Wednesday 2 January 2013

Zaman Kanak-Kanak

Hmm. tiba-tiba rasa mau tulis pasal zaman budak-budak dulu. zaman sekolah rendah and menengah. lepas tu sampai la sekarang. tadi, baca blog orang and orang tu cerita pasal zaman persekolahan dia dulu, tu yang teringat balik zaman dulu-dulu. ^_^


*******

..dulu, ingat lagi masa kecik-kecik, bapa kerja dekat hospital sbg pembantu tadbir kanan hospital, so bapa asyik-asyik kena tukar and dipindahkan tempat kerja sebab atas arahan pengarah. so mau nda mau, kami 1 keluarga pun kena ikut berpindah la jugak. sebab kalo bapa sorang ja pindah, kesian pulak nanti tiada orang yang akan tolong jaga makan minum pakaian semua kan..

dulu, masa sekolah rendah, banyak sekolah yang saya dah masuk disebabkan ikut bapa yang asyik berpindah-randah. first sekolah masa saya darjah 1 dekat Sipitang. saya lupa sudah nama sekolah tu sebab sudah lama kan. tapi macam SK Pekan Sipitang nda silap saya. saya pun ingat-ingat lupa dah. tapi, masa tu, saya nda lama pun sekolah kat situ sebab beberapa bulan lepas tu bapa kena pindah dekat Ranau pulak. Tu yang nda best sebab saya dah mula selesa dekat sekolah tu kan tapi kena pindah lagi pulak.

kawan-kawan kat situ kira ok jugak. time tu, saya ada bestfriend 2 orang. saya lupa dah nama diaorang sebab dah terlalu lama kan. even sampai sekarang pun saya nda dapat jejak balik diaorang. memang betul-betul lost contact. -_- tapi kalau Allah izinkan, saya harap saya boleh jumpa balik diaorang. kalau nda silap la, nama diaorang Diana and Amirah. nda tau la apa khabar diaorang sekarang. belajar kat mana, course apa and apa perkembangan sekarang. saya betul-betul nda tau. huhu. sedih kan. 

lepas tu, saya pindah pulak ke Ranau. and kat sana, masa darjah 1 yang tinggal saki-baki beberapa bulan and darjah 2, saya sekolah dekat SK Pekan 1, and disebabkan ada masalah pertembungan sesi petang sekolah rendah and sekolah agama -SUI Pekan Ranau, so bapa saya pun pindahkan saya dekat SK Pekan 2. Jadi, di sana, start dari darjah 3 sampai la darjah 6, saya belajar dekat sana. and di sanalah saya belajar macam-macam benda and banyak pengalaman yang saya dapat and mengajar saya erti kehidupan. walaupun time tu masih budak-budak lagi tapi, saya rasa macam-macam yang saya lalui. pasal keluarga, persahabatan, permusuhan, bahagia, dendam, and banyak lagi. even pasal cinta-cinta pun ada terselit jugak dalam kehidupan saya yang masa tu saya rasa, saya nda matang lagi bab-bab cinta ni. 

*******

saya ingat lagi, masa darjah 3, saya ada 2 orang kawan yang saya sangat rapat. nama diaorang Afiqah and Diyanti. saya nda tau la, macam-macam dugaan dalam persahabatan kami. banyak cases yang jadi yang membuatkan kami lama-lama makin renggang. padahal case yang berlaku tu cuma salah faham. tapi itulah norma kehidupan kan. kita nda boleh elak setiapa apa yang Allah dah takdirkan. lepas daripada case yang berlaku, kami jadi nda rapat and saya pun mula berkawan and bercampur-gaul dengan geng lain. tapi,walaupun macam tu, saya nda pernah berdendam dengan diaorang sebab saya tau, semua yang berlaku cuma salah faham. lagipun, time tu kami masih budak-budak, yang cuma baru berumur 9 tahun, apalah sangat yang kami tau pasal kehidupan kan. orang cakap, umur baru setahun jagung. saya dah lupakan semuanya and saya dah maafkan segala-galanya.

lepas tu, geng baru saya pulak jenis yang saya nda boleh 'masuk' rupanya. sebab kenapa? sebab saya ni jenis lain and karakter lain and diaorang pulak karakter lain. sebab tu mungkin saya rasa susah bila ikut geng diaorang. sejujurnya, saya ni jenis pemalu sikit and saya jugak bukan jenis yang 'hu-ha hu-ha'. hehe. faham kan. maksudnya saya bukan jenis yang banyak cakap and bising-bising. saya bercakap-cakap juga tapi tak sampai bising-bising, gelak ketawa yang over sangat. hehe. macam ni lah diri saya. tapi disebabkan saya ja yang berbeza sangat dalam geng tu, so saya lah yang paling diam dalam group tu. saya bercakap pun bila benda tu saya rasa mau cakap, baru saya cakap. so lama-kelamaan, saya tak tahu, zaman budak-budak kan, ada 1 case jugak berlaku yang membuatkan saya and geng saya tu jadi nda rapat and renggang. disebabkan 1 salah faham yang berlaku, menyebabkan kami semua jadi nda rapat. memang masa mula-mula, saya rasa marah sangat sebab salah faham tu, and masa tu, saya betul-betul nda tau mau buat macam mana untuk selesaikan salah faham tu. tapi lama-kelamaan, saya boleh adapt dengan keadaan tu and time tu saya fikir, biarlah dengan apa yang berlaku. biarlah orang nak fikir apa sebab apa yang penting bagi saya, saya tau saya tak bersalah and Allah Maha Mengetahui segala-galanya. jadi, saya biarkan ja semua berlalu macam tu ja.

and, lepas daripada peristiwa tu, saya jadi nda rapat dengan diaorang semua. masa salah faham tu berlaku, kami semua baru darjah 4-5 macam tu. and masa darjah 6, saya mula rapat dengan seorang kawan yang saya rasa, saya boleh 'masuk' dengan dia. Nama dia Nurul Hani'. syukur Alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung, nda lost contact. dulu, masa UPSR, kami dapat result yang sama 4A 1B. hehe. tapi, cuma yang sedihnya, masa darjah 6, saya terpaksa ikut keluarga saya berpindah semula ke Beaufort sebab bapa saya kena kasi pindah balik ke sana. and time tu, saya rasa sedih betul untuk tinggalkan Hani'. sebab kami memang betul-betul rapat and saya betul-betul anggap dia bestfriend saya. saya ingat lagi, masa last saya dekat sekolah tu, saya and Hani' berpelukan and dia menangis. dia cakap, jangan lupakan dia. saya betul-betul sedih sangat-sangat time tu. saya nda tau mau buat macam mana lagi sebab saya tiada pilihan lain selain kena ikut juga berpindah balik ke Beaufort. -_-

ni la Hani, bestfriend saya masa darjah 6.

 *******
  selepas tu, saya berpindah ke sekolah dekat kampung saya, SK Lumadan. dekat sana, saya cuma menumpang belajar untuk cuma beberapa bulan ja sebab masa tu, UPSR memang mau dekat sudah. so, saya memang nda banyak bercampur-gaul dengan kawan-kawan di sana sebab saya betul-betul fokus dengan study ja kan. tapi, ada la kawan-kawan yang saya memang sudah lama kenal kan sejak dari tadika lagi so kiranya, saya tiada masalah untuk adapt dengan kawan-kawan dekat situ. 

sebenarnya, banyak lagi kisah yang saya alami masa sekolah rendah dulu. kalau cerita semua, memang penat mau menulis. ok la, saya stop dekat sini dulu. lain kali, saya sambung balik. ^_^


No comments:

Post a Comment