Tuesday, 23 January 2018

Cara Untuk Mengawal Paras Gula Yang Tinggi Dalam Darah

Hari ini saya akan kongsikan tips dan cara untuk mengawal paras gula yang tinggi dalam darah. Tips ini sangat sesuai untuk golongan yang mempunyai masalah paras gula yang tinggi dalam darah seperti pesakit diabetes atau kencing manis. Paras gula yang tinggi dalam darah merujuk kepada bacaan gula yang melebihi daripada bacaan normal dalam darah. Bacaan gula yang normal dalam darah kita adalah sekitar 4 - 8 mmol/L 😊 Apabila seseorang mempunyai bacaan gula dalam darah sebanyak 9 mmol/L dan ke atas menunjukkan bahawa orang tersebut mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah dan mempunyai masalah diabetes.


Jadi dalam entri ini saya akan kongsikan mengenai apakah tindakan yang boleh diambil oleh golongan yang mempunyai masalah diabetes atau kencing manis untuk mengawal paras gula yang tinggi dalam darah mereka.

CARA DAN TINDAKAN UNTUK MENGAWAL PARAS GULA YANG TINGGI DALAM DARAH

MEMILIH KARBOHIDRAT YANG SIHAT


Pilihlah makanan yang tidak terlalu cepat menukarkan karbohidrat kepada gula di dalam darah. Elakkan makanan seperti gula dan kanji yang terdapat dalam roti dan kanji jagung kerana ia menukarkan karbohidrat kepada gula dengan begitu cepat. Boleh ambil karbohidrat yang terdapat dalam sesetengah sayur-sayuran, gandum dan produk tenusu rendah lemak kerana karbohidrat di dalam makanan-makanan ini akan bertukar kepada gula secara beransur-ansur.

Orang yang mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah atau kencing manis perlu memakan makanan karbohidrat tetapi perlulah mengikut jumlah yang sesuai dan munasabah. Kegagalan untuk mengawal pengambilan makanan karbohidrat yang banyak dan berlebihan akan menjadikan paras gula semakin tinggi dalam darah.

MEMAHAMI KEPENTINGAN DIET PEMAKANAN YANG BETUL


Memahami kepentingan diet pemakanan yang betul dan cara pemilihan makanan adalah penting bagi mereka yang mempunyai masalah paras gula tinggi dalam darah. Ini kerana setiap makanan dan kandungannya boleh memberi kesan yang berlainan terhadap paras gula dalam darah. Sebagai contoh karbohidrat kompleks akan menyebabkan peningkatan paras gula secara beransur-ansur manakala karbohidrat ringkas dan gula akan meningkatkan paras gula secara drastik dalam darah.

MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI SERAT


Makanan yang mengandungi serat membantu untuk melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan air besar. Pada masa yang sama serat larut juga membantu dalam mengawal paras gula dalam darah. Sebagai contoh sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan serat. Makanan serat larut seperti kacang, oat dan bijirin juga boleh membantu untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu kekacang dan bijirin yang tinggi dengan serat ini juga dapat membantu dalam mengawal paras gula dalam darah. Jadi pesakit kencing manis perlulah mengambil kekacang dan bijirin dalam diet mereka dalam kuantiti yang telah disarankan untuk mereka.

BIASAKAN UNTUK MENGAMBIL OATMEAL


Oatmeal juga seperti kekacang dan bijirin yang sangat penting dalam diet pemakanan seseorang. Oatmeal yang tidak manis akan dicerna secara perlahan-lahan dan ia membantu dalam menghalang peningkatan gula dalam darah. Ini kerana oatmeal merupakan makanan yang kaya dengan serat larut air yang melambatkan penyerapan karbohidrat dan gula. Jadi pesakit kencing manis sangat disarankan untuk mengambil oatmeal dalam diet pemakanan mereka agar dapat membantu untuk mengawal paras gula dalam darah.

MINUM LEBIH BANYAK AIR MINERAL


Minumlah air mineral atau air kosong sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. Elakkan mengambil minuman yang berkarbonat dan tinggi kandungan gula. Minuman seperti jus juga perlu dielakkan seperti kordial kerana mengandungi gula tambahan. Ini kerana minuman yang tinggi kandungan gula ini akan meningkatkan lagi paras gula dalam darah. Namun pengambilan minuman unsweetened isotonic seperti Performance Drink Shaklee amatlah boleh kerana ia mengurangkan pengambilan gula.

TABUR CINNAMON PADA MAKANAN


Terdapat beberapa pakar mengatakan bahawa kulit kayu manis atau cinnamon boleh mengurangkan gula dalam darah. Serbuk cinnamon ini boleh ditabur pada makanan anda atau makanan orang yang mempunyai masalah kencing manis. Tetapi perlu diingat bahawa jangan bergantung dengan cinnamon sahaja bahkan perlulah menjaga diet pemakanan setiap hari serta mengambil makanan dalam jumlah dan kuantiti yang dibenarkan sahaja.

MENGURANGKAN PENGGUNAAN GULA TAMBAHAN 


Mengurangkan penggunaan gula tambahan adalah langkah yang amat penting untuk mengelakkan peningkatan paras gula dalam darah. Mereka yang mempunyai masalah kencing manis boleh mengambil gula tetapi bukanlah gula yang umum. Sebaliknya boleh ambil gula yang mempunyai paras glukosa yang rendah. Antara contoh makanan yang tinggi dengan gula tambahan adalah seperti minuman kordial, minuman 3 dalam 1 seperti milo, kek, gula-gula dan banyak lagi. Makanan yang mengandungi pewarna dan perisa tambahan juga patut dielakkan terutama sekali oleh pesakit diabetes kerana makanan seperti ini mengandungi gula tambahan.

MEMBELI GLUCOMETER UNTUK MEMERIKSA BACAAN GULA DALAM DARAH SETIAP HARI


Langkah untuk membeli glucometer sendiri amat perlu agar mereka yang mempunyai masalah kencing manis dapat memeriksa bacaan gula dalam darah mereka dengan lebih kerap. Bila alat ini sentiasa digunakan untuk memeriksa paras gula dalam darah maka menjadi mudah untuk mengawal paras gula tersebut agar sentiasa berada dalam paras normal. Alat ini juga membantu untuk memberi warning kepada mereka yang mempunyai masalah kencing manis apabila mendapati bacaan gula mereka terlalu tinggi.

BERSENAM SECARA KERAP DAN TERATUR


Melakukan sukan dan aktiviti bersenam secara kerap dan teratur juga boleh membantu untuk mengawal paras gula dalam darah. Ini kerana karbohidrat yang ditukar kepada gula di dalam badan telah banyak digunakan sebagai tenaga untuk melakukan aktiviti bersenam dan sukan. Jadi dengan cara bersenam dan bersukan boleh membantu dalam mengawal paras gula dalam darah.

MENGAMBIL DIET PEMAKANAN YANG TINGGI PROTEIN


Mengambil diet yang tinggi protein juga mampu membantu untuk mengurangkan paras gula dalam darah. Selain itu ia juga membantu dalam menguruskan badan. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein seperti Energizing Soy Protein Shaklee juga sangat sesuai kerana ESP ini mempunyai paras GI atau glisemik indeks yang rendah. Namun bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang adalah dinasihatkan untuk memantau pengambilan protein dalam diet mereka. Pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh mengambil diet protein secara berlebihan dan kuantiti air yang perlu diambil juga adalah dalam jumlah yang disarankan sahaja.

MENGAMBIL SUPPLEMENT SET KAWAL PARAS GULA DALAM DARAH SHAKLEE


Mereka yang mempunyai masalah kencing manis juga boleh mengambil supplement kesihatan Shaklee untuk membantu dalam mengawal paras gula dalam darah. Set Kawal Paras Gula Dalam Darah Shaklee terdiri daripada produk-produk seperti di bawah.

🔮 ESP - minuman protein soya yang kaya dengan Isoflavones membantu dalam mengurangkan risiko kencing manis. Protein soya ESP juga adalah rendah glisemik indeks dan tidak mengandungi kanji.

🔮 GLA Complex - mengandungi asid lemak Omega 6 yang membantu dalam mengurangkan kesakitan saraf bagi pesakit diabetes neuropati. Ia juga dapat bertindak sebagai anti inflamasi.

🔮 Alfalfa - membantu dalam menstabilkan gula dalam darah dan juga pada masa yang sama bertindak untuk menyahtoksik.

🔮 Vivix - membantu dalam memperbaiki sel yang rosak akibat kencing manis dan radikal bebas. Vivix ini mengandungi Resveratrol yang tinggi antioksida dan menyokong kesihatan yang optimum. Vivix juga bertindak untuk mengurangkan inflamasi dan meningkatkan tenaga.

🔮 B Complex - membantu untuk menukarkan gula kepada tenaga dan juga membantu untuk mengurangkan keletihan.

🔮 Vitamin C - membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan seterusnya dapat melawan jangkitan penyakit.

🔮 Vitalea - mengandungi zinc yang membantu dalam penghasilan insulin serta membantu dalam pemulihan luka akibat kencing manis.

8 comments:

  1. Jaga makan,ambil supplement yang bersesuaian..

    ReplyDelete
  2. Tips yang bagus
    Thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Gula yang tersembunyi ni mahu elak dalam pemakanan kita

    ReplyDelete
  4. Cinnamon pun temasuk petua dia.

    ReplyDelete
  5. Good tipsss! Mama sy guba tips bawah sekali tu. Mmg terkawal gula dia 😁

    ReplyDelete
  6. semua bergantung pada pemakanan kita kan..

    ReplyDelete
  7. bestt tips, suppmnt tu lagi best klu amal

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah saya mmg buat hampir semua tips walaupun tidak berapa rajin. sambil2 tu suplemen pun saya ambil

    ReplyDelete