring kat awak tapi awak tak tahu at the same time dia juga rapat dan caring dekat perempuan lain. Orang lelaki ni tak sama dengan orang perempuan. Orang lelaki boleh saja caring kat mana-mana perempuan pun tetapi hakikatnya dalam hati tiada perasaan suka atau cinta pun kat perempuan tu. Sebab tu lah saya katakan please jangan mudah cair dan jangan mudah menaruh harapan yang tinggi dekat lelaki.

Jadi apa nasihat saya ? Bila awak dah menyukai seseorang lelaki bolehlah kembali kepada Yang Pemberi Cinta. Allah lah yang memberikan rasa cinta itu kepada awak jadi awak mintalah kepada Allah agar Allah menumbuhkan cinta itu juga dalam hati lelaki tersebut terhadap awak. Sebab Allah lah yang mengawal hati-hati kita hamba-Nya. Saya sangat tidak bersetuju apabila golongan perempuan mula meluahkan perasaan dekat lelaki yang mereka cintai dengan cara bermesej atau berwhatsapp. Tak kiralah guna medium apps apa pun tapi asalkan ia adalah direct daripada perempuan tu ditujukan kepada lelaki yang disukai. Kenapa saya tidak bersetuju ? Sebab bukan begitu cara yang dianjurkan dalam Islam.


Sebab check balik hati awak. Sudah tentu selepas awak meluahkan perasaan dekat lelaki tu mestilah awak harap sangat agar lelaki tu pun terima awak dan cintakan awak semula. Jangan kata tidak sama sekali sebab saya pun perempuan. Saya faham perasaan tu sebab saya pun pernah juga menyukai seseorang lelaki dalam diam. Dan pernah juga saya terfikir untuk meluahkan perasaan dan saya berharap agar lelaki tu turut membalas perasaan saya dan menerima saya dengan ikhlas. Tapi apa yang membuatkan saya bertukar fikiran ? Sebab saya memikirkan kesan daripada perbuatan saya kalau saya luahkan perasaan saya dekat lelaki tu. Saya berfikir jika lelaki tu turut membalas perasaan saya dan kami saling menyukai sudah tentulah hubungan kami akan bertukar menjadi pasangan kekasih. Sedangkan dalam Islam kita disuruh untuk menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. You see what I see ? Jadi sebab tu lah saya tidak meneruskan niat saya untuk meluahkan perasaan saya dekat dia. Dan lagi saya berfikir jika akhirnya kalau dia bukanlah jodoh saya kan rugi sebab rupanya saya hanya menanti dan menjaga jodoh orang lain selama ni. Jadi mulai saat tu saya sedar saya perlu tunaikan Solat Istikharah untuk meminta petunjuk daripada Allah. Saya minta agar Allah beri petunjuk pada saya. Saya minta jika benar dia jodoh saya harap agar Allah satukan hati kami dan mudahkan jalan buat kami tetapi jika dia bukan jodoh saya harap agar Allah lenyapkan semua perasaan cinta saya dekat dia dan jauhkan dirinya dari saya. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya dan beri petunjuk pada saya. Sejak daripada saat tu perasaan cinta saya mulai pudar dan hilang sedikit demi sedikit dan saya dapat rasakan ketenangan yang benar-benar menenangkan jiwa saya. Saya dah mula tidak berharap kepada lelaki tu lagi dan mula menjauhkan diri. Alhamdulillah saya benar-benar dapat melakukannya dan saya rasa tenang sekali.

Kemudian Allah takdirkan saya bertemu dengan jodoh saya melalui orang tengah. Kami tidak pernah berhubungan atau couple dan kami hanya ditemukan dalam sesi taaruf untuk berkenalan dengan ditemani oleh orang tengah. Maksudnya kami bukan berdua-duaan tapi ada orang tengah yang menemani kami. Sesi berkenalan berjalan lancar dan Alhamdulillah akhirnya kami dah selamat berkahwin sekarang.

Jadi nasihat saya kepada golongan wanita di luar sana mahalkan diri awak sebagai wanita. Bila kita mencintai seseorang lelaki salurkan cinta itu kepada Yang Pemberi Cinta iaitu Allah agar Allah berikan lelaki yang mencintai kita kerana-Nya. Jangan mudah untuk melafazkan cinta dengan lelaki ajnabi yang belum tentu pun jodoh kita dan akan kahwin dengan kita. Mintalah petunjuk daripada Allah dahulu. Buat Solat Istikharah dahulu minta agar Allah beri petunjuk. Bila dah yakin petunjuk daripada Allah yang si dia memang dijodohkan untuk kita jadi bolehlah minta tolong dengan orang tengah supaya tolong aturkan perkenalan kita dengan si dia. Itu barulah cara yang dianjurkan dalam Islam. Selepas sesi perkenalan selesai barulah sesi diteruskan kepada kedua pihak untuk merujuk kepada ibubapa dan keluarga masing-masing. Bukan dengan cara yang mula-mula tadi bermesej dan berhubungan dengan lelaki tersebut kemudian luahkan perasaan dekat lelaki tu. Bila lelaki tu reject mulalah malu sedih kecewa dan makan hati. Jadi gunalah orang tengah sebagai cara yang paling baik dan sesuai sebab orang tengah ni bertindak sebagai pemberi cadangan kepada lelaki tersebut agar memilih awak sebagai pasangan hidup jadi tak nampaklah yang sebenarnya awak yang berkehendakkan lelaki tu. Benar bila awak menggunakan orang tengah untuk mendekati lelaki yang awak sukai tu dan kemudian direject memang awak akan sedih dan kecewa juga tetapi awak tidak akan rasa malu terhadap lelaki tu sebab seolah-olah orang tengahlah yang mencadangkan awak untuk si dia. Jadi bila si dia menolak dan tidak berminat dengan awak maka tidak perlulah sudah untuk menunggu dia. Jadi awak pun tidak membazirkan masa awak untuk menunggu orang yang bukan jodoh awak. Tapi macam saya katakan mula-mula tadi mintalah petunjuk daripada Allah dahulu. Jika benar sudah dapat petunjuk dan yakin dia memang jodoh awak pasti dia akan menerima awak selepas awak menggunakan orang tengah untuk menyampaikan perasaan awak dekat dia. Jika benar jodoh pasti Allah mudahkan.

Jadi akhir kata sebagai wanita jagalah diri kita. Jangan mudah cair dengan lelaki dan jangan mudah untuk melafazkan cinta. Kembalikan rasa cinta kita itu kepada Yang Pemberi Cinta. Pasti Dia akan mudahkan semuanya. In Shaa Allah 😊

   

Thursday, 9 November 2017

Kelebihan Jika Anda Mendaftar Keahlian Shaklee Dengan Saya

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya mahu kongsikan tentang kelebihan join Shaklee dan apa kelebihan jika anda mendaftar keahlian Shaklee dengan saya 😊

Jom baca senarai kelebihan dan apa untungnya jika anda join Shaklee seperti di bawah.

KELEBIHAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE

🎀 MESRA KELUARGA
🎀 Sebab apa mesra keluarga ? Sebab semua peringkat umur bermula dengan kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua tak kira lelaki mahupun perempuan semua boleh consume produk Shaklee

🎀 HARGA AHLI
🎀 Bila anda dah join member Shaklee mestilah anda akan dapat harga member yang jauh lebih murah berbanding harga retail untuk orang luar. Anda akan dapat membeli produk Shaklee dengan lebih jimat lagi sehingga 20 ke 25% diskaun. Dan lagi best bila ada promosi murah daripada Shaklee tentunya anda yang akan tahu dahulu

🎀 PRODUK TERJAMIN
🎀 Produk Shaklee adalah terjamin selamat dan berkesan. Dan paling penting produk Shaklee adalah halal untuk digunakan. Produk Shaklee diperbuat daripada sumber semulajadi tanpa bahan pengawet, pewarna dan bahan tiruan serta tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Jadi produk Shaklee semuanya selamat digunakan seawal umur 1 tahun dan ke atas

Inilah antara kelebihan utama jika anda join member Shaklee. Dan jika anda berminat untuk menjalankan business dalam Shaklee atau menjadi Pengedar Sah Shaklee sudah tentu lagi banyak kelebihan dan manfaat yang anda akan perolehi. Antaranya adalah seperti di bawah.

KELEBIHAN MENJALANKAN BUSINESS SHAKLEE DAN MENJADI PENGEDAR SAH SHAKLEE

🎀 ZERO MODAL
🎀 Dengan hanya membayar yuran keahlian RM69 sekali sahaja seumur hidup anda boleh join Shaklee. Dengan tak perlu modal apa-apa anda dah boleh memulakan business anda sebagai Pengedar Shaklee dan jana income 4-5-6 angka setiap bulan

🎀 TIME FREEDOM
🎀 Anda bebas untuk memulakan business anda. Surirumah, student mahupun berkerjaya boleh menjalankan business Shaklee anda sama ada full time atau pun part time. Dengan business Shaklee secara online sahaja anda boleh mendapat time freedom dan dapat spend lebih masa dengan orang tersayang

🎀 SISTEM ONLINE
🎀 Part ni best sebab anda boleh menggunakan online system untuk order produk Shaklee dan semua urusan pengeposan akan dibuat oleh HQ Shaklee. Mudah kan business Shaklee ni sebab Shaklee ada online website sendiri untuk memudahkan kita membeli produk Shaklee hanya di hujung jari sahaja. Tapi kalau anda nak simpan stock sendiri dan buat perkhidmatan delivery sendiri kepada customer anda pun boleh

🎀 PELBAGAI BONUS
🎀 Haaa ni pun part paling best sebab Shaklee menawarkan beberapa jenis bonus kepada Pengedar Shaklee yang aktif. Bila anda aktif menjual vitamin dan supplement Shaklee dan anda berjaya mencapai point tertentu anda layak untuk mendapat bonus bulanan. Selain itu Shaklee juga menawarkan Car Bonus, Incentive Bonus dan juga Trip Percutian bertaraf 5 bintang

Banyak kan kelebihan bila anda menjadi Pengedar Shaklee dan jual supplement Shaklee ni kepada orang ramai. Anda bukan sahaja dapat membantu orang ramai di luar sana untuk meningkatkan kesihatan tetapi pada masa yang sama anda juga dapat menjana side income sehingga 4-5-6 angka setiap bulan. Siapa tak nak ada income lebih kan ?

So jom apa lagi ? Di sinilah peluang anda untuk menjana side income setiap bulan dengan Shaklee. Jom segera daftar keahlian Shaklee dengan saya. Saya akan bantu anda !

Okay apa kelebihan pula jika anda mendaftar keahlian Shaklee dengan saya ? Sangat banyak sebab once anda dah daftar Shaklee dengan saya semua anda akan dapat dan semua benda saya akan guide. Guide apa tu ? Okay saya senaraikan semua kelebihan jika anda mendaftar Shaklee dengan saya seperti di bawah.

KELEBIHAN MENDAFTAR SHAKLEE DENGAN SAYA

🎀 SUPPORT GROUP
🎀 Once anda dah daftar Shaklee dengan saya anda akan dimasukkan dalam support group iaitu dalam whatsapp group. Dalam group ini anda bebas untuk bertanya soalan, berkongsi idea atau cadangan, berkongsi testimoni, mendapatkan motivasi dan banyak lagi

🎀 MENTORING GROUP
🎀 Jangan bimbang bila anda dah jadi Pengedar Shaklee anda tidak akan dibiarkan terkapai-kapai seorang diri dalam business anda. Saya akan menyediakan kelas mentoring dan coaching serta memberikan ilmu dan tips tentang business untuk anda seperti Teknik Marketing, Teknik Close Sale dan banyak lagi

🎀 FREE ONLINE COACHING
🎀 Haaa ni antara part yang paling best sebab bila anda dah bergelar Pengedar Shaklee automatik anda akan dapat join coaching dengan free dan hanya di hujung jari sahaja. Dan lagi best semua coaching ni daripada mentor yang hebat-hebat dan berpengalaman lama dalam Shaklee.

🎀 BAHAN IKLAN DISEDIAKAN
🎀 Haaa ni pun best sebab semua bahan iklan Shaklee saya sediakan untuk anda. Bila anda dah jadi Pengedar Shaklee di bawah saya semuanya saya sediakan untuk anda. Saya akan salurkan bahan iklan ini dalam whatsapp iaitu dalam business group. Dalam group ini juga saya akan kongsikan gambar-gambar testimoni pelanggan untuk dijadikan sebagai bahan iklan anda

🎀 PERSONAL COACHING
🎀 Saya juga menyediakan personal coaching untuk anda jika anda inginkan coaching secara peribadi dengan saya. Ini juga termasuklah offline coaching iaitu anda boleh berjumpa face to face dengan saya. Mungkin anda ingin meluahkan masalah anda atau ingin menanyakan tips atau strategi dalam business so bolehlah personal coaching dengan saya !

🎀 KELAS NUTRISI ONLINE DI TELEGRAM
🎀 Bila dah jadi Pengedar Shaklee kenalah topup ilmu kan lebih-lebih lagi tentang produk Shaklee dan juga tentang nutrisi. Jadi jangan bimbang semua ilmu ni anda akan dapat secara percuma sahaja dan hanya di hujung jari. Tak perlu pergi ke tempat kelas tapi hanya join kelas di Telegram sahaja. Yang penting kena ada application Telegram sahaja

🎀 SERVICE PENGAMBILAN STOCK
🎀 Bila anda menjadi Pengedar Shaklee di bawah saya anda berhak untuk mendapat free service daripada saya dalam urusan pengambilan stock dari branch Shaklee. Mungkin anda ada masalah atau kekangan untuk pergi ke branch Shaklee jadi saya akan membantu untuk mengambil stock di branch untuk anda

🎀 BUKU NUTRISI
🎀 Saya juga menyediakan buku nutrisi Shaklee untuk anda sebagai cara anda untuk menambah ilmu agar mudah untuk anda menjawab soalan pelanggan dan memberikan konsultasi kepada mereka

🎀 REWARD BULANAN
🎀 Jangan terkejut saya juga akan bagi reward kepada Pengedar Shaklee yang aktif membuat jualan dan berjaya mendapat bonus setiap bulan. Reward apa tu dirahsiakan. Kalau bagitahu awal-awal tak surprise hehe

Haaa jadi banyak kan manfaat jika anda join member Shaklee dengan saya dan mulakan business dalam Shaklee dengan saya.


Berminat untuk join ? Jom jana pendapatan dengan income 4-5-6 angka setiap bulan bersama dengan saya dalam Shaklee ! 😉

Untuk sebarang info dan pertanyaan lebih lanjut boleh terus hubungi saya. Whatsapp saya di nombor ini 0133552560. Atau terus whatsapp saya dengan klik link ini http://enasuhaina.wasap.my

Nama : Ena Suhaina
Nombor ID : 1247854
Facebook : Ena Suhaina
Whatsapp : 013 355 2560
Instagram : juhanabeauty

Tuesday, 7 November 2017

Tips Mudah Untuk Elakkan Kulit Kusam Dan Kering

Masalah kulit wajah yang sering dihadapi oleh orang wanita mahupun lelaki adalah jerawat dan kulit kusam serta kering. Tapi hari ni sis mahu fokus kepada masalah kulit kusam dan kering.

Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada masalah ini ? Antara faktor utama adalah terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Sebab itulah kulit kita cepat kusam dan kering. Bila kulit muka menjadi kusam dan kering kita pun mula la berasa fed up dan malas serta tidak berkeyakinan untuk muncul di khalayak ramai.

Jadi bagaimana caranya untuk mengelakkan kulit kita menjadi kusam dan kering ? Hari ni saya mahu kongsikan tips untuk elakkan kulit kusam dan kering.

Tips Pertama
JAGA PEMAKANAN


▪ Kurangkan mengambil makanan yang berminyak serta berlemak tinggi
▪ Banyakkan pengambilan makanan bernutrisi dan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

Tips Kedua
BANYAKKAN MINUM AIR



▪ Air mampu memberikan kesegaran kepada kulit dan badan kita
▪ Minumlah air mineral atau air masak yang mencukupi setiap hari
▪ Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas atau 3 liter air sehari
▪ Panduan lain adalah setiap 25kg berat badan perlu minum 1 liter air jadi jika berat badan anda 50kg maka anda perlu minum 2 liter air setiap hari

Tips Ketiga 
SENTIASA MEMAKAI PELINDUNG SINARAN UV



▪ Kita perlulah sentiasa memakai pelindung sinaran UV tidak kiralah sewaktu berada di bawah cahaya matahari atau pun tidak
▪ Orang yang berkerja di dalam office atau bangunan sekalipun tetap perlu memakainya untuk melindungi kulit daripada terdedah dengan cahaya matahari secara berlebihan
▪ Carilah pelindung sinaran UV yang tinggi kualitinya dan sesuai dengan kulit kita

Tips Keempat
PAKAI MASKER


▪ Rajinkan diri kita untuk memakai masker pada muka
▪ Kita disarankan untuk memakai masker sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali dalam seminggu untuk mengekalkan kelembapan kulit dan kulit tidak menjadi kering
▪ Boleh gunakan sumber yang ada di rumah untuk dijadikan masker seperti tomato dan yogurt atau boleh dapatkan masker yang dijual di kedai seperti Watson dan Guardian

Tips Kelima
PAKAI PELEMBAP MUKA SEBELUM TIDUR



▪ Part ini ramai orang terskip dan terlupa untuk buat
▪ Pastikan anda memakai pelembap muka atau krim malam sebelum tidur untuk mengekalkan kelembapan kulit muka
▪ Elakkan tidur pada waktu malam begitu sahaja tanpa memakai pelembap muka serta elakkan make up sebelum tidur agar kulit tidak kusam

Tips Keenam
HINDARKAN DIRI DARIPADA STRESS


▪ Stress atau tekanan boleh menyebabkan kulit kita menjadi kusam dan kering
▪ Sebab itulah kita perlu menghindarkan diri daripada stress dan aura negatif
▪ Rehatkan minda kita dengan melakukan aktiviti riadah seperti bersukan atau berehat santai dengan keluarga dan rakan-rakan untuk menghilangkan stress

Tips Ketujuh
MENCUCI MUKA DENGAN BETUL


▪ Kita perlulah mencuci muka kita setiap hari dengan cara yang betul
▪ Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam
▪ Guna pencuci muka yang berkualiti dan bersumberkan semulajadi serta sesuai dengan kulit muka kita

Tips Kelapan
MENGAMBIL SUPPLEMENT


▪ Ambillah supplement semulajadi untuk kulit seperti Shaklee untuk menjaga dan mencantikkan kulit daripada dalam
▪ Supplement yang sesuai untuk menghilangkan kulit kusam dan kering adalah Vitamin C, Vitamin E, B Complex dan Collagen.

Shaklee menyediakan satu set lengkap untuk menyelesaikan masalah kulit kusam dan kering agar kulit wajah sentiasa cantik dan lembut serta berseri. Untuk info lebih lanjut tentang Set Kecantikan Shaklee klik link ini https://umminabeel.blogspot.my/2017/11/set-kecantikan-shaklee.html







Monday, 6 November 2017

Kulit Cantik Dan Berseri Dengan Set Kecantikan Shaklee

Semua orang mahukan kecantikan kan. Cantik muka cantik badan cantik semuanya. Golongan wanita selalunya sinonim dengan kecantikan ini. Ada yang sanggup keluar duit ribu-riban semata-mata untuk pergi buat rawatan kulit muka pergi spa dan macam-macam lagi. Dan jangan terkejut ada yang sampai sanggup buat suntikan lagi di muka contohnya suntikan Vitamin C dan suntikan Botox. Fakta sebenar yang perlu kita tahu adalah Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM tidak pernah meluluskan suntikan Vitamin C dan Botox ini pada wajah

Jika benar-benar ingin cantik kenalah gunakan cara yang betul. Menjaga cara pemakanan setiap hari dan mengambil supplement yang benar-benar berkualiti dan sihat serta selamat merupakan antara cara yang paling berkesan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Hari ini saya akan berkongsi tentang supplement kecantikan Shaklee yang sudah semestinya berasaskan daripada sumber semulajadi dan selamat digunakan. Bahkan semua product Shaklee adalah disahkan HALAL

SET KECANTIKAN SHAKLEE

▪ ESP
▪ Vitamin C
▪ Vitamin E
▪ B Complex
▪ Collagen Powder
▪ Vivix


Mari kita berkenalan dengan setiap item dalam set ini dan ketahui apa manfaat serta kebaikan mereka

ENERGIZING SOY PROTEIN

🔥 ESP mengandungi asid amino yang lengkap untuk membina kuku, otot, rambut, kulit dan lain-lain
🔥 ESP mengurangkan garis kedutan dan mengurangkan kesan parut jerawat
🔥 ESP juga menjadikan kulit lebih cerah dan berseri
🔥 ESP turut mengurangkan pigmentasi pada kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata
🔥 Pengambilan ESP secara konsisten merupakan kunci kepada awet muda

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C PLUS

🔥 Vitamin C dapat membantu dalam proses pembaikan tisu seperti bekas jerawat dan parut
🔥 Vitamin C membantu untuk merangsang pembentukan dan meningkatkan penghasilan kolagen kulit secara semulajadi. Ini akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit
🔥 Vitamin C juga membuatkan kulit lebih cerah dan cantik
🔥 Vitamin C juga melambatkan penuaan dan membuatkan awet muda
🔥 Vitamin C juga menghalang pigmentasi berlaku serta menghalang jerawat dan jeragat pada kulit

VITAMIN E COMPLEX

🔥 Vitamin E membantu melambatkan penuaan
🔥 Vitamin E juga mampu mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan
🔥 Vitamin E juga mampu memulihkan tekstur kulit muka dan seluruh tubuh daripada dalam
🔥 Vitamin E juga dapat menghilangkan parut jerawat dan jeragat daripada dalam struktur kulit

VITAMIN B COMPLEX

🔥 B Complex mampu membantu melindungi kulit daripada pancaran cahaya matahari. Ini kerana kulit menjadi kusam adalah disebabkan terlalu terdedah kepada cahaya matahari
🔥 B Complex juga membantu melancarkan peredaran darah untuk kesan kulit lebih muda dan glowing serta berseri

COLLAGEN POWDER

🔥 Collagen dapat membantu memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
🔥 Collagen juga mampu mengecilkan liang-liang pori dan menjadikan kulit muka lebih halus dan licin
🔥 Collagen juga memelihara kelembapan kulit dan kulit tidak kering
🔥 Collagen juga mengurangkan parut, jerawat dan jeragat

VIVIX

🔥 Vivix membantu untuk melambatkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis halus, bintik hitam dan eyebag
🔥 Vivix juga mampu memperbaiki sel-sel yang rosak maka ia sangat membantu untuk memulihkan semula tisu serta menghilangkan parut jerawat dan jeragat

Semua vitamin dan supplement ini bertindak daripada dalam lagi untuk memastikan dalaman tubuh badan sihat dahulu barulah luaran pun akan turut sihat dan cantik. Sekarang mari kita tengok testimoni pengguna yang telah menggunakan Set Kecantikan Shaklee seperti di bawah




Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Kecantikan Shaklee ni bolehlah terus menghubungi saya seperti cara di bawah

Facebook : Ena Suhaina
Whatsapp : 013 355 2560 
Instagram : juhanabeauty / enavitaminshop
Email : ena.suhaina@gmail.com
Blog : umminabeel.blogspot.com 

Atau anda juga boleh membuat pembelian Set Kecantikan Shaklee secara online menggunakan kad debit atau kad kredit melalui link eSell Shaklee di bawah


Untuk mendapatkan konsultasi dan panduan cara makan vitamin Shaklee yang betul anda bolehlah menghubungi saya menerusi whatsapp di nombor yang sama 0133552560 atau klik link whatsapp pada gambar di bawah