Wednesday, 4 April 2018

PETUA MAKANAN SIHAT UNTUK DAPATKAN KULIT YANG CANTIK

Menjadi perkara lumrah semua orang sangat sukakan kecantikan. Terutama sekali golongan wanita merupakan golongan yang sangat menitikberatkan soal kecantikan. Jika kulit tidak cantik contohnya kulit wajah penuh dengan jerawat serta kulit kusam maka mulalah golongan wanita ini akan berasa tertekan atau stress sepanjang hari. Mana tak stress sebab setiap kali lihat wajah sendiri di hadapan cermin seolah-olah tengok hantuuu. Aarrgghh stressnya πŸ˜†

Sebenarnya untuk mendapatkan kulit yang cantik ni bukan hanya bermula daripada luaran sahaja tau tetapi kenalah bermula daripada dalaman lagi. Sel-sel kulit kita perlulah dijaga daripada dalaman lagi dan sel-sel kulit ini juga perlu dipastikan sihat daripada dalaman lagi. Kalau kita hanya jaga kulit kita secara luaran tetapi sel-sel kulit tidak dijaga dan tidak mendapat nutrien yang cukup daripada dalaman bagaimana kita nak dapatkan kulit yang cantik ? 


Jadi dalam entri saya kali ni saya akan berkongsi tentang petua makanan yang sihat untuk dapatkan kulit yang cantik dan berseri πŸ˜Š Berikut merupakan 5 jenis makanan sihat yang perlu kita ambil secara konsisten untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.

LOBAK


Lobak terkenal dengan tinggi kandungan Vitamin A serta antioksida. Vitamin A dan antioksidan ini akan menghalang sel daripada rosak disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu ia juga membantu untuk membina sel-sel baru.

AVOKADO


Avokado adalah buah yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin E serta avokado juga mengandungi lemak sihat. Jadi Vitamin C dan Vitamin E yang terkandung dalam avokado sangat membantu untuk merangsang pertumbuhan sel yang baru dam sihat serta menjadikan kulit cantik dan lebih muda.

IKAN SALMON


Ikan salmon kaya dengan lemak Omega 3 yang membantu melembapkan dan melembutkan kulit. Selain itu ikan salmon juga mengandungi Selenium iaitu mineral yang dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari.

TOMATO


Tomato kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C yang sangat bermanfaat untuk kulit. Selain itu tomato juga mengandungi Lycopene iaitu antioksidan yang sangat berkesan untuk melawan dan menghalang radikal bebas daripada alam sekeliling kita. Tomato juga berkesan untuk memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah serta menyejukkan dan menyerap lebihan minyak pada wajah.

BUAH BERI


Buah beri sebenarnya mengandungi anthocyanin dan antioksidan yang tinggi. Antioksidan di dalam buah beri akan membantu untuk melindungi kulit daripada serangan radikal bebas dan pencemaran. Selain itu buah beri juga mengandungi Vitamin C yang sangat elok untuk sistem imun badan dan menjadikan kulit kita lebih cantik dan sihat berseri.

Jadi mulai sekarang bolehlah kita semua cuba mengamalkan makan buah-buahan dan makanan yang sihat secara konsisten untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri. Ini kerana semua makanan yang sudah saya nyatakan di atas mengandungi nutrien yang baik dan lengkap untuk merangsang pertumbuhan sel-sel kulit yang baru dan sihat. Apabila sel-sel kulit kita sihat daripada dalaman jadi sudah tentulah kulit kita akan kelihatan cantik dan berseri secara luaran 😍

Baca juga : Rahsia Kulit Cantik Dengan Sumber Semulajadi Youth Skincare Shaklee








5 comments: