Saturday 30 March 2013

Jodohkah?

Lama rasanya tak tulis dalam ruangan ni..

Dalam ruangan kali ni, hati terdetik untuk menulis pasal sesuatu yang berkaitan soal jodoh. Bukanlah sebab perasaan teruja atau teringin untuk berkahwin, tapi disebabkan saya telah mengalami satu peristiwa yang saya sendiri pun tak jangka. Tapi peristiwa tu membuat saya sedar, soal jodoh dan perkahwinan setiap manusia tidak boleh hindari atau elak tidak kiralah sama ada kita bersedia atau tidak.

Cakap soal jodoh, jujurlah semua orang pasti menginginkan jodoh yang baik dan sesuai mengikut keinginannya (tentu yang baik-baik juga). Begitu juga saya. Tapi, pada masa yang sama, saya masih merasakan saya belum cukup baik lagi untuk mendapat pasangan yang baik juga. Bukan maksudnya saya katakan diri saya jahat. Bukanlah macam tu tapi apa yang saya maksudkan, masih banyak lagi kekurangan diri ni. Saya inginkan jodoh saya yang baik dan soleh tapi saya belum cukup solehah. Masih terlalu banyak kelemahan and kekurangan diri yang perlu dibaiki. Dan saya juga merasakan, diri saya belum cukup matang untuk memikirkan soal rumahtangga. Tapi, saya tahu, setiap manusia Allah dah jadikan ada pasangan masing-masing.

Peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya..

Baru-baru ini, saya mendapat satu mesej daripada seorang kakak senior. Pada mulanya, saya tidak expect langsung kakak tu bertanya kepada saya soal status diri saya. Memang jujurnya, saya betul-betul terkejut and nervous lepas baca mesej kakak senior tu yang mana kakak tu bertanya akan status diri saya and kakak tu juga bertanya kesediaan saya jika ada seorang lelaki ingin taaruf dengan saya. Pada masa tu, saya betul-betul jadi terkelu. Saya mula dapat merasakan yang lelaki itu (saya sendiri tidak tahu siapa) sebenarnya jujur dan mungkin serius, and paling penting menjaga batasan kerana dia menggunakan orang tengah (kakak senior) untuk bertanya kepada saya.

"Slm,ena.nk tny sket" 

"Ya kak?"

 "Nk tny stats awk.dh brpnya or blum.n ready x if ad min nk taaruf?"

Lebih kurang begini saya berbalas mesej dengan kakak senior tu. And agaknya apa respon yang saya beri? Sebaik sahaja selepas saya dapat mesej kakak tu, saya betul-betul terkejut and tak tau nak balas macam mana. Sebab masa tu, saya dapat merasakan yang seolah-olah lelaki tu betul-betul berkeinginan untuk taaruf dengan saya dan saya dapat merasakan yang dia betul-betul ikhlas dan tidak bermain-main dengan saya (sehingga menggunakan orang pertengahan untuk bertanya kepada saya). Dan paling penting, saya dapat merasakan ada satu matlamat and arah tuju yang suci disebalik taaruf ni. Saya dapat merasakan bahawa fasa taaruf yang nak dimulai oleh lelaki tu bermatlamatkan pernikahan dan perkahwinan pada pengakhirannya. Ini disebabkan ada hujah kuat kenapa saya katakan macam ni. And disebabkan itulah, saya mula menjadi nervous. Saya rasanya masih belum bersedia lagi. Memang jujur, saya juga tidak terlepas sering juga berfikir soal jodoh (tapi tidaklah selalu, ada masa-masa tertentu) tapi bila situasi seperti ini ditakdirkan kepada saya, saya betul-betul tidak tau bagaimana untuk menjawab soalan kakak senior tu sebab saya masih belum bersedia. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk berterus-terang kepada kakak senior tu. Saya mengatakan yang saya masih belum berpunya tapi pada masa yang sama, saya sendiri tidak pasti sama ada saya sudah bersedia atau belum. Saya juga mengatakan kepada kakak tersebut bahawa saya rasa takut. Akhirnya, kakak tu cuma membalas mesej saya dengan smiley senyum. Saya pun sendiri tidak pasti apakah maksud disebalik smiley senyum yang dibalas oleh kakak senior saya tu. Jujurnya saya tertanya-tanya juga, adakah smiley senyum tu menunjukkan respon yang baik atau tidak sebab saya pun tidak tahu apa pula respon lelaki tersebut selepas mendapat jawapan daripada saya. Saya pun berfikir, jika saya bertanya lebih lanjut kepada kakak senior tu tentang respon lelaki tersebut dan siapakah gerangan sebenar lelaki tu, jelaslah bahawa saya sebenarnya terhegeh-hegeh juga sedangkan saya mengatakan yang saya belum bersedia lagi. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Saya pun berfikir dalam-dalam, saya serahkan segala-galanya kepada Allah sebab Allah lah yang menetapkan jodoh kita dan menentukan segala-galanya.



Saya fikir, jika dia jodoh saya, saya redha dan akan menerima seadanya. Dan jika dia jodoh saya, pasti tidak akan kemana juga walaupun pada masa sekarang, saya mengatakan yang saya belum bersedia. Biarlah ada masa yang banyak sekarang ni, kami sama-sama memperbaiki diri dahulu untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dan soleh/solehah, untuk memperlengkapkan bekalan untuk menempuh bahtera rumahtangga Muslim. Itu yang lebih penting sekarang ni. Dan yang paling penting lagi, perbanyakkan dahulu amal ibadah, tingkatkan perjuangan dalam Islam dan sebarkan dakwah. Inshaa Allah, jika masa itu telah tiba, saya redha atas segala-galanya dan saya berdoa semoga ketika saat itu saya telah bersedia dan mempunyai cukup persediaan dan bekalan. Amin.





No comments:

Post a Comment