Monday 13 November 2017

Cinta Seorang Wanita

Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua pembaca dan kepada semua yang sudi singgah ke blog saya 😊

Hari ni hati terdetik untuk menulis tentang wanita dan cinta. Kenapa hehe. Sebab baru-baru ni saya terbaca dalam facebook tentang confession seorang wanita yang sanggup menunggu seorang lelaki yang sangat disukainya sehingga sedekad lamanya. Kemudian akhirnya dia memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya kepada lelaki tersebut namun apa yang diperolehinya hanyalah kegagalan. Maksud kegagalan di sini adalah lelaki tu menolak dan tidak menerima cintanya. Senang kata kena reject.

Jadi saya tertarik untuk mengulas tentang soal kisah wanita dan cinta seperti dalam cerita tadi. Bagi pendapat saya cinta itu adalah fitrah. Cinta adalah perasaan halus dan ikhlas yang tumbuh dalam jiwa kita dan Allah lah yang mentakdirkan dan menumbuhkan perasaan itu dalam hati kita. Kita tidak dapat menolak mahupun mengawal bila perasaan itu datang.

Namun apa yang sering berlaku pada golongan wanita adalah apabila mereka mula menyukai seseorang lelaki kemudian mereka mula untuk mendekati lelaki tersebut dengan cara bermesej. Zaman sekarang kan dah canggih. Macam-macam boleh guna untuk bermesej seperti SMS, Whatsapp, Facebook Messenger. Jadi bila dah mula berhubungan dengan cara ni dan si lelaki pun melayan kemudian mulalah menaruh harapan yang tinggi kat lelaki tu. Hey girls saya nak beritahu satu benda ni ya orang lelaki ni tak semestinya dia layan awak maksudnya dia suka awak. TIDAK SAMA SEKALI YA. Boleh jadi dia layan awak sebab dia cuma anggap awak sebagai kawan sahaja. Dan boleh jadi juga dia layan awak sebab dia kasihan kat awak sahaja. Dan boleh jadi juga dalam masa dia layan awak at the same time dia rapat dengan perempuan lain juga. This is serious talk and betul apa yang saya katakan ni. Jadi please girls jangan cepat cair dan jangan menaruh harapan yang tinggi dekat lelaki. Awak kata dia caring kat awak tapi awak tak tahu at the same time dia juga rapat dan caring dekat perempuan lain. Orang lelaki ni tak sama dengan orang perempuan. Orang lelaki boleh saja caring kat mana-mana perempuan pun tetapi hakikatnya dalam hati tiada perasaan suka atau cinta pun kat perempuan tu. Sebab tu lah saya katakan please jangan mudah cair dan jangan mudah menaruh harapan yang tinggi dekat lelaki.

Jadi apa nasihat saya ? Bila awak dah menyukai seseorang lelaki bolehlah kembali kepada Yang Pemberi Cinta. Allah lah yang memberikan rasa cinta itu kepada awak jadi awak mintalah kepada Allah agar Allah menumbuhkan cinta itu juga dalam hati lelaki tersebut terhadap awak. Sebab Allah lah yang mengawal hati-hati kita hamba-Nya. Saya sangat tidak bersetuju apabila golongan perempuan mula meluahkan perasaan dekat lelaki yang mereka cintai dengan cara bermesej atau berwhatsapp. Tak kiralah guna medium apps apa pun tapi asalkan ia adalah direct daripada perempuan tu ditujukan kepada lelaki yang disukai. Kenapa saya tidak bersetuju ? Sebab bukan begitu cara yang dianjurkan dalam Islam.


Sebab check balik hati awak. Sudah tentu selepas awak meluahkan perasaan dekat lelaki tu mestilah awak harap sangat agar lelaki tu pun terima awak dan cintakan awak semula. Jangan kata tidak sama sekali sebab saya pun perempuan. Saya faham perasaan tu sebab saya pun pernah juga menyukai seseorang lelaki dalam diam. Dan pernah juga saya terfikir untuk meluahkan perasaan dan saya berharap agar lelaki tu turut membalas perasaan saya dan menerima saya dengan ikhlas. Tapi apa yang membuatkan saya bertukar fikiran ? Sebab saya memikirkan kesan daripada perbuatan saya kalau saya luahkan perasaan saya dekat lelaki tu. Saya berfikir jika lelaki tu turut membalas perasaan saya dan kami saling menyukai sudah tentulah hubungan kami akan bertukar menjadi pasangan kekasih. Sedangkan dalam Islam kita disuruh untuk menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. You see what I see ? Jadi sebab tu lah saya tidak meneruskan niat saya untuk meluahkan perasaan saya dekat dia. Dan lagi saya berfikir jika akhirnya kalau dia bukanlah jodoh saya kan rugi sebab rupanya saya hanya menanti dan menjaga jodoh orang lain selama ni. Jadi mulai saat tu saya sedar saya perlu tunaikan Solat Istikharah untuk meminta petunjuk daripada Allah. Saya minta agar Allah beri petunjuk pada saya. Saya minta jika benar dia jodoh saya harap agar Allah satukan hati kami dan mudahkan jalan buat kami tetapi jika dia bukan jodoh saya harap agar Allah lenyapkan semua perasaan cinta saya dekat dia dan jauhkan dirinya dari saya. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya dan beri petunjuk pada saya. Sejak daripada saat tu perasaan cinta saya mulai pudar dan hilang sedikit demi sedikit dan saya dapat rasakan ketenangan yang benar-benar menenangkan jiwa saya. Saya dah mula tidak berharap kepada lelaki tu lagi dan mula menjauhkan diri. Alhamdulillah saya benar-benar dapat melakukannya dan saya rasa tenang sekali.

Kemudian Allah takdirkan saya bertemu dengan jodoh saya melalui orang tengah. Kami tidak pernah berhubungan atau couple dan kami hanya ditemukan dalam sesi taaruf untuk berkenalan dengan ditemani oleh orang tengah. Maksudnya kami bukan berdua-duaan tapi ada orang tengah yang menemani kami. Sesi berkenalan berjalan lancar dan Alhamdulillah akhirnya kami dah selamat berkahwin sekarang.

Jadi nasihat saya kepada golongan wanita di luar sana mahalkan diri awak sebagai wanita. Bila kita mencintai seseorang lelaki salurkan cinta itu kepada Yang Pemberi Cinta iaitu Allah agar Allah berikan lelaki yang mencintai kita kerana-Nya. Jangan mudah untuk melafazkan cinta dengan lelaki ajnabi yang belum tentu pun jodoh kita dan akan kahwin dengan kita. Mintalah petunjuk daripada Allah dahulu. Buat Solat Istikharah dahulu minta agar Allah beri petunjuk. Bila dah yakin petunjuk daripada Allah yang si dia memang dijodohkan untuk kita jadi bolehlah minta tolong dengan orang tengah supaya tolong aturkan perkenalan kita dengan si dia. Itu barulah cara yang dianjurkan dalam Islam. Selepas sesi perkenalan selesai barulah sesi diteruskan kepada kedua pihak untuk merujuk kepada ibubapa dan keluarga masing-masing. Bukan dengan cara yang mula-mula tadi bermesej dan berhubungan dengan lelaki tersebut kemudian luahkan perasaan dekat lelaki tu. Bila lelaki tu reject mulalah malu sedih kecewa dan makan hati. Jadi gunalah orang tengah sebagai cara yang paling baik dan sesuai sebab orang tengah ni bertindak sebagai pemberi cadangan kepada lelaki tersebut agar memilih awak sebagai pasangan hidup jadi tak nampaklah yang sebenarnya awak yang berkehendakkan lelaki tu. Benar bila awak menggunakan orang tengah untuk mendekati lelaki yang awak sukai tu dan kemudian direject memang awak akan sedih dan kecewa juga tetapi awak tidak akan rasa malu terhadap lelaki tu sebab seolah-olah orang tengahlah yang mencadangkan awak untuk si dia. Jadi bila si dia menolak dan tidak berminat dengan awak maka tidak perlulah sudah untuk menunggu dia. Jadi awak pun tidak membazirkan masa awak untuk menunggu orang yang bukan jodoh awak. Tapi macam saya katakan mula-mula tadi mintalah petunjuk daripada Allah dahulu. Jika benar sudah dapat petunjuk dan yakin dia memang jodoh awak pasti dia akan menerima awak selepas awak menggunakan orang tengah untuk menyampaikan perasaan awak dekat dia. Jika benar jodoh pasti Allah mudahkan.

Jadi akhir kata sebagai wanita jagalah diri kita. Jangan mudah cair dengan lelaki dan jangan mudah untuk melafazkan cinta. Kembalikan rasa cinta kita itu kepada Yang Pemberi Cinta. Pasti Dia akan mudahkan semuanya. In Shaa Allah 😊

   

No comments:

Post a Comment